Tetamu Kehormat...

December 2, 2010

"Kesimpulan" Nik Aziz Menjawab Segalanya

Nik Aziz terus mempertahankan pendirian beliau berhubung sokongannya terhadap cadangan Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dengan penuh semangat dan panjang lebar (baca di sini). Pelbagai tuduhan dilemparkannya kepada UMNO, termasuklah dakwaan kononnya UMNO menggunakan hujah-hujah yang hanyir lagi busuk seperti sampah, demi mempertahankan nasib orang Melayu di negara ini. Namun demikian, diakhir cacian Nik Aziz tersebut, beliau membuat kesimpulan dengan kata-kata yang tertera di bawah :

“YB Lim Kit Siang atau sesiapa pun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan."

Soalan saya mudah sahaja untuk Nik Aziz : Lim Kit Siang itu orang Islam atau orang kafir? Sekiranya syarat utama yang ditetapkan oleh Nik Aziz untuk seseorang itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah beriman kepada Allah dan beramal soleh, maka apakah Lim Kit Siang sudah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh Nik Aziz itu? Jika jawapannya tidak, maka, bagaimana mungkin Nik Aziz boleh menyokong cadangan Anwar yang mahu melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri? Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

6 comments:

dinturtle said...

Kalau LKS tukar nama Mohd Siang Bin Abdullah ? Jadi tak ?

Muhammad Azli Shukri said...

din..kah kah..confirm jadi

Anonymous said...

2la melayu. xthu beza agama dgn bangsa. melayu mcm tuan yg buat melayu jdi bodoh

Muhammad Azli Shukri said...

anoy 9.13 tak kisah la kalau nak tuduh bodoh pun..yang penting syarat nik mesti masuk Islam dulu, baru la boleh dilantik..ini bukan soal bangsa, bro. ini soal agama..tak kisahlah sesiapa pun nak jadi TPM, tapi masuk la islam dulu..akal ada?

To Live Again said...

2la melayu. xthu beza agama dgn bangsa. melayu mcm tuan yg buat melayu jdi bodoh

Anon December 2, 2010 9:31 PM

Woi anon ko bodoh atau azli yg bodoh..X bc ke statement pok nik yg ckp kena islam dulu br blh jd tpm..Aparaaaa ckp pkai kepala lutut..

Aisanda said...

Moga pintu taubat utk n ajis dan par pengikut taksubnya masih terbuka sebelum mata mereka tertutup rapat. Amin.