Tetamu Kehormat...

December 16, 2010

Isu PAS Tidak Mahu Berdakwah di Konvensyen PR : Akhirnya Azizi Hj Abdullah Tersedar Jua..

Mari tuan-tuan membaca tulisan terbaik daripada Azizi Hj Abdullah, yang saya fikir mesti kita renungkan. Secara tidak langsung, coretan penulis yang terkenal dengan novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung" ini mendedahkan sikap talam dua muka PAS yang kononnya ingin mendekatkan DAP kepada Islam. Baca coretan beliau : SAYA TERIMA 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir. Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu ‘tutuh’ saja. SMSnya:


Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya) Bagi Ana mengapa tak jadikan konvensyen PR pada 19hb Disember ini satu peluang untuk menjelaskan KONSEP negara Islam yang Pas impikan? (perjuangkan- saya) Sabit itu (sebab itu) sampai sekarang Karpal Singh tak faham. Kita terpedaya,terheret sama-sama memfobia matlamat puncak menegak daulah Islamiah. Rakyat pada mulanya kabur, berjaya dibutakan apakah hala tuju Pas. Sejarah berulang. Harakah Islamiah sering mengalah dan kalah. Atas nama strategi, bertolak ansur, akhirnya ditolak beransur-ansur. Asyik jadi follower, pada hal punya kekuatan lebih dari yang lain. Negara Islam dianggap ancaman, bukan peluang oleh pejuang-pejuangnya sendiri.

Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.

Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya. Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?

Ulasan Saya : Sememangnya tepat apa-apa yang ditulis dalam SMS yang diterima oleh Aziz Haji Abdullah itu. PAS sekiranya benar-benar jujur, harus menjadikan Konvensyen PKR hujung minggu ini sebagai medan bagi menjelaskan keindahan dan keistimewaan Islam dan bukan tutup mulut untuk menjaga hati Karpal Singh dan Lim Sit Siang sahaja. Nampaknya, PAS gagal meyakinkan PR, bahawa Islam itu syumul, indah dan terbaik bagi menyelesaikan segala permasalahan yang sedang melanda negara kita ini.

Sekiranya di Konvensyen PR pun PAS gagal menerangkan Islam, maka di medan dan platform mana lagi yang PAS harap-harapkan untuk berdakwah dan menjelaskan Islam kepada Cina DAP? Sekaranglah sepatutnya Nik Aziz menggunakan "kuasa" wali yang dimilikinya bagi menundukkan kedegilan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, agar membuka ruang dan peluang untuk PAS menjelaskan keistimewaan dan keindahan Islam - jika tidak, di mana lagi tempatnya? Apakah PAS hanya layak menjadi pembaca doa di majlis DAP sahaja? Sayang, PAS sudah hilang jatidiri, kerana terlalu mabuk dan kemaruk untuk berkuasa!

13 comments:

Anonymous said...

apa boleh buat..DAP dengan karpal kepalanya power walaupun sikit ahli..mereka konsisten n begitu bertenaga..sekali berdehem habis kecut PAS..

Anonymous said...

Dulu apabila PAS bergerak sendiri, PAS dikatakan bermimpi di siang hari nak tegak negara Islam kerana kerusi bertanding pun tidak cukup majoriti jika menang semua.
Jadi, hari ini ubah MO, itupun dituduh buang perjuangan..politik nampaknya begitu, siasahnya tersembunyi.

DR NO

ameen said...

Dulu2 penceramah PAS selalu bawa kisah Nabi Musa yang berani menyatakan kebenaran walaupun berdepan pemimpin paling zalim seperti firaun.. Sebab yang akan menangkan Islam bukan manusia, bukan penyokong tapi ALLAH, kita bekerja berkata benar kerana ALLAH.. Apa jadi sekarang takutkan Karpal, tajutkan DAP, takutkan hilang sokongan.. Kenapa? dah putus asa dengan ALLAH ke.. sebab tak menang2...

Anonymous said...

Kita tanya jeeee.. ustaz Azizi niii... jika dah tersedar PAS dah macam tak ada siong, hingga kan nak bercakap dalam konvension PKR pun takut nak kemukan dasar perjuangan Islam, apatah lagi lah dalam himpunan DAP?.

Saya mahu tanya Ustaz Azizi, jika PAS dok 'bloh-bleh'- tau maananya? - macam niii... boleh percayakah yang PAS dengan Presidennya yang penakut, dengan Mursyidul 'Amnya yang dok bercakap merata tangga Mesjid nak buat dasar Islam dalam bila Pakatan Haram ni ka Puterajaya, bagaimana dasar Islam niiii nak tercapai?.

