Saya difahamkan isu bekas isteri Akil Hayy Meninggal Dunia yang dihebohkan oleh sebuah laman blog merupakan satu fitnah dan berita tidak benar. Saya menasihatkan kepada pihak tertentu agar tidak mudah menyiarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita tersebut. Sebelum ini kecoh berkenaan kematian Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, namun demikian terbukti kisah tersebut adalah palsu. Kematian bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main, ia melibatkan kesedihan dan kepiluan. Saya berharap pihak yang memulakan isu harus bertanggungjawab dan memohon maaf ke atas keluarga yang terbabit. Harap Maklum! Blog yang menyiarkan berita palsu ini sudah pun "memadamkan" entri mereka, iaitu mybloghub.my dan diikuti portal malaysia-instinct.December 31, 2010
Kematian Maizawati Adalah Fitnah!
Saya difahamkan isu bekas isteri Akil Hayy Meninggal Dunia yang dihebohkan oleh sebuah laman blog merupakan satu fitnah dan berita tidak benar. Saya menasihatkan kepada pihak tertentu agar tidak mudah menyiarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita tersebut. Sebelum ini kecoh berkenaan kematian Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, namun demikian terbukti kisah tersebut adalah palsu. Kematian bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main, ia melibatkan kesedihan dan kepiluan. Saya berharap pihak yang memulakan isu harus bertanggungjawab dan memohon maaf ke atas keluarga yang terbabit. Harap Maklum! Blog yang menyiarkan berita palsu ini sudah pun "memadamkan" entri mereka, iaitu mybloghub.my dan diikuti portal malaysia-instinct.
Label:
Corat-Coret
| Reaksi: |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Ulasan:
jahat nya mereka..kesian org yang hidup dikatakan mati..
PETALING JAYA, 31 Dis: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.
Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.
Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.
“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.
Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.
Apa la yang dorang dapat dengan buat fitnah2 macam ni yaa... Perangai manusia akhir zaman ni makin pelik...
Moga Maiza cepat sembuh dan bersabar menghadapi musibah yang menimpa..
Assallammualaikum.
Blog saudara semakin matang. Tahniah.
Blog saya http://ayatpolitik.blogspot.com.
Assallammualaikum.
Blog saudara semakin matang. Tahniah.
Blog saya http://ayatpolitik.blogspot.com.
Perkara hidup dan mati bukan boleh di buat main main atau gurauan.
Apa kata jika kita sendiri di pelakukan sedemikian rupa tentang keluarga atau orang yang kita sayangi.Apa perasaan kita ?.
Post a Comment