Tetamu Kehormat...

December 6, 2010

Isu Nama Jalan "Haji Cheng Ho" Sayuti Omar Sindir Nik Aziz

Elok juga rasanya sekali-sekala membaca tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) yang secara teranga-terangan menyindir dan mengkritik Tok Guru idolanya sendiri berkenaan isu nama jalan "Haji Cheng Ho". Baca rencana menarik tulisan beliau itu. 1. SEBUAH BERITA DARI Kota Bharu yang dilaporkan oleh portal parti Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cadangkan supaya pihak pemaju menamakan sebatang jalan dalam kawasan bandar baru Tunjung yang sedang dibangunkan kini sebagai nama 'Haji Cheng Ho'. Cadangan itu sebagai kenangan atas jasa-jasa laksamana Cina berkenaan yang berjaya mengadakan hubungan persahabatan, perdagangan dan menyebarkan agama Islam di Nusantara ini termasuk Kelantan.

2. Tidak salah kalau Kelantan mengenang ataupun menghimbau kembali akan eksepidisi dakwah serta jalinan perdagangan berlandaskan Islam dilakukan Cheng Ho. Kerana itu langkah kerajaan Kelantan mengadakan expo Cheng Ho baru-baru ini disokong dan merupakan satu pandangan jauh kerajaan Kelantan dalam mengembang agama Islam dan sekaligus memberi kesedaran sejarah kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia seluruhnya betapa penting hubungan humaniti untuk mensejahtrankan dunia ini.

3. Tetapi apabila Tok Guru begitu bermurah hati untuk menamakan sebatang jalan dengan nama Cheng Ho rasanya kurang bersesuaian. Kenapa kita harus begitu murah untuk memacakkan ingatan dan sejarah orang lain di negeri kita? Walhal masih banyak orang berjasa di Kelantan yang tidak dikenang sebagai sepatutnya.

4. Mungkin Tok Guru atau Pas Kelantan merasa jijik untuk menyebut nama Mohd Asri Muda Muhammad Nasir ataupun Ishak Lotif. Ketiga-tiga nama itu adalah bekas Menteri Besar Kelantan. Asri Muda adalah bekas presiden Pas. Nama-nama lain Amaluddin Darus, Ahmad Yatim yang merupakan orang pertama terlibat dalam penubuhan Pas di Kelantan. Tidak dapat dinafikan jasa dan bakti mereka besar terhadap pengembangan Pas Kelantan. Mereka itu semua laksana Cheng Ho Kelantan.

5. Sebelum tahun 1990 nama mereka adalah harum dan menjadi sanjungan. Merekalah antara orang yang bergadai bergolak untuk menghidupkan Islam (nasionalis) di Kelantan. Seharusnya jasa mereka dikenang. Kalaupun tidak mahu mengenang jasa mereka selepas mereka membuat onar - keluar parti dan masuk Umno (hanya Asri), tetapi kenanglah jasa mereka sebelum itu. Apakah salah?

6. Mengenang seseorang berjasa, penting. Mendedahkan pengorbanan mereka juga penting. Biarlah orang muda mengetahui bagaimana perit dan pedihnya jalan dilalui mereka untuk mengolahkan sebuah perjuangan. Mungkin bagi mereka yang dianggap tidak istiqamah dengan parti, tetapi harus diingat mereka ada anak, cucu dan cicitnya. Tentu anak, cucu dan cicit mereka akan merasa bangga kalau keturunan mereka dihargai. Generasi mereka diharap akan bersama Pas.

7. Tak mengapa kalau Pas tidak mahu mengenangkan mereka untuk menamakan mana-mana lorong atau denai dengan nama mereka. Tetapi Pas masih ada berlambak nama-nama tersohor dan mereka yang telah menggadaikan nyawa dalam memperjuangkan Islam menerusi Pas, yang akhirnya menghembus nafas terakhir dalam Pas. Salah seorang dari mereka yang besar pengorbanan ialah Abdul Samad Gul Ahmad Miaji, ahli parlimen Pasir Mas Hulu (Rantau Panjang). Beliau syahid kerana dikapak oleh musuh.

