Tetamu Kehormat...

December 28, 2010

Isu Syiah : Pintu Syurga Yang Tertutup

Sungguh tidak menduga sama sekali, rupa-rupanya posting saya berkenaan isu Syiah di Malaysia telah menarik minat banyak pihak, sehingga membuatkan saya terfikir, bahawa pengaruh Syiah semakin kukuh tapaknya di negara ini. Berdasarkan komen-komen yang dipaparkan di dalam posting berkenaan, maka jelaslah terlalu ramai yang jahil daripada yang bijak. Banyak yang menggunakan emosi daripada ilmu dan kewarasan. Saya memandang hal ini penuh dengan dukacita, tidak sangka, masih ramai dalam kalangan kita yang menyangka ajaran Syiah adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Apakah golongan ini sudah membaca dan mentelaah kitab-kitab Syiah? Sudahkah mereka membaca karya dan ajaran Ayatullah Ruhullah Komeini yang didewa-dewakan oleh pengikut Syiah itu? Kalau belum baca, eloklah balik rumah dahulu dan duduk diam-diam. Pada saya, hanya ada dua alasan sahaja, mengapa terdapat golongan yang bersungguh-sungguh mempertahankan Syiah, pertama kerana mereka jahil dan tidak mengkaji sejarah dan kehidupan sebenar masyarakat Syiah di Iran, dan kedua kerana terdapat agenda tersembunyi dalam kalangan mereka untuk menghancurkan Islam dari dalam.

Saya sebenarnya malas berdebat dengan pengikut Syiah - kerana Rasulullah sendiri menyuruh agar kita meninggalkan perdebatan, apatah lagi dengan golongan yang terbukti terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Kebenaran dan hak sudah pun jelas, namun demikian, mengapa masih terdapat golongan cerdik pandai yang mengikut ajaran Syiah? Apakah mata mereka ditutupkan oleh Allah sehingga tidak upaya menilai antara yang hak dan yang bathil?

Yang menetapkan keputusan bahawa Syiah merupakan ajaran yang menyeleweng dan terkeluar daripada Islam, bukan saya! Tetapi Majlis Fatwa Kebangsaan, (Baca Di Sini). Saya hanya menyebarluaskan fatwa tersebut agar umat Islam di Malaysia faham dan taat kepada keputusan pihak berkuasa dalam urusan agama, dan bukan menentang membuta-tuli. Tetapi malangnya, pendukung ajaran Syiah di Malaysia, melalui ruang komen di dalam blog ini, cuba menggambarkan hal yang sebaliknya. Mereka masih mahu menegakkan benang yang basah, dan berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat yang rata-ratanya jahil berkenaan sejarah dan akidah ajaran Syiah. Saya sudah malas untuk memanjangkan isu yang sangat asas ini. Nasihat saya cuba satu, sekiranya masih ada pendukung dan pengikut ajaran Syiah yang masih degil mahu mempertahankan ajaran tersebut jawab lima soalan saya di bawah ini terlebih dahulu (jawab dengan ikhlas bukan secara taqiyyah).

1. Apakah tuan-tuan mengkafirkan Abu Bakar, Umar,Uthman dan Muawiyyah?

2. Apakah tuan-tuan percaya bahawa Iman-Iman Syiah jauh lebih tinggi darjatnya daripada para nabi dan rasul?

3. Apakah tuan-tuan menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh para Imam Hadis ahli sunnah waljamah, seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, dan lain-lain? Dan hanya menerima hadis yang riwayatkan oleh ahli hadis Syiah semata-mata?

4. Apakah tuan-tuan percaya bahawa para isteri Rasulullah merupakan wanita yang keji?

5. Apakah tuan-tuan percaya bahawa al-Quran yang terdapat dalam tangan kaum muslimin ketika ini bukanlah al-Quran yang sebenar?

