Tetamu Kehormat...

December 5, 2010

Keputusan Para Mufti Bakal Ditentang Ulama PAS

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebulat suara meminta perbuatan orang bukan Islam yang membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya di pentas politik - perlu dihentikan segera, bakal menerima kritikan hebat dan hentaman daripada para pemimpin utama PAS. Tidak mustahil selepas ini, Nik Aziz, Hadi Awang dan Ahmad Awang akan mempertikaikan keputusan tersebut. Beberapa alasan telah dikenal pasti bagi memperlecehkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, antaranya : 1. UMNO peralat mufti untuk "melanyak" PAS. 2. UMNO dituduh lebih teruk dalam menyelewengkan ayat-ayat Allah, tetapi Majlis Fatwa tidak mengambil apa-apa tindakan. 3. Dosa UMNO yang dituduh kononnya tidak mengikut ayat Allah jauh lebih besar daripada dosa Kesavan yang membaca sebaris makna ayat al-Quran secara lintang-pukang. Inilah antara hujah-hujah PAS yang bakal digunakan bagi menyanggah dan membatalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat semalam. Sama-samalah kita tonton skrip drama yang sudah pun disiapkan lebih awal oleh PAS. Baca laporan Utusan Malaysia di bawah.

SEPANG 4 Dis. - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat. Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

''Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

''Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat. ''Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.

Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini. Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.

11 comments:

dinturtle said...

ini antara kesan negatif bila ugama dipolitikkan. Pas merasakan mereka lebih layak dan berhak keatas alQuran berbanding orang lain kononnya perjuangan mereka berlandaskan kata2 suci Allah itu. Dan mereka juga rasa lebih mengetahui hukum hakam berbanding orang lain yang tidak sehaluan.

Mungkin sudah tiba masanya kita gesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama 'Islam' keatas apa jua pertubuhan atau produk. Bukan hanya parti politik tapi juga bank, universiti dan lain2.

Dengan label 'Islam' yang terkait, mereka memberi gambaran mereka mewakili Islam, dan orang akan melihat secara keseluruhan entiti/produk itu sebagai melambangkan Islam. Besar tanggungjawap tu !

Tidak perlu disogokkan label Islam untuk menunjukkan kita Islam, asal kita terapkan nilai2 Islam sudah cukup, dengan sendirinya orang akan mengiktiraf keIslaman cara2 kita.

Topik terlalu besar dalam ruang yang sempit tapi tuan faham maksud saya.

Anonymous said...

saya rasa elok dibenarkan tapi dengan syarat, wujud akta yg boleh menghukum org bukan Islam yg salah tafsir dengan bukti rakaman. Jgn hukum berat, supaya mereka terus berusaha meperbaiki. Apa pun tahniah kepada pihak tertentu yang dapat menarik bukan Islam berani membuka kitab suci orang Islam dikala dunia dilanda Islam fobia. Harap umat Islam lebih menggalakkan umatnya membaca al-quran dan memahaminya, bukan marahkan orang lain membaca dan memahaminya. MAD Baling

Anonymous said...

saya rasa MAD Baling dah tersasar (atau sengaja buat2 tak paham). yang dimusykilkan ialah peralat Quran atas tujuan politik, bukan kita marah orang lain membaca atau memahaminya. kenapa selama ni dalam hidup mereka tak pernah quote sepatah haram pun ayat suci, alih-alih bila berpolitik berbuih mulut dok bagi tafsir..

Anonymous said...

orang bukan islam menterjemahkan ayat quran sepatutnya orang islam tidak boleh mempercayainya maknanya dan orang islam yg menterjemahkan ayat quran yg tidak menghabiskan ayat quran utk kepentingan politik dan peribadi adalah munafik.Peringatan kpd pemimpin2 PAS dan juga pengikutnya.

To Live Again said...

Sy bersetuju dgn dinturtle..

Mereka menganggap ISLAM adalah hak ekslusif PAS dn seangkatan dengannya..

Bila org Islam lain bercakap pasal Islam walaopon apa yg dicakapakan 2 adalah betul maka mula lah puak2 ni menghina dn memperlekeh konon x lyk ckp pasal Islam..

Sm jgak bila ada ustaz2 yg mengajar di surau2..Mereka mengajar mengenai sirah nabawiyah..Dlm sirah nabawiyah kn ada cerita bagaimana para sahabat r.a menghadapi pelbagai seksaan di awl penyebaran Islam mcm Bilal,Amar, Sumaiyah dll..

Mereka dgn muka xtau malu atau pon mmg mereka ni jenis xtau malu mula membandingkan pemimpin diaorg yg ditangkap dn disumabt ke penjara dn ISA atas kesalahan jenyah sm la martabat dgn pejuang2 Islam yg lain seolah2 diaorg meletakkan diri diaorg sm dgn para sahabat dn Rasulullah dn umno di pihak kafir quraisy..

Uweeeek nk muntah aku..

Anonymous said...

Sejak adanya pakatan rakyat ni makin menjadi2 agama digunakan untuk berpolitik, oleh bukan Islam pula tu.

Saya setuju Islam tidak menghalang orang bukan Islam membaca dan memahami Al Quran. Tetapi untuk dicampuraduk dengan politik, itu pasti terkeluar drpd konteks sebenar.

Yg peliknya, ada manusia Islam dengan jubah dan kopiah di kepala boleh menerima keadaan itu. Apanak jadi dengan bangsaku bergelar MElayu?

masmerah

Anonymous said...

Itu lah utusan meloye, belum apa2 dah menuduh yg bukan2, sentiasa berprasangka. Kalau dikatakan suratkhabar "TUKANG ADU DOMBA" dan PENIPU korang tak boleh terima. Tapi itulah hakikatnya.

Anonymous said...

anon 4.05, apa masalah kau? tolong kupas sikit tulisan anda dan kaitannya dengan posting azli shukri ni? orang tulis kau nak tulis, orang ada isi dan bernas, kau hamPAS semata2. kau tau tak, kalau nak kutuk sekalipun, biarlah kena pada tempat dan tajuknya. aku cuma nak tau, di mana prasangka utusan.. tolong explain.

mokmek

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

Anonymous said...

Yang saya baca Utusan hanya melapor keputusan yang diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Yang membuat andaian seperti tajuk artikel ini ialah tuanpunya blog dan itu hak dia. Sebaik-baiknya bacalah dulu sampai habis sebelum mengutuk. Kan dah jelas nampak kebodohan sendiri?

Muhammad Azli Shukri said...

anoy - ini merupakan kaedah penulis wartawan bagi menarik minat pembaca, harap faham.