8. Nama-nama lain Khidir Khatib, Muhammad Amin Yaacob, Bunyami Yaacob, Wan Jamil dan lain-lain. Apakah jasa dan budi mereka kecil untuk tidak dikenang. Rasanya elok kalau nama mereka diabadikan pada apa-apa monumen sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka.

9. Ataupun kalau nama orang politik hanyir untuk diabadikan, masih ada nama lain yang lebih sesuai dan 'paten' untuk diabadi dan disanjungi. Tok Kenali dan Tok Janggut adalah dua nama hebat di Kelantan. Namanya wangi bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh Malaysia malahan disebut hingga ke segenap Nusantara.

10. Tok Kenali selamanya dirujuk kepada bidang agama sebagai guru tasauf terhebat di Kelantan. Manusia yang berjaya melalui mujahadah nafsu dan berjaya mencapai peringkat 'khuwah' sehingga dapat memecahkan wajahnya menjadi tujuh bayangan? Manakala Tok Janggut pula sebagai seorang penentang kolonial di Kelantan. Dia digantung songsang oleh Inggeris dan mayatnya diseret berbatu-batu.

11. Rasanya jasa dan budi mereka besar kepada pembangunan agama dan politik di Kelantan. Bukan tidak boleh kalau hendak menamakan mana-mana jalan dengan nama Cheng Ho, ataupun kalau ada yang memasang niat untuk mengahwini anak cicit Puteri Hang Lipo sekali pun, tetapi dahulukan anak negeri dulu. Masih ramai janda dan anak dara Kelantan yang belum disunting.

12. Nama Cheng Ho rasanya boleh diabadikan sebagai kenangan atas 'kedatangan' beliau ke Kelantan baru-baru ini (expo) dengan membina replika armada beliau di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sebuah monumen berupa replika boleh dibina di PCB untuk mengenangkan beliau. Katanya kira-kira 600 tahun lalu armada dagang dan dakwahnya pernah berlabuh di situ. Bahkan Cheng Ho didakwa sampai di Kelantan 93 tahun dulu sebelum bermukim di Melaka.

13. Rasanya pembinaan replika itu lebih sesuai dan afdal daripada menamakan sebatang jalan di Tunjung itu. Pada masa sama juga replika itu boleh dijadikan daya tarikan pelancong untuk mengujungi pantai berkenaan yang makin malap kerana tidak ada usaha untuk menceriakannya.

11 comments:

Anonymous said...

Sudah asda sekolah tok janggut, tabung tok kenali. Nama Cheng Ho ada muslihat siasah bahawa Islam bukan milik melayu saja, pecah mental block melayu totok.

DR NO

Anonymous said...

Pulau Pinang tak bubuh nama Lim Cong Eu puuuuu... beliau tu bapak pembangunan Pulau Pinang.

Jika tidak kerana dia yang mulakan pembangunan indastri di Pulau Pinang, terutamanya di Bayan Lepas, habok pun tarak Pulau Pinang tuhh...
Lim Guan Eng penerus kerja buat orang jeeee.... mana pembangunan untuk rakyat yang baru yang LGE buat?.

Kenapa tiada jalan Lim Cong Eu? Pasai LCE tuuuu... GERAKAN.

Nik Aziz nak undi Cina jeee... Cheng Ho tuuu... bukan datang mula menyaga di Kelantan.

To Live Again said...

Ala bro ni suma politik semta2..Cuba kalau kita kembali ke pas tahun 60an,70an,80an..Xde diaorg nk letak nama2 cina ni..Skrg ni undi punya pasal kuarla retorik2 murahan Islam bukan utk melayu je,pas 4 all dll..

Dlm kepala otak pas sejak penubuhannya adalah undi,undi,undi dn undi.Matlamat tersasar pon xpe undi yg pentg.

amir07_johor said...

betul jugak , perlu ada nama2 tokoh yang demikian

Anonymous said...