Sekiranya jawapan tuan-tuan "Tidak" kepada semua perkara di atas, maka tuan-tuan bukanlah penganut ajaran Syiah yang sejati, maka tidak perlulah bermati-matian mempertahankan ajaran tersebut. Cubalah fahami dan pelajari betul-betul siapakah Syiah itu. Jangan cepat melenting apabila dikritik, tuan-tuan dikira sangat bertuah, kerana blog ini mengizinkan tuan-tuan memberi komen secara bebas dan telus bagi mempertahakan diri bersama dengan hujah masing-masing, gunakan bahasa yang baik dan bersopan. Wallahualam.

19 comments:

GAP KEMBALI said...

bro ..aku support kamu..teruskan tejahan.

Say No to Shi'ite said...

Alhamdulillah,
Penentangan keras harus dibuat. Penjelasan harus diberikan. Imej Iran yg kononnya sgt islamik harus dibongkar terutamanya nasib yg sedang menimpa sunni di iraq. Apakah kita mahu menjadi iraq? Tuan Azli tolong masukkan sekali fahaman syiah yg ekstrim. Ingatlah Tuan2, darah kita Ahli Sunnah adalah halal bagi mereka. Jgn berikan mereka hak walaupun sebagai orang kafir di Malaysia ini seperti mana mereka menafikan hak Ahli Sunnah di Iran yg telah dihapuskan sama sekali.

Anonymous said...

Hanya sunnah wal rasuah tajaan Umnogok yang akan masuk syurga.
Pencapaian sunnah wal rasuah
1)kadar buang anak yg teramai
2)kadar penagih dadah yg. teramai
3)Kadar mat rempit yang teramai
4)Rasuah perkara biasa
5)Sembahyang sunat di masjid lebih ramai dari sembahyang Fardu.(terawih). Masjid hanya tempat kebangaan tarikan pelancong
6)GRO yg. teramai antara 3 kaum di Malaysia
6)kadar penceraian yg.tinggi

Anonymous said...

Salam, nak tanya saudara Azli

1)Yang mana lagi baik dan layak jadi mufti, karpal singh yang baru masuk Islam dan tiba2 menjadi seorang yang Alim atau Abu Hasan Din Al Hafiz yang sudah menjadi Islam sejak lahir dan dari kecil hanya terdedah pada pembelajaran Islam sahaja dan tak pernah sembah berhala?
Saidina Ali adalah manusia pertama memeluk Islam sejak kecil dan tak pernah sembah berhala seumur hidup.


2)Kenapa Al quran ada menceritakan Isteri para-para Rasul ada yang ingkar kepada suami. Salah satunya adalah Isteri Nabi Noh A.S, Nabi Lut yang mana kedua-duanya binasa akibat kemurkaan Allah SWT..
Ada kah Al Quran mengatakan Isteri para-para Rasul Maksum?

3)Darimanakah Saudara mengambil andaian bahawa Orang-orang Syiah mempunyai Al Quran yg. berbeza dengan mahzab Sunni. Kenapa Qari dari Republik Islam Iran yang sesat dan mempunyai kandungan Al quran yang berlainan di benarkan mengambil bahagian dalam Tilawah Al Quran yang di anjurkan oleh Malaysia malah mereka pernah menjadi Johan beberapa kali?

4) Bagaimana Abu Huraira R.A yang hanya bersama Rasullulah selama 3 tahun sahaja mempunyai lebih 4 ribu hadis dimana saidina Omar yang lebih lama hidup bersama Rasulullah hanya mempunyai 400 hadis dan saidina Ali yang sepanjang hayat rasulullah bersamanya hanya mempunyai lebih kurang 300 hadis sahaja?

Tolong terangkan soalan saya yang ingin tahu ni..
Saya confuse lah...

Ingin Tahu

Anonymous said...

Untuk yg berkata No to Shi'ite...

Sapa yg menghalalkan darah ahli Sunnah?? dlm dunia ni bukan 200 org yg kena tangkap dgn jais tu je yg syiah, ada berjuta-juta lagi..sanggup ke nak tanggung dosa menfitnah jutaan org tu??sesungguhnya fitnah itu berat dosanya...

