Tetamu Kehormat...

December 14, 2010

Isu Terkini Anwar Saman Mahathir : Senjata Sulit Tun Mahathir!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan. “Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya.

Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan. “Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini. Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya. Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'." Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'. "Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir. Sumber : Malaysia Kini.

1. Ulasan Saya : Inilah langkah paling bodoh yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Beliau ingat, setiap masa kemenangan akan berpihak terhadapnya. Kali ini - Anwar Ibrahim akan benar-benar bertemu buku dengan ruas. Untuk maklumat semua pembaca - sepanjang Anwar Ibrahim terlibat dalam politik, beliau tidak pernah menang walaupun hanya sekali, sekiranya berhadapan dengan Tun Mahathir. Baik semasa berada di dalam UMNO, mahu pun setelah keluar daripada penjara. Yang terbaru - rayuan Anwar ditolak oleh Mahkamah berhubung saman malunya terhadap Tun Mahathir, sehingga melayang RM 70 ribu duit poketnya dan masuk terus ke saku Mahathir.

2. Sekali lagi Anwar mencuba nasib - menyaman Mahathir dan berharap, orang tua itu akan tersungkur rebah ke bumi, tetapi percayalah - Mahathir tidak akan tewas. Otaknya masih geliga dan bijak berputar-putar menyelesaikan masalah - tersilap haribulan, tangan Anwar pula yang tersimpul mati. Mahathir adalah guru politik Anwar Ibrahim - walau sehebat mananya pun Anwar, gurunya masih tetap menyimpan senjata sulit terakhir.

3. Ramai orang tidak tahu, apakah rahsia besar yang masih disimpan oleh Mahathir dan belum didedahkannya dikhalayak ramai. Pada satu ketika dahulu - Mahathir hampir sahaja dipanggil untuk menjadi saksi kes liwat pertama Anwar Ibrahim, namun demikian dibatalkan pada saat-saat akhir. Menurut sumber tertentu, sekiranya Mahathir dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut, ramai yang percaya, bukan sahaja segala bukti liwat bakal terdedah - bahkan segala nanah, kudis, dan kurap Anwar Ibrahim juga pasti akan dilihat oleh seluruh dunia. Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh Anwar dan pasukan peguam belanya.

4. Anwar menyangka Mahathit terlalu bodoh - dan mendakwa mantan perdana menteri itu tidak akan mampu mendapatkan kerjasama daripada Lee Kuan Yew. Ini hanyalah andaian orang yang jahil. Siapa tahu, sememangnya ada pakatan sulit Mahathir-Lee untuk menumbangkan Anwar? Episod Anwar menentang Mahathir baru sahaja bermula. Mahathir menyerang dan Anwar bertahan, sekarang Anwar menyerang Mahathir pula bertahan.

5. Inilah pertarungan dan pertembungan politik yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia, Mahathir-Anwar, siapa bakal menang? Hanya Mahathir sahaja yang tahu segala rahsia besar Anwar - Mahathirlah orang pertama, yang mengangkat Anwar ke puncak kuasa, dan Mahathirlah juga, orang pertama yang menumpaskan Anwar di pentas politik! Sekarang, peperangan antara Anwar dengan Mahathir tidak mungkin dapat dielakkan lagi - siapa yang jatuh dan siapa pula yang rebah, hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi - sepanjang rekod pertembungan Mahathir-Anwar, keputusannya boleh diibaratkan seperti 10-0. Nasihat saya mudah - Anwar hanya menempah keranda apabila cuba menentang Mahathir! Takbir!!!

6. Soalan Tambahan : Bila Anwar dan para peguam belanya mahu menyaman Ezam Mohd Noor, Datuk Nallakarupan dan Ummi Halfida Ali pula? Dengan Mahathir begitu garang dan berani, tetapi dengan Datuk Nalla dan Ezam - tiba-tiba jadi kecut. Hairan bin ajaib nie. Fikir-fikirkanlah.

19 comments:

blogenstarz said...

Salam
Jangan kita lupa,pendedahan wikileaks juga ada berkaitan dengan pembinaan Jambatan Bengkok yang tertangguh sekian lama.
Ianya berkaitan.....
Akan menyusul pendedahannya !

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya yakin Tun Dr Mahathir ada simpan bukti mengenai salahlaku seks Anwar. Namun sebagai seorang Melayu dan Islam, Tun mungkin tak tergamak hebahkan keserata dunia.

