Tetamu Kehormat...

December 20, 2010

Kubur Kita Bakal Dikencing Generasi Akan Datang

Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Melayu yang menjadi alat mereka untuk mendapatkan kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dipertikai! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

Kit Siang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama Tuhan dia pun dijual, takpe sebab Kit Siang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangot. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.

Saja teman perturunkan artikel dibawah ini untuk menjadi renungan dan bahan buat umat Islam bangsa Melayu mencerminkan diri. Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu. Na'uzubillah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
12 Muharram 1432
19 Disember 2010

#######################

1. Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis. Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

2. Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum. Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

3. Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri. Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

4. Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

5. Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

6. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama.

7. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

8. Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya. Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran.

9. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

6 comments:

Fairosza said...

Akhirnya,melayu juga yg layu...

ghostWRITER said...

Perlu adakan satu gerakan bagi menggabungkan melayu!!!

Anonymous said...

Salam Sdr Azli,

Terlalu banyak sifat dan sikap burok atau negatif yg ada pada bangsa Melayu.Di antaranya ialah mudah lupa;'mudah cair'atau senang dipujok rayu dan ditipu;hasad dengki;suka bersenang lenang dan membuang masa(melepak adalah sebahagian daripadanya);mudah 'naik darah'menyebabkan lekas hilang pertimbangan dan kewarasan;lemah jatidiri dan ketahanan mental.Dengan segala sifat yg ternyata diatas maka senanglah pihak yg berkepentingan untuk memanipulasikan orang Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk menguasai kuasa politik di negara ini yg akhirnya menjadikan bangsa Melayu sebagai pengemis di tanah airnya sendiri.

Sekarang sudah terbukti apa yg diperkatakan itu bakal menjadi kenyataan. Mulanya sebahagian orang Melayu telah terpedaya dengan tipu helah parti Pas yg 'menawarkan' syurga kepada sesiapa yg menyokongnya dan pada masa yg sama mengkafirkan mereka yg berbaik dengan parti orang kafir seperti MCA. Kini pula orang Melayu telah cuba 'dicair'kan oleh puak-puak kafir dari DAP dengan bantuan dan sokongan orang Melayu yg dulunya musuh ketat mereka kerana mereka orang kafir.Sebaleknya pula ,ternyata bahawa DAP ini ,dari dulu,kini dan selama-lamanya menentang konsep ketuanan Melayu dan juga anti Agama Islam.Cara mereka cuba mencairkan orang Melayu yg dibuat mengikut pendekatan LKY itu cukup berkesan,terutamanya bagi mereka yg menjadi penyokong parti yg menjaja syurga.

Disamping ,itu kita juga mempunyai ancaman yg tidak kurang hebatnya terhadap kedudukan Bangsa Melayu sekarang.Ancaman ini datang nya dari orang Melayu atau separuh Melayu yg bertaraf elite yg mengiktiraf diri mereka sebagai Melayu liberal.Mereka ini menolak konsep ketuanan Melayu dan menjuarai dasar meritokarsi yg berteraskan kebebasan sejagat.Pendirian mereka ini akan menyumbang kepada kehakisan hak dan kuasa politik orang Melayu yang akhirnya akan hilang segala-galanya.Lantaran itu,kita orang Melayu sekarang akan dikutuk oleh generasi akan datang dan mungkin 'KUBOR KITA AKAN DIKENCING'oleh mereka.

Oleh itu,sedarlah dan bangkitlah wahai orang Melayu untuk bertindak sementara masa masih ada ;sebelum terlewat.

Askar Tua

shamshul anuar said...

Saudara Ghostwriter,

Resmi manusia tak tahu menghargai apa yang ada didepan mata. Bila dah hilang, barulah tahu menghargai nikmat sesuatu benda.

Dari pengamatan saya, ramai Melayu tak dapat bayangkan yang melayu akan hilang kuasa di Malaysia ( jika begini cara kita berpolitik).

Dalam keghairahan kita mencari aspirasi baru, kita terlupa bahawa manusia banyak yang bermuka muka. Orang melayu , bagus ada sikap berbaik sangka, namun jangan kerana berbaik sangka, kita buang sikap berhati hati.

Masalah melayu banyak. Dalam politik, kita dihasut supaya jangan bangga dengan "identiti Melayu". Maknanya kita diajar menafikan anugerah Tuhan . Salahkah kita untuk terima hakikat yang kita adalah Melayu dan jadi tanggungjawab kita pertahankan hak kita.

Namun kerana mahu menjatuhkan UMNO, PAS kata salah megah dengan identiti Melayu.

Ini semua kerana PAS mahu UMNO dipandang sebagai "tidak ikut Islam" dengan beridentitikan Melayu.

Sepanjang hidup saya, tak pernah pula saya dengar pemimpin UMNO kata kita mesti zalim dengan bukan Melayu. Jadi apa masalahnya.

Dan ramai Melayu masih degil dan enggan dengar nasihat betapa bahayanya DAP. Saya rasa DAP ialah parti politik parti perkauman yang teruk.

Malangnya orang Melayu suka sesuatu yang "superficial". Anjurkan majlis berkhatan dan kita lembut hati dengan DAP.

Itu hanya luaran. Bagaimana dasar DAP dengan DEB, Peruntukan Perlembagaan mengenai Melayu, ugama Islam, diskriminasi terhadap Melayu di sektor swasta?

Beratus kali sudah dinasihatkan pasal DAP . Namun masih ramai yang degil.

PAS pula sudah "kowtow" pada DAP. Dah tak sebut pasal Islam. Padahal degan UMNO yang tak tolak Islam ,begitu bermusuh.

TIADA orang Melayu yang untung bila PAS "sujud" pada DAP. Semua rugi. Kalau setakat PAS saja yang rugi, saya peduli apa. Tapi bila PAS "sujud" pada DAP, kita semua rugi.

PAS "sujud" pada DAP, satu parti yang memusuhi Melayu dan Islam.

Fikirlah. Dan pada UMNO, janganlah beri muka pada Namawee yang kurang ajar hanya kerana nak ambil hati masyarakat Cina. Jangan ambil mudah undi Melayu.

Nurul Aznil said...

Salam,

Sedih balik Penang tengok rumah orang melayu kecik. then taman perumahan besar megah semua dok ada tanglung merah bergantung.
tak lama lagi habis orang melayu kat pulau tu kena halau

Mohamad Faizal Hamid said...

sedih ak tengok blog nie...kalu nak tengok,banyak lagi pemimpin2 umno yang melakukan pengkhianatan kepada rakyat...walaupun media depa pegang..buat tohmahan sana sini,tapi rakyat kini tidak bodoh..yang bodoh,orang yang control media...nak meracuni pemikiran rakyat la..kalau nak tgok kat tv,surat khabar,mmg la nampak betape 'perfect' kerajaan kita..sikit silap pn xde..padahal kalau nak ikutkan,ulama' pn dibunuhnya,spt IBRAHIM LIBYA dalam peristiwa Memali yang berlaku di Memali,Kedah...