Betullah jgn jadikan Msia Iraq, sbb kat Iraq, Saddam dah bunuh beribu ribu org syiah jadi kita kat Msia ni jgnlah ikut tebiat buruk depa...Islam mengajar kita supaya menghormati antara satu sama bukan bertelegah mcm kucing dan anjing..

Kat Iran tu bukan takat ahli sunnah, kristian, buddha dan pelbagai agama lain lagi ada.. tak penah pun kena serbu waktu beribadat atau berkumpul dgr ceramah..

Bila mengeluarkan kenyataan tu biarlah berasas..jadilah lebih cerdik. Sila tambahkan bahan bacaan supaya anda boleh melihat dan memahami dgn lebih jelas.. Jgn hrapkan info drp org lain, buat kajian sendiri...

Rumusannya BAIKLAH ANDA DONT SAY LANGSUNG!! sbb Ahli Sunnah tak macam ajar kita biadap macam anda.

ASWJ said...

Anonymous Jam December 28, 2010 5:58 PM:

Isu yang anda bawakan jauh lari dari persoalan aqidah yang sedang dipersoalkan.
Tak habis-habis salahkan kerajaan. Kalau kerajaan Syi'i pun tapi korup, perkara di atas boleh jadi, jugak.
Kita tak boleh nak cakap, sebab baru ada satu je kerajaan syi'i dan tak semua orang Iran suka Ahmedinejad pun.

Anonymous Jam December 28, 2010 6:56 PM:

1. Ya, ASWJ juga mengaku sedemikian. Apa masalahnya disini?
Pertama: Abu Bakr r.a. juga terkenal dalam tradisi sunni sebagai TIDAK pernah menyembah berhala!
Jadi, bagaimana?
(Jangan kata saya tak baca lah pulak... mana-mana buku ulama' sunni ada mengatakan demikian!)

Kedua: Sdr telah menghina seluruh saudara baru Islam kita, lebih-lebih lagi seperti Shaykh Hamza Yusuf, Shaykh Nuh Ha Mim Keller dan para syuyukh yang masuk Islam dan kemudian menyebarkan Islam di pelosok dunia, dengan soalan sdr tersebut...
Adakah KURANG IMAN mereka berbanding kita??? Siapa yang menentukan keimanan saudara baru ini? Sdr???
Kekadang, iman mereka terlebih lagi kuat berbanding orang Islam sejati seperti sdr yang tidak dapat membanding intan dan permata dalam Islam.

2. Soalannya adalah, mengapa pula al-Qur'an TIDAK mengambil contoh secara langsung daripada isteri-isteri Baginda Rasul s.a.w. sendiri sekiranya mereka INGKAR? Mengapa pula Saidatuna Aisyah r.a. disokong oleh Allah melalui wahyu dan TERMAKTUB dalam al-Qur'an?
Contoh yang sdr berikan langsung tak logik.
Tiada siapa yang terlepas dari kesalahan, begitu juga isteri-isteri Rasulullah s.a.w tetapi TIDAKLAH sehingga tahap yang dituduh oleh puak Syiah! Ada termaktub dimana-mana dalam al-Qur'an nama-nama isteri Rasulullah s.a.w yang melakukan seperti tuduhan puak Syiah?
Ada?
Jadi, tak logik betul hujjah soalan sdr ini.

ASWJ said...

3. Sdr, pertama sekali, saya ada membaca bagaimana ulama' Syiah menuliskan kesalahan-kesalahan dalam al-Qur'an. Tiada syiah yang boleh menafikannya walaupun ada yang tidak berpegang dengan pendirian ulama' tersebut.

Kita hairan dengan mereka yang menolak fakta tersebut. Kita terlebih hairan dengan ulama' syiah yang BERANI membuat demikian setelah mengatakan Rasulullah s.a.w. dan ahli baitnya maksum, tetapi, boleh pula menuduh Rasulullah s.a.w membuat silap.
(Rasulullah s.a.w. juga kelihatannya membuat silap kerana "TERLUPA" nak bagitau ummah tentang Saidina Ali r.a. di Haji Wida'... Hairan kita, bagaimana puak Syiah boleh memperlihatkan seolah-olah Rasulullah s.a.w. ini tidak maksum dengan cerita-cerita sebegini!!!)

