Tetamu Kehormat...

December 2, 2010

Lagi Isu Janji Anwar Kepada Lim Kit Siang : Semua Kena Kencing!

Para penulis blog Pakatan Rakyat sering menuduh kononnya Utusan Malaysia telah memutarbelitkan kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan isu janji Anwar mahu melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bahkan, Nik Aziz sendiri turut diperdaya dan percaya, kononnya Utusan Malaysia berniat jahat terhadap Anwar. Nik Aziz dalam laporan Malaysia Kini berkata, “Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?”.

Kenyataan melulu Nik Aziz di atas terbukti merupakan kenyataan orang jahil yang tidak suka menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita yang sampai kepadanya - lalu tergesa-gesa membuat kesimpulan, kononnya semua yang terjadi adalah salah UMNO . Nah! sekarang mari kita sama-sama membaca wawancara antara Anwar Ibrahim dengan suratkhabar Sin Chew di bawah, dan lihatlah dengan mata kepada anda sendiri, siapakah yang sebenarnya munafik! (Baca di sini) atau salinan di bawah ini : Wawancara Anwar bersama Sin Chew: "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" Oleh Lim Hong Siang

"Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM", demikianlah tajuk laporan wawancara bersama Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, disiarkan Sin Chew Daily pada 27 November 2010. Wawancara bersama Ketua Pembangkang Parlimen ini dijalankan sebelum Kongres Nasional PKR membuka tirai, mengisi ruang kira-kira 1/4 daripada muka surat ke-17 akhbar terlaris di masyarakat Cina ini.

Laporan Sin Chew bermula sebegini, Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi. Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu."

PRU 13 sebelum Jun 2011

Laporan wawancara Sin Chew ini kemudiannya menumpu kepada persiapan Pakatan Rakyat ketika berdepan dengan PRU ke-13. Anwar meramalkan bahawa PRU ke-13 akan diadakan sebelum Jun 2011, atau dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi.

Laporan wawancara tersebut kemudian terbahagi kepada lima bahagian, dengan tajuk kecil seperti "Kuasa ketiga pro-Barisan Nasional", "Aktiviti PR di Johor mendapat sambutan yang hangat", "Pemilihan langsung PKR bukan sandiwara", "PR terus kukuh biarpun tanpa Anwar" dan "Azmin bukan bermaksud untuk mencantas mereka yang berbeza pendapat".

"Penjara? Anwar ada percaturan"

Sehari sebelum Sin Chew Daily, Oriental Daily juga sempat menemuramah Anwar Ibrahim. Wawancara ini disiarkan pada 26 November di muka surat depan, bertajuk "Penjara? Anwar ada percaturan", dengan kandungannya dimuatkan dalam muka surat A6 dan A7 dalam akhbar berbentuk tabloid tersebut.

Tumpuan laporan wawancara Oriental Daily ini diberikan kepada persiapan PR untuk berdepan dengan PRU akan datang, dan Anwar Ibrahim mengulas dilema UMNO sama ada untuk menyabit atau tidak kesalahan liwat terhadap dirinya. Beliau dilaporkan berkata, UMNO agak bimbang terhadap penentangan yang bakal tercetus seandainya Anwar dijatuhkan hukuman. Pada masa yang sama, UMNO juga khuatir ancaman yang dibawa Anwar jikalau beliau tidak dipenjarakan.

Anwar berkata, BN kehilangan undi Melayu pada PRU tahun 1999 apabila melontarkan tuduhan liwat terhadap dirinya, dan beliau berkata peristiwa ini mungkin berulang dan PR mungkin memperolehi lebih undi Melayu.

Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Anwar Ibrahim yakin bahawa PR mampu merampas semula kerajaan negeri Perak, yang dimenangi pada PRU ke-12, tetapi digulingkan kerana lompat parti tiga orang ADUN PR pada tahun 2009. Beliau juga mengulas kerjasama antara DAP dan PAS, yang sudah banyak diperbaiki berbanding zaman dahulu.

Membeli baju di Reject Shop

Dalam wawancara tersebut, Anwar juga menyentuh keluarganya, termasuk isterinya Wan Azizah Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah. Beliau merakamkan penghargaan terhadap Wan Azizah - isterinya yang dipandang serong, disindir dan dihina ketika beliau berada dalam penjara.

Anwar juga menceritakan kisah lama apabila ahli keluarga melawatnya di penjara. Mereka bersembahyang, bernyanyi bersama - waktu bersama disarat dengan kegembiraan tanpa tangisan atau bermuka muram. Beliau berasa bangga terhadap anaknya, yang sanggup mengamalkan cara hidup yang berjimat-cermat, malah mendedahkan bahawa keluarganya sering pergi membeli baju bersama di Reject Shop.

Bahagian kedua wawancara Oriental Daily dengan Anwar disiarkan pada 27 November, di muka surat A10. Dalam laporan wawancara tersebut, Oriental Daily memetik pengakuan Anwar bahawa dirinya seorang yang berlembut hati dan mudah mempercayai orang lain. Beliau juga menyanggah tuduhan bahawa PKR sama dengan UMNO, di samping mengimbas perbualannya dengan Lim Kit Siang ketika Lim Guan Eng dipenjarakan.

8 comments:

Merah said...

bro, yg kene kencing tu penyokong n ahli pakatan haprak!

blogenstarz said...

PR suka dengan kencing Anwar sebab banyak GULA2...

Anonymous said...

kah..kah..kah itu namanya kencing manis

Wake UP! said...

Akhirnya Anwar yang kena kencing dengan komunis bila komunis rampas kuasa nanti.

dzimba MMIM said...

jenguk jenguk la blog saya pulak pada sesiapa yang sudah baca cerita kat sini. Ada banyak cerita menarik

Anonymous said...

bila komunis dh perintah malaysia, apa akan jadi kepada anak cucu kita? renung-renungkan lah....

Anonymous said...

kita sepak juboq ahli PR

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Itulah perangai Anwar sebenarnya. Dia pandai menabur janji.

Dia terdesak sekarang. Orang melayu sudah tak percaya padanya. Jadi dia perlukan undi orang Cina. Untuk pancing orang Cina, Anwar mesti beri satu tawaran yang UMNO tak mungkin buat; jawatan TPM.

Kalau orng Melayu masih percaya pada makhluk ini, tak tahu lah apa yang nicakap lagi.