Tun mungkin jaga aib Dr wan azizah dan anak-anaknya. Anwar tidak mungkin berada daam keadaan memalukan jika beliau terima tawaran Tun letak jawatan. Namanya akan terpelihara dan sikap peribadinya akan kekal rahsia dan Kerajaan Malaysia tak akan dimaki hamun.

Tindakan Anwar mahu "berperang" dengan Tun adalah sikap bodoh anwar. Apa pun dia buat. orang dah tak percaya padanya.

Yang menyokongnya pun bukan ikhlas. Hanya gunakan anwar untuk lemahkan kuasa politik melayu dan paling penting jatuhkan UMNO.

Jika ini berjaya, maka berakhirlah "Malaysia" yang kita kenal selama ini dan berdiri tegaklah satu negara yang hilang identiti Melayunya.

Melayu Pasir Gudang said...

Jika Aib yang selama ini di jaga atas dasar Iman dan Islam terbongkar jangan salahkan Tun Mahathir, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan Perkasa dan jangan salahkan rakyat Malaysia. Sesungguhnya rakyat sudah terlalu menderita melayan karenah al-juburi ini. enough is enough, anwar perlu bertaubat kata karpal singh

Muhammad Azli Shukri said...

saya sangat bersetuju dengan saudara shamshul

Anonymous said...

Anuar tak perlu nak tegakkan benang yg basah kerana Siapa yg keluarkan Atikal di laman web sehingga Tun bersuara dari sudut undang undang siapa yg keluarkan kenyataan dulu pertama LKY menteri mentor kesayangan DAP yg keluarkan kenyataan bukan Tun Mahathir itu pun setelah tersebar nya berita Anuar memang terlibat dengan meliwat diseluruh dunia dilaman web yg menggunakan nama Wikileaks Tun Mahathir hanya keluarkan kenyataan selepas terbaca dalam laman web tsb dan menjawab apabila ditanya olih wartawan bermakna Anuar kena juga saman LKY.Wikileaks akhbar yg keluarkan kenyataan tsb dan ramai lagi saksi yg perlu Anuar cari didalam negeri dan luar negeri kalau berani teruskan saman Tun Mahathir kami rakyat malaysia tetap sokong kepada Tun Mahathir.

Anonymous said...

aku xpelik dia nak saman Tun M, tapi.. aku pelik kenapa dia xsaman LKY

Anonymous said...

Mahadet ni sepatutnya dah duduk atas tikar sembahyang aje. Bukan nya jadi tukang adu domba dlm masyarakat. Umur dah 85 tahun, bila2 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.
Kesian pada dia, pada umur senja begitu masih lagi mencari populariti.

bakir said...

Zaman kejatuhan Anuar telah tiba kini.. janganlah nak membetulkan diri yang dah tak betul.Lakunan anda telah ssumbang sekaraang.Rakyat melaysia telah faham bahawa lakunan anda semua temberang...cakap tak serupa bikin..Rakyat sudah hilang yakin.. anda dengan keruni anda yang senang.. rakyat bertambah miskin...perjuangan anda anda bukan meembila bangsa...malahan nak meruntuhkan dan menghapuskan bangsa. Mana dia pembelaan rakyat yang dilaung2kan..menjahanamkan dan merosakkan adalah... Inikah seorang manusia yang perlu disanjung oleh keseluruhan rakyat malaysia?.. nama sahaja pakatan rakyat ... jelasnya rakyat ditipu bulat2...Insaflah rakyat semua.. biarkan mereka terjun dengan labu2 mereka semua...

Anonymous said...

Hello bakir,
Nak tergelak pulak baca komen awak ni. Awak kata 'keruni (kroni lah)dan rakyat bertambah miskin'.
Awak sedar tak sapa yg memerintah M'sia sekarang ni. Siapa yg awak sebut keruni (kroni) ni, dan siapa pulak yg membuat rakyat bertambah miskin.
Ek eleh.

Anonymous said...

betul ah tu apa kata bakir..kroni ni dulu timbul masa anuar je,,,dia yg buat kroni dn koloni,,ckp org laen..dia yg mentekedarah...udah2 la tu anoy 1005..nak tegang benang yg basah,,benda yg tegang pun salah cucuk!!!..

Anonymous said...

Yang muda nie pun boleh jalan biler2 mase jer..jgn lupa tu

Azizan Yaakob said...

melayuyaraya mengulas blog sdr dan dipautkan tengah malam tadi tq

Anonymous said...