Kedua, haiii, takkan sdr tak tahu tentang taqiyyah? Bohonglah, kalau tak tahu.
Dah berada dalam lingkungan majoriti sunni, tentulah akan mengikuti prosedur sunni. Kalau nak menang, takkan ikut prosedur syiah.

Sekali, argumen sdr nampak TIADA logikanya!

4. Sdr, setiap sahabat ada FUNGSI masing-masing. Ada penulis wahyu dan ada pengingat sunnah, ada pula pelindung Rasulullah s.a.w. di mana-mana Baginda berada, menjadi orang kanannya dalam setiap perkara yakni Saidina Abu Bakr r.a., Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali r.a..

Mengenai Abu Hurairah r.a. sendiri -
Pertama: Menurut tradisi Sunni yang diyakini, Rasulullah s.a.w. telah menghadiahkan jubahnya kepada Abu Hurairah r.a. sehingga beliau mempunyai antara ingatan yang terbaik antara para sahabat.
Jadi, dengan ilham Allah, Abu Hurairah r.a. punya peranan mengingat apa yang dilakukan, dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.

Kedua: Walaupun hanya berada 3 tahun sahaja, tetapi, kerana selalu berdampingan, banyaklah yang diingatnya!
Bandingkan apabila kita berusaha menghafaz sesuatu dengan tidak, tentu sahaja apabila kita berusaha, ingatan kita lebih kuat.
Tak, gitu?

Anonymous Jam December 28, 2010 11:39 PM:

Azli, bertanya soalan-soalan daripada tradisi Syiah. Mengapa pula dia harus "don't say langsung"?
Apa pula yang biadab apabila dia inginkan jawapan daripada mereka?
Yang kita dapat melalui anonymous di atas, ialah soalan dan hujjah tanpa logika. Tiada jawapan jitu.

Sdr Azli, banyak betul Syiah tergugat di blog sdr ini.
Sdr benar: "isu Syiah di Malaysia telah menarik minat banyak pihak, sehingga membuatkan saya terfikir, bahawa pengaruh Syiah semakin kukuh tapaknya di negara ini."
Moga kita semakin sedar dan lakukan sesuatu untuk terus mempertahankan ASWJ, ameeen.

Wassalam.

ASWJ said...

Anonymous Jam December 28, 2010 11:39 PM:

Ma'af, baru perasan sdr menujukan kepada Say No to Shi'ite:

1. Permintaan beliau tetap berasas, iaitu:
"Penentangan keras harus dibuat. Penjelasan harus diberikan. Imej Iran yg kononnya sgt islamik harus dibongkar terutamanya nasib yg sedang menimpa sunni di iraq."

2. Bab darah ini, hanya bagi Syiah yang ekstrim:
"Ingatlah Tuan2, darah kita Ahli Sunnah adalah halal bagi mereka."
Tetapi ada yang mengaku demikian, malah, Sunni di Iran tidak dianggap Muslim oleh mereka pun. Jangan lah nak nafikan. Ada kesaksian dalam hal ini.

3. Bab hak ni, saya : no komen lah.

Wassalam.

Anonymous said...

Nampaknya ramai sungguh yg masih mempertahankan syiah ni.

isu ini bagi saya sebenarnya simple je kalau betul2 nak faham.

sy ingin bertanya kepada saudara2 sekalian tak kira sapa, pada masa ini jika diberi peluang untuk memilih haluan samada mahu mengikut ahli sunnah ke atau syiah. kalau memilih untuk mengikut ahli sunnah boleh nyatakan kenapa, apa yg buruknya syiah? dan kalau memilih kepada syiah bagi juga sebab kenapa dan apa yg buruknya sunnah?

kalau kita dapat nyatakan baik dan buruk nya, dengan senang kita akan nampak yg mana betul dan yg mana salah. cth: arak, kenapa ianya haram? padahal ianya juga adalah sejenis air. umum telah mengetahui bahawa arak ni lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan. jadi memang wajar HARAM. (sepatutnya rokok pon haram)

sunnah dan syiah ni pada dasarnya memang lah semuanya islam. tapi bagi saya syiah ini,bnyak perkara yg menyeleweng kalau dibandingkan dengan ajaran sebenar agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
jika telah terang-terangan menyeleweng, adakah wajar kita mempertahankan nya lagi? bagi saya TIDAK!

