Tetamu Kehormat...

December 18, 2010

Kenyataan Terbaru Nik Aziz : Tanda Awal Menuju Tuhan?

Tolong baca tulisan yang bertanda merah di bawah ini - itu kata-kata Nik Aziz sendiri! Soalan saya untuk Nik Aziz, mengapa dengan UMNO, PAS sanggup caci dan maki, kafirkan ahli-ahli UMNO, tidak bertegur sapa, benci-membenci, mengaibkan pemimpin-pemimpin UMNO, menunduh UMNO tolak Islam dan beribu lagi kata-kata nista dan hina yang dilemparkan oleh PAS kepada UMNO selama ini, mengapa Nik Aziz diamkan? Cakaplah! - Tolonglah Nik Aziz, cerminlah terlebih dahulu parti sendiri, sebelum mahu menunjuk baik. Sudahlah Nik Aziz, DAP tidak akan menerima gaya dakwah yang ditunjukkan oleh PAS. Dakwah hanya akan sampai apabila kita benar-benar ikhlas hanya untuk Allah, dan bukan dicampuri dengan kepentingan dunia dan mabukkan kuasa. Baca berita di bawah :

GEORGE TOWN, 18 Dis — Pakatan Rakyat yang sedang membuat persediaan untuk mengadakan konvensyen keduanya digesa meletakkan “keagamaan sebagai asas” dalam menguruskan kesepakatan politik perikatan itu, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam perutusan sempena konvensyen perikatan tiga parti itu yang akan berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang esok, Nik Aziz berkata, pendekatan itu juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan.

“..., maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan. Pakatan Rakyat ditubuhkan April 2008 oleh DAP-PAS-PKR tetapi pemimpin veteran itu menerajui Kelantan sejak PAS menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1990.

Nik Aziz yang dilihat sebagai "penasihat tertinggi" PAS dan dihormati kalangan semua pemimpin Pakatan Rakyat menambah, bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat kedua kali ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga “hubungan sesama anggota” dalam Pakatan Rakyat. Justeru katanya, pimpinan dan perwakilan parti komponen Pakatan Rakyat yang menghadiri konvensyen esok perlu mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung dalam penyelesaian permasalahan ummah.

“Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat,” katanya. Bagi PAS katanya, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum,” katanya. “Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya, ‘janganlah saling benci-membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. “Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari,” kata Nik Aziz.

Oleh itu menurut Nik Aziz, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. “Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul,” kata beliau. Pakatan Rakyat dibentuk beberapa minggu selepas pilihan raya umum 2008 dan ia mengadakan konvensyen sulung 19 Disember 2009 di Shah Alam.

9 comments:

Melanau said...

sebenarnya pakatan gagal mewujudkan satu parti yang boleh diterima pakai..jadi depa2 yang berpolitik menggunakan nik ajis...nik ajis yang dah rasa bijak sangat tak tau ler yang dia dah kena guna dengan anuar berahi...kapal sing dan jugal limbisial..hehehe(nik ajis tewas diabad mellinium)3 putaran alam yang bijak dr nik ajis

Melayu Pasir Gudang said...

Nik Aziz bengong.....UMNO yang terang-terang ahlinya Melayu Islam tidak di terimanya untuk perpaduan Ummah..nak harapkan kafir Harbi dari DAP menjadi sahabat.Inilah yang di katakan menggunakan Islam sebagai alat politik peribadi.

wazahu said...

bukan Nik Ajis tp NIK NAJIS hahahaha

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Hahn said...

Sebab UMNO tu Melayu macam N.ajis sebab tu dia cemburu.

Dia ni orang lama. Apa ugama dia ikut entah lah. Dia sama pendirian dengan Melayu yang jahil satu ketika dulu iaitu, "Asalkan pesaing utama aku Melayu tu jahanam walau aku tak menang, aku puas hati. Biar China naik tak pa, hati aku tak sakit"

Rasa nak kasi penampor jer tengok gambar dia dalam blog ini. Terima kasih dengan gambar yang bikin naik angin itu.

karlozpaco said...

APAAA NICK AJIS SAORANG ULAMA'!!?PIRAAAH...SERBAN PAKAI 24JAM JADI OXYGEN XLEH MASUK DGN SEMPURNA KE HOTAK DIA SEBAB TU ASIK MERAPU MANJANG.NAPE KALAU X PAKAI SERBAN X ISLAM KE?HELLO JIS LU TLG DTG BANTING BIAR KAMI ORANG SEKOLAHKAN LU BALIK.SETAHU WA BYK ORG2 PAS KAT SINI PUN DAH NAIK MENYAMPAH DGN LU.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Mustaqim said...

Nik Aziz ini ada penyakit hasad dengki.

Masa dulu dia mencacri Almarhum Dato' Asri macam2. Penyiar lagu Hindustan lah dll.

Sekarang setelah lanjut usia, Allah SWT yg Maha Berkuasa menunjukan kita beliaulah sebenarnya pembela kaum Hindu di Malaysia dgn berbagai ragam. Sudah banyak disiarkan dlm pelbagai blog.

Jadi di mana Islamnya Nik Aziz? Siapa yg menjual agamanya dgn harga yg murah? Nik Aziz atau Almarhum Dato' Asri?

Kepada ahli PAS tegar mohon buka mata-hati bukan perasaan sahaja. Jangan menjadi pengikut Hindu, Buddha, Kristen. Pendita mereka adalah wakil Tuhan di muka bumi ini.

Anonymous said...

apabila cakap tak serupa perbuatan namanya MUNAFIK!!!!!!

AKU MELAYU ISLAM