Skip to main content

Mahathir Bertemu Tuhan

Mahathir Bertemu Tuhan

1. Saya memetik komen menarik tulisan Dr Zulkeflee Yaacob, dari Tanjong Malim, Perak yang tersiar dalam portal Malaysia-Instinct hari ini. Baca komen tersebut : KETUANAN MELAYU SEBAGAI satu abstrak bahawa wujudnya bangsa itu di tanah tinggi dan berbukit yang dinamakan Malaya. Abstrak ini sering dimainkan oleh pemain politik dan terbaru pemain politik Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang.

2. Hal ini telah diperingatkan banyak kali baik oleh pihak istana mahupun individu yang tidak berpolitik agar tidak mempersoal dan mempertikai hak istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi mereka konsep ketuanan Melayu mewujudkan hubungan pihak tuan dengan hamba. Ini dimaksudkan orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba kepada orang Melayu.

3. Walhal realiti orang Melayu tidak pernah mengawal orang bukan Melayu dari apa-apa aspek pun sama ada pemilikan harta, agihan kuasa, hak pendidikan dan sebagainya. Pemahaman hubungan tidak bertamadun ini sengaja dimomok-momok dan diuar-uarkan kerana cita-cita politik tinggi ingin menawan Putrajaya. Jika orang Melayu disifatkan sebagai tuan ada kebenarannya kerana asal usul dan sejarah yang panjang seperti terbentuk tamadun Melayu sejak 1,300 tahun lalu.

4. Catatan sejarah membuktikan bahawa Wilayah Kepulauan Melayu mengakui tamadun Melayu sejak Empayar Srivijaya di Sumatera abad ke-7. Rumpun Melayu membina peradabannya hingga menguasai sebuah wilayah tanah daratan dan pengairan dan Asia Tenggara yang dikenali gugusan kepulauan Melayu. Pada abad 11 dan 12 peradaban bertukar nama kepada Melayu diikuti Perlak (840), Samudera Pasai (976) kepada kerajaan Jawa seperti Taruma abad ke-5, Sailendra abad ke-8, Mataram abad ke-9, Majapahit akhir abad ke-13, Demak abad ke-15.

5. Bantam, Pejajaran, Surabaya dan seterusnya kerajaan Trengganu sekitar (1303), Melaka (1400), Sulu (1405), Brunei (1406), Mindanao (1515), Banjarmasin dan Makasar (1,604), Ternate (1486), Tidore (1475) Patani dan Aceh sekitar 1500 dan Johor Riau (1700). Namun dalam konteks sejarah tidak pula orang bukan Melayu sebagai hamba dan mengawal serta memaksa ikut telunjuk orang Melayu. Malah mereka tidak dipaksa menukar nama, agama, budaya dan bahasa masing-masing seperti negara jiran, iaitu Indonesia dan Thailand.

6. Ini jelas terpesong apabila menganggap bahawa ketuanan Melayu mengongkong kehidupan kaum lain kerana kononnya orang Melayu memiliki status dan kuasa lebih tinggi. Berbanding mitos orang kulit putih, tidak berlaku penyingkiran hak-hak kaum lain mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan di negara ini. Mereka berusaha menukar fikiran pengundi agar tidak mempercayai pemimpin yang menggunakan prinsip keadilan, kuasa dan kualiti. Orang Melayu perlu kefahaman bahawa biarlah hilang konsep ketuanan asalkan kedaulatan Melayu tetap tegar dan konsisten.

Comments

namewi kutuk2 Melayu dan Islam akhirnya dapat juga bertemu pak2 menteri, mana dia hero Pemuda yang nak bunuh sangat mamat tu...kecoh2 buat demo lgi..
Anonymous said…
Saya ni kurang faham..apa kena mengena dgn tajuk Mahathir bertemu tuhan..?
azlishukri said…
tajuk ini berkait rapat dengan tulisan yang disiar dari aspek simbol Mahathir sebagai pejuang Melayu-Islam moden.
hans said…
owh
soalan anonymous tu sama macam soalan saya
dah faham dah
azlishukri said…
hans - sudah terjawab

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A