Tetamu Kehormat...

December 21, 2010

Kehancuran DBP : Mengapa Muhyiddin Tidak Tahu?

Pada hari penyampaian Hadiah Sastera Perdana (HSP) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 November 2010, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyarankan supaya sastera diperkasakan. Cantik sungguh saranan Mahyuddin tersebut kerana beliau menyedari bahawa genre sastera ialah salah satu hasil kesenian rakyat dan kesenian adalah cabang kebudayaan. Bercakap persoalan kebudayaan, secara outomatik kita merujuk kepada warna-warna kehidupan (desing of living) masyarakat. Dari aspek kemajuan duniawi apapun, sastera tetap berperanan dalam penyuarakan tentang struktur sosial masyarakat yang didalamnya terlibat unsur politik, ekonomi, bahasa, pendidikan, syasiah diri, psikologi, kesejarahan dan sebagainya.

Menyedari akan hakikat tersebut, maka Mahyuddin menyuarakan supaya sastera Melayu diperkukuh, diperteguh dan didaulatkan bukan dimusnahkan. Tetapi, Mahyuddin mungkin tidak menyedari atau ditipu oleh Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah DBP dan balacinya yang menyediakan teks ucapan untuk beliau sampaikan pada HSP dengan retorik yang muluk-muluk. Sedangkan kenyataan yang berlaku terjadi keterbalikan, sastera bukan dikembang dan diperluaskan, malah dimusnahkan. Kini di DBP, kedudukan, fungsi dan peranan sastera Melayu sesudah Pengstrukturan Semula Struktur Organisasi (PSSO) DBP 2010 ibarat kaca terhempas ke batu. Jabatan Sastera sudah dihancurlumat dan ditalqinkan.

PSSO DBP 2010 yang dilaksanakan oleh Termuzi Abd. Aziz, yang tua renta bersama balacinya yang mendapat “desakan” Johan Jaaffar, mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, bukan sahaja bercanggah dengan Akta 930 DBP yang meletakkan fungsi teras DBP iaitu bahasa, sastera dan penerbitan, malah bercanggah dengan matlamat kedua DBP (semakan tahun 1978 pindaan dan peluasan tahun 1995) berkaitan dengan perkembangan sastera kebangsaan. Sambung bacaan anda di sini...

5 comments:

datoadil said...

DBP,MAJALAH : KERUNTUHAN ATAS KE BAWAH

Komentar saya berkisar kepada penggiat sastera dan penulis yang menghuni gedung DBP. maka kakitangan pentadbiran sudah tentu terkecuali.

1. Pengurusan DBP diripada ketua sampai editornya perlu bertanggungjawab. Maksudnya ketua atau terajunya mesti yang berilmu dan berjiwa sastera. Ini dilantik orang yang bukan dalam bidangnya. Siapa Turmuzi atau ketua DBP sekarang ni? Dia ini tahu ke sastera dan Bahasa?

2. DBP punya majalah. Majalah ialah satu-satunya wadah atau medium untuk DBP mengembangkan sastera dan bahasa ke khalayak. Malah memberi peluang kepada penggiat seni di luar untuk berkarya. Tetapi apa yang berlaku seperti ada kepincangannya.

3. Pincang? Memang pincang. Cuba teliti penulis-penulis didalah majalah DBP. Cuba siasat. Jika anda siasat, mungkin anda akan bertemu dengan:
a. Penulis ialah daripada kalangan editor sendiri. Bayangkan seorang editor mampu menulis segala tema dan tajuk. Itu belum campur mungkin si editor itu menggunakan nama lain untuk membolehkannya menuntut bayaran atau tulisan itu.
b. Penulis adalah dalam kalangan rakan-rakan atau orang yang sudah bersara dari DBP. Adakah ini untuk menyambung hayat periuk nasi metreka atau apa, saya pun kurang pasti. Tetapi hal ini mungkin berlaku. Maka bagaimana sastera itu atau majalah itu ingin dikembangkan.
c. Kurangnya fakta atau analisis dalam artikel DBP. Ini berbeza dengan majalah lain di pasaran yang bukan sahaja kertasnya berkualiti, malah gambar dan kandungannya berkualiti. Ditambah pula mudah didapati di mana-mana.

4. DBP dan majalahnya lesu dan menunggu masa untuk mati. Semuanya kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang akan terbongkar segala kejahatan mereka suatu hari nanti.

Dato' Adil
Cyberjaya.

HHalem said...

Tuan,

Banyak juga yg Muhaiyudin tak tau.
Contohnya, dulu dia tak tau anak dia ada ambil (atau anak dia ponteng, tapi bapanya tak tau) kokorikulum disekolah.

Mengamok Pengetua Institution tu.
Ishhh kacau juga kalau dia jadi PM nanti..

Frm HHalem

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih ulasan dato adil

jihadis said...

Ingin saya nyatakan, apa yang tertulis dalam artikel di atas adalah retorik semata-mata, yang tidak punya apa-apa kenyataan bernas. Mohon maklum, bahawa jabatan sastera DBP dahulunya amat tegar dengan benteng-benteng penguasa yang kuat bermain politik dalaman, dan tidak ada matlamat dalam benar2 menggerakkan perkembangan kesusasteraan. Terlalu banyak mainan "red tape"..

perpecahan bhg sekarang adalah untuk mengurangkan "red tape" itu berlaku lagi (cth, jika seorang penulis tidak disukai, karya mereka akan dipenggal, buat sekarang, kerana bhgnya sudah dipecah2, bhg itu boleh bergerak sendiri tanpa pengaruh jabatan sebelumnya) juga supaya setiap bhg boleh bergerak dengan matlamatnya tanpa dipengaruh oleh org atasan yg kuat politikingnya..

usahlah kalian berkeriuk tidak cukup fasla bila FAKTA belum kalian tahu!

masalah DBP bukan semuanya pentadbirnya.. lihat juga pemasarannya.. itu adalah MASALAH SEBENAR!

jihadis said...

Buat dato' Adil,

Hal yg dato' nyatakan itu juga satu retorik tiada makna.

Mohon tanya sendiri Ketua Editor mengapa beberapa isu (BUKAN SEMUANYA ISU ditulis Editor, hanya Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya terpaksa kerana tiadanya konsep Wartawan dalam DBP, tetapi hanya jawatan editor, hal inilah KP perlu ambil MAKLUM atas KEKURANGAN STAF MAJALAH .. hal ini juga perlu dibuka mata oleh pihak JPA!) si editor perlu tulis sendiri.