Macam di Kedah niiii...lah ustaz, secotet pun dasar Islam yang dijanjikan dala PRU12 tak boleh naka dijalankan, kerana takut kapada DAP 1 DUN dan PKR 3 DUN(India dan Cina)yang jadi Ahli Dewan Negeri. tu baru 4 ekoq, lain semua PAS. Dasar Islam tak boleh jalan juga. Pusat2 hiburan makin banyak, malah ada yang dibagi lesen pun.

Ustaz Azizi ni adalah ikon PAS dalam bidang penulisan. Dalam blog dia 'TUTUH' orang atau parti yang dia tak sokong. Dalam cerpen dan novel puan tak kurang. Segi bahasa kita suka baca, segi bahan, hmmmmm..... entah???

Ok, saya seliut dia dipilih sebagai BUDAYAWAN.

Anonymous said...

UMNO dah ada mandat (kuasa,media,jentera,manpower etc) dlm tangan dan big brother dlm BN, apalagi tunailah amanah khalifah di muka bumi sedaya yang mungkin sehingga zahir secara fakta dan persepsi.Tapi, nak buat hub hiburan malam dan judi bola pulak, isu zina,arak,tak solat ummah masih kritikal lagi, ingat, mandat sudah ada dalam tangan, no excuse. Dah jadi tuan takut apa lagi, laksanakan saja.

DR NO

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan dan dikunci lidah oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

aboudiabydoo said...

Salam 1Malaysia Tuan Azli. Tuan sudah saya masukkan dlm blogroll saya dan minta masukkan blog saya yang baru mula berjuang di cyber ini dalam blogroll tuan http://aboudiabydoo.blogspot.com/.

Terimakasih.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih tuan2 semua

Org kecil said...

HAIRAN DAN PELIK SIKAP PEMIMPIN2 PAS SKRG,TAKUT DG PEMIMPIN DAPIG...SETAHU SAYA YG CETEK DAN KURANG ILMU INI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HANYA TAKUT DGN ALLAH SAHAJA.

Muhammad Azli Shukri said...

tq semua

To Live Again said...

DR.NO oiiii..

X slh PAS msuk PR..Yg slh pas jd KUDA TUNGGANGAN PR..PAS walaupon sedikit kerusi tp ada KUASA TAWAR MENAWAR yg hebat..Keluar je pas dr PR automatik hlg Kedah hilg kelntan dn BERGEGAR selangor..

Septtnya PAS meniru bngsa Yahudi( BKN MENJADI YAHUDI) di amerika walaopon miniroti yg sgt kecik di us tp menggunakan segala kekuatan yg ada hingga mampu menentukan siapa Presdien US..

Tp sbnarnya suma ni berlaku dgn kehendak Allah..Allah nk menunjukkan betapa MUNAFIKnya PAS selama ini yg mnjadikan ISLAM sbgaia KUDA TUNGGANGAN dn ALAT PERKAKAS dlm mencapai kuasa..

Sm mcm nuar yg selama ni berselindung di balik imej Islam..Sekrg Allah dh tunuk satu persatu..Mana imej ISLAM nuar..Nura yg kita kenal hr ni adalah pejuang LIBERAL DN KESAMARATAAN..Nuar hr ni sbuk menziarah tokong/kuil dn mendampingi kristian demi mencapai cita2 nya..

Sm jgak pas yg mula TRANSFORM ke arah loberal dgn slogan PAS 4 ALL..Jika dulu pemimpn2 pas kelihatan di masjd2 dn majlis2 umat islam..Kini pemimpn pas dh meula berjinak2 ke pdg golf,gereja,kuil,tokong dll semata2 kerana KUASA..

Anonymous said...

Azizi & penyokongnya: kerosakan setengah abad dapat dibaiki dlm masa 1,2,3,4 atau 5 tahun? Kita mahu kuasai pusat atau nafikan majoriti 2/3. Kalau PAS bertanding semua kawasan parlimen, boleh PAS kuasai majoriti 2/3? Bacaan sifir politik perlu ada, ya sheikh azizi. PAS telah berdakwah kpd org umno selama 53 lebih tahun. 20 tahun pula TGNA di Kelantan. Banyak halangan: sabotaj umno,bn,kerajaan pusat, agensi kerajaan dll.Ingat senang ke? Mentaliti kafir pegawai kerajaan berusia 53 tahun, takkan dpt dipulih dlm masa yg singkat. Brp ramai pensyarah universiti (kira org cerdik le, spt tuan sendiri), adakah mereka menerima atau menolak kebejatan umno-bn? Tn hj turun gelanggang le, baru tau. Setakat komen, tulis belum cukup mengisi erti perjuangan atau memahami tribulasi dlm perjuangan Islam. Setelah 23 terbentuknya negara Islam Madinah (oleh Nabi), apa jadi selepas Nabi wafat?

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2