Wallahualam.

email saya di emmett_007@yahoo.com

mistis said...

Salam saudara-saudara semua,

Dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam kita semua selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)

Jadi tidak sepatutnya mengkafirkan mereka secara lahiriah.

Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah...

Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Itu sahaja :)


-Saudara SeIslammu

Anonymous said...

ASWJ,
Aku cuma tanya mana lagi afdal kalau nak jadikan Khalifah atau maula memegang UGAMA suci Allah SWT bagi seluruh umat Islam diantara Kapal Singh yang baru masuk Islam semasa berurumur 50 pulohan dan tiba2 jadi seorang yang alim atau Ust.Abu Hasan Din Al Hafiz yg. seumur hidup hanya menumpukan hal-hal keugamaan? Tak payah nak pusing2 jawapan...

Jangan terlampau menerima sejarah bulat-bulat. gunakan akal. sejarah boleh diputarbelitkan. Kan akal adalah anugerah Allah yang terhebat bagi manusia.
Kalau tak berakal, semua ibadah terbatal.

Kalau Abu Hurara mempunyai memori yang paling mantap, mengapa Rasulullah tidak menyuruh terus beliau menulis Alquran?

Anonymous said...

shiah dah buat satelit, sunni al saudi baru buat roti nan, shiah dah buat jet fithter, sunnah al saudi berjaya buat bulu terbang, shiah sesat dah buat nano technology, sunni wal saudi hebat buat do no, shiah dah buatkan yahudi nyorok dalam gua lebanon, sunni wal lawrence handal dalam jubah ada zion menyorok, shiah dah buat kapal selam torpedo, sunni wal habisi juga buat kueh kapal dan sup torpedo, apa ra merepak je saudi dan para pengampu amerika haji wal dajalun..hampas merepek merepek , tak malu, macam budak budak perut semua buncit nak bandingkan dengan si daif dr ahmadinejad

Anonymous said...

tangkap semua pembaca khutbah di seluruh msia yang menyeru semua jemaah sokong hamas dan hizbullah shiah tempoh hari semasa perang lubnan..berani ke..atau muntahkan semua kurma dari iran yang bertan tana yang dimakan untuk berkat pada bulan ramadan dan gantikan dengan kurma dari tel aviv ..berani ke wahai ahli syurga sekalian yang macam handal mengtakan semua mahzab melainkan ASWJ bunyipun macam syarikat bas je, abu bakar , umar , usman, ali dan sahabat yang lain yang bukan ASWJ malah tak kenal para 4 imam r.a ini jais boleh tangkap ke..gila la korang ni

Anonymous said...

to say no to shiite, woi itu hang punya hal la...hang ni makan gaji dengan CIA ke Mossad...hari hari kita tengok masjid shiah kena bom bila masa pulak sunni yang mati..oh mungkin orang sunni disana pun dan bersatu dengan shiah kot dan solat sama sama hanya hang saja yang cuba buat cerita lucahxxxxxx, bangang

Anonymous said...

hei mistis, jangan cakap orang je, tengok baik baik anak hang tu atau adik beradik ppompuan lu..jangan jagnan hindu dok intai..baik baik jangan buat mulut celupar..nanti YANG MAHA MENGHUKLUM bayar cash baru hang nganga..senang senang je cakap 500 juta yang pegi haji kafir..nanti kapoor try anak atau bini atau adik hang baru ..ampoooon

Anonymous said...