Tun Mahathir siap cakap, quote me, quote me.. kepada wartawan Malaysiakini. Tun Mahathir tak pernah takut, bukan macam Anwar,penakut depan orang kristian siap cakap, Murtad! Its her right.

Anwar cakap Lawan tetap lawan, bila fru datang sembur air, dia cabut tinggalkan penyokongnya dahaga ditipu sepanjang mangsa merasa kegatalan meriam air FRU.

Kesiann, sampai bila la golongan keldaian akan sedar dan lari dari sondolan ANwar?

Zek said...

Aku hairan betul Anwar ni. Tun Dr. Mahathir cakap sepatah dua dia dah nak saman. Tapi Dato Nalla, Ezam Mohd Nor, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin dok kata dia macam-macam, tak pula dia nak saman.

Baru2 ini dah kalah dengan Tun Dr. Mahathir dan tak pasai-pasai melayang RM70,000.00. Kan lebih baik gunakan duit itu untuk perkara yang lebih berfaedah.

Kes dia pun masih tak selesai. Dok tangguh memanjang. Sampai ayah Haji Saiful terpaksa mengadap DYMM SPBYDA agar perbicaraan itu dapat dipercepatkan.

Kesian anak isteri terpaksa menanggung malu yang amat sangat.

Baiklah bawa anak isteri ke Mekah
dan BERTAUBAT di sana.

Moga-moga ALLAH terima taubatnya. Amin.

red said...

Takpe... biarlah anuwar saman Tun... dia bukannya boleh menang pon... Dia adalah biggest loser of Malaysia... hahahaha

firdaus said...

hmmm.. pelik juga.. kenapala dia sibuk nk round 1 malaysia nk jelaskan isu wikileaks ni. Klu dia bersumpah mubahalah, x sampai seminit je dah selesai... hmmm..

izz said...

owh... mmg anwar akan tumbang bila2 masa.. pelik betul dgn org yg sokong dia.. apa yg betul kat dia tu agaknya!

anonymous no 3!

pls! jgn nk kutuk2 tun mahathir! pantang saya org dok kutuk dia! org yg telah memberi kita kehidupan yg baik... sepatutnya dialah anugerah Tuhan, bukan peliwat tu... ke awak sama spesis dgn dia??? biarlah diperjuang utk bangsa dan agama sampai mati... apa yg awak sebok??? mengong betul!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

SAudara azli,

Saya pun kadang-kadang rasa pelik dengan "dendam membara" Anwar. Dan lebih pelik lagi tiadakah dikalangan saudara maranya yang menasihatkan Anwar supaya berhenti buat kerja tak berfaedah yang memporakperandakan Malaysia.

Sudah sudah lah tu wahai Anwar. Benar kata ahli Parlimen Kulim, Zulkofli Nordin. Kita semua akan meninggalkan dunia ini satu hari nanti.

kalau saya diperimgkat umur Anwar, jawatan PM dah tak penting lagi. Tak apa kalu berazam jadi PM. Tapi jalannya mesti bersih dan tidak menikam orang di belakang hanya untuk naik ke puncak seperti yang Anwar selalu buat.

Bila Anwar "menganiaya" Allahyarham Tun Ghaffar dengan merampas kerusi Timbalan Presiden UMNO , saya dah sedar ini pemimpin tak boleh dipercayai.

Walhal Tun Ghaffar bukan terhegeh-hegeh nak jawatan Timbalan PM. Dia dilantik. Dia menolak pelawaan DR Mahathir untuk jadi Menteri Pendidikan, satu jawatan yang sangat senior dalam kabinet.

Namun Tun Ghaffar sabar menerima Qada dan Qadar. Dia tidak memberontak bila hilang jawatan Timbalan PM. Dia boleh saja guna cara Anwar untuk pertahankan kedudukan: beli undi.

Namun Tun Ghaffar tidak berbuat demikian. Tun Ghaffar tidak keluar UMNO atau buat rusuhan walaupun dia dihina dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Semoga UMNO lebih bijak menilai pemimpin. Ada pemimpin dalam UMNO yang tak "glamour" dan mereka kerja senyap tanpa peduli publisiti.

Mereka tak popular kerana cara hidup mereka sederhana dan "bersih". Mereka ialah jenis penyabar dan jaga mulut. Jadi tak popular kerana dari mulut mereka sentiasa keluar perkataan yang membina.

Merekalah yang patut kita julang dan hargai . Bukan pemimpin setengah masak yang buat kenyataan pertahankan budak seperti Namawee tetapi bertindakl zalim pada Pengetua Melayu yang hanya tegur pelajar.