Dulu-dulu saya baca blog MSO ni tapi lama-lama ped-up ngan hujah2 dia.. So tak baca dah la.. Tiba2 Tuan copy paste entry dia ni.. saya terkezut gaklah sbb apa pasai dia pakai style TunM nulis blog i.e. numbering points. Dulu dia nulis cam biasa je.. i.e. paragraph style.
Cit!!! copycat betol la.. dah kau kutuk TunM tapi ada hati nak niru style penulisan dia lak kan.. cakap macam pandai sangat konon..
Pooodaaahhh...
~saya~

zeme said...

Salam,

Sedikit penjelasan bagi mengelak sebarang kekeliruan berkenaan tulisan asal MSO, penulisan asal beliau tiada meniru gaya penulisan Tun Dr M secara "numbering points".

Mungkin "numbering points" artikel asal diberikan oleh saudara Azli bagi memudahakan pembacaan. Boleh rujuk tulisan asal saudara MSO.

http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/selepas-subuh.html

Wasalam.

Muhammad Azli Shukri said...

zeme - itulah yang sebenar, saya yang telah meletakkan nombor bagi memudahkan pembacaan. harap maklum

Shacklesmith said...

Seperti yang dimaklumkan saudara Dinturle dlm ruangan blognya, sekarang adalah musim membodek pengundi cina. jadi saya lihat ada kebenaran disebalik itu.

Jika totok pas mengatakan bahwa misi Zheng He (Cheng Ho) adalah untuk menyebarkan Islam, saya amatlah tidak bersetuju sama sekali.. kerana Kelantan sudah menerima Islam plg awal sejak kurun ke-13 lagi mengikut rekod Ibnu Battuta yang dtg lebih awal sebelum Zheng He.. Begitu jgk Kedah iaitu negeri plg awal menerima berdasarkan artifak duit syiling Bani Umayyah dan Abbasiah dan makam ulama Arab di Lembah Bujang..

Beberapa bulan lalu Nik Aziz pernah menyatakan bahawa kaum Cina berhak berdakwah kepada orang Melayu kerana kaum Cina lebih awal menerima Islam berbanding orang Melayu.. Ini adalah satu kenyataan yang dangkal untuk diterima malahan saya berani mengatakan bahawa orang yang bodoh saja boleh berkata demikian kerana masakan si kafir boleh berdakwah kepada golongan mukmin?? Infidels is always an infidels can never preach to a believer for guiding them to the righteous path!!

Shacklesmith said...

Malahan saya sebagai peminat sejarah lampau juga amat tidak bersetuju dengan teori yang menyatakan bahwa orang cina lebih dlu memeluk islam berbanding dengan orang melayu.. kerana jika dikaji sejarah penyebaran Islam oleh orang Arab kurun ke-7 masihi, Islam disebarkan ke Selatan Cina yakni kawasan China terawal menerima Islam melalui jalan laut.. Justeru, apabila Islam dibawa tentunya pelayar2 Arab melalui kawasan Nusantara yang dihuni oleh org2 Melayu.. Bukan itu sahaja, pelayar Melayu sudah belayar ke Tanah Arab sebelum kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad lagi.. Saya juga ada membaca satu petikan buku yang mengatakan bahwa ada dikalangan pelayar Melayu ini menjadi hulubalang yang berkhidmat dengan Khalifah Saidina Ali.. Walaupun, saya tidak pasti apa kebenarannya.. ianya perlu dikaji secara mendalam oleh pakar sejarah kita sendiri..

Satu kelemahan orang Melayu adalah apalah ditemui satu Teori sebagai contoh 'Cina lebih dulu Islam dari Melayu', mereka menganggapnya sebagai fakta tanpa sebarang bukti dan kajian mendalam mengenai kesahihannya.. Itu amat sepatutnya dikesali..

Anonymous said...

batu apiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Saya setuju dengan cadangan MSO untuk membuat replika kapal Cheng Ho untuk menarik pelancong ke PCB...Selain dakwah ekonomi pun penting untuk peniaga PCB...Saya tengok,kerajaan negari kurang ambil berat pasal benda ni...Kalu exco pelancongan takde idea untuk menarik pelancong ke tempat sebegini,bagi jawatan tu kt orang lain yg lebih bagus....