Tajuk..pintu syurga yang tertutup..tapi pintu genting buka untuk VIPPPPPPP..nabi dorang goh tong..umno dulu kini dan bikini

Anonymous said...

hei chubby wal amnowy, darah sunni halal..memang la halal pasal dia tak makan babi dan anak yang dilahirkan suci dari darah islam halal apatahlagi orang islam macam lu dan shiah..yang nak dibunuh tu darah nyamuk aedes yang sedut darah sunni..takkan kata kata falsampah pun tak tahu..kata kolumnis tapi kepala gombamng gila..mana ada darah sesama islam halal dibunuh..hang ni cita spongebob ke cat & dog..nak jadi blogger kita cari sumber asli ,a jangan jadi macam wartawan utupengsan..ops utusan melele..merepek la hang ni ,,hang ni boleh didakwa atas ISA kerana menghasud dan memfitnah...nanti hizbullah sepak hang baru hang tau..gile

hisham saffry said...

assalammualikusalam

perkenalan dan salam sejahtera, dari bacaan saya sebentar tadi tentang perkara syiah ini adalah sesuatu yang sangat rumit, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan secara umun, permasalahan ini hanya boleh dibicara atau dibincangkan oleh ahli ulamak yang faham dengan dalam fasal islam, kebanyakan yang saya baca bagi diri saya yang jahil ini, kebanyakannya hanyalah orang yang tak tahu aper sebenarnya islam, mempeertikaikan seseolah mereka faham apa itu islam, kebanyakannya maafkan saya berkata adalah yang jenis hanya ikut-ikut tanpa mendalami secara khusus mazhab tersebut, telah majlis ugama haramkan syiah tersebut sudahlah, kita siapa nak memberontak, yang nak membela syiah saya nak tahu aperkah sbenarnya syiah itu, adakah ia sebuah agama yang seperti mana Rasullulah S.A.W. ajarkan, sebab syiah itu terlalu umum, syiah itu terbahagi kepada banyak pecahan2 kecil, seperti kita semua tahu sunni sahaja terbahagi kepada 4 mazhab besar, apatah lagi syiah, fahamilah dahulu secara khusus barulah kita boleh membahaskannya, masalah anatara syiah dengan sunni sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, ia bermula semejak islam ini berpecah kepada dua puak besar iaitu sunni dan syiah, jika aper yang kita pegang itu tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan hadis Rasullulah peganglah selama mana yang kamu mahu, sebab kita semua ini manusia yang jahil, yang mengertahui kebenaranya hanyalah Allah taala sahaja,

aper yang perlu kita bincangkan sebenarnya bagaimana nak satukan seluruh umat islam yang berpecah belah ini, tak malukah kita apabila kita bertelagah sesama sendiri, saling bermunuhan, hidup tak aman, orang2 munafik dan orang2 kafir menindas kita semahunya tanpa kita ambil peduli, itulah masalah sebenarnya yang harus kita bincangkan, bukan hal2 yang remeh seperti ini.

sekian sahaja kata2 saya, maafkan andai ada terkasar bahasa atau ada salah silap saya, saya hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesalahan,

yang jahil berkata

hisham saffry said...

mmm

betul syiah banyak bende buat, ada kapal selam, ader jet pejuang, ada satelite, memacam r, tapi nak tanya sikit betulkah syiah yang buat semua itu, dan saya nak cakap kat sini satu hal, kalau hebat sangat syiah itu kenapa syiah tidak dapat satu padukan seluruh masyarakat islam, kenapa masih ada pemberontakan dalam golongan syiah sendiri, kenapa, sila jawab persoalan saya wahai penganut syiah sejati,

kita menyokong hamas dan hasbullah kerana mereka itu semua adalah orang Islam, bukan kerana mazhab, tapi kerana kita ini semua adalah orang islam yang syahadahnya adalah sama, tapi tak tau r kalau orang syiah ini ada syahadah yang berbeza dengan orang sunni,

pasal mengkitabkan Al-Quran, Rasullulah memang tidak pernah menyuruh sesiapa pun mengkitabkan Al-Quran, Saidina Othman mengkitabkan Al-quran kerana takut manusia di akhir zaman ini tidak tahu ayat2 suci al-Quran, sedangkan yang dah dikitabkan ini pun ramai yang tahu mengoknyer tetapi baca haram tak tahu....

manusia jahil berkalam