Tetamu Kehormat...

December 13, 2010

Isu Liwat Anwar Ibrahim : Laporan WikiLeaks Boleh Jadi Bahan Bukti?

Jika kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu, Karpal Singh, Peguam Bela Anwar Ibrahim pernah berjaya menangguhkan seketika perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu di mahkamah , semata-mata beralaskan laporan daripada Malaysia Today yang membuat dakwaan tanpa bukti, kononnya Saifu Bukhari mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang Timbalan Pendakwa Raya bernama Farah Azlina Latif. Kes tersebut menjadi "modal" utama para pemuja dan pasukan Peguam Bela Anwar Ibrahim untuk menghancurkan kredibiti pasukan Pendakwa Raya - walaupun terbukti cerita tersebut adalah bohong!

Sekiranya, laporan sembrono yang ditulis oleh Malaysia Today seperti itu pun, boleh dijadikan sebagai "bahan" dan hujah oleh pasukan Peguam Bela Anwar Ibrahim di Mahkamah untuk menangguh atau menggugurkan kes liwat anak guaman mereka itu (baca di sini), maka tiadalah masalah, sekiranya laporan daripada WikiLeaks yang mengesahkan Anwar Ibrahim benar-benar terlibat dalam skandal seks luar tabiinya dengan Saiful Bukhari Azlan tiga tahun yang lalu - dijadikan sebagai bahan bukti dan sokongan di Mahkamah, bagi mengheret semula Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh!

Perlu diingatkan, laporan WikiLeaks jauh lebih berkredibiti dan telus daripada portal Malaysia Kini mahu pun Malaysia Today. Jadi - adalah selayaknya maklumat dan laporan yang dikeluarkan oleh WikiLeaks dijadikan asas dan bukti kukuh bagi menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim. Pada hemat saya, Pasukan Pendakwa Raya harus bijak memanipulasikan laporan WikiLeaks tersebut demi menegakkan keadilan dan kebenaran terhadap Saiful Bukhari Azlan. Sudah tiba masanya mahkamah bersikap telus dan bersedia menerima bukti-bukti seperti ini.

6 comments:

REKTUM said...

Jika saudara percaya wikileaks, bersedialah untuk terima leaks seterusnya yang sedang hangat di pasaran.

Anonymous said...

Ok... Kalau saudara percaya wikileaks betul maka dakwaan pasal Najib, Altantuya dan isu 'incompetent" itu pun betul lah.
Ayuh! kita tunngu pendedahan selanjut nya. Amacam! saudara bersedia? Itu terus di tipu dan dipemainkan!

pacat said...

fenomena wikileaks melanda dengan hebat sekali!!!... teruskan pendedahan dan kita tengok sama2 dimana tahap kematangan dan ketinggian loncatan individu yang terkena batang hidungnya!!

i suka licking!!!

Anonymous said...

aku percaya najib is incompetent. tapi yang kisah anwar tu laaagi aku percaya..hehehe. incompetent tu boleh diperbaiki. tapi bukti kukuh kes liwat si juburi mana mau lari. hahahaha. bagus lah kurang2 nya kau percaya yang nuar aljuburi tu kaki jubur..karpal dah kata, mohd sabu pun dah kata. apa tak pecaya!!!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Ular Menyusur Akar said...

Saya tak percaya boleh jadi bahan bukti. Tapi yang nyata boleh jadi bahan penangguhan perbicaraan.

Mana nak kompeten! Samada keluar dewan, kena gantung dari dewan atau bertumbuk dalam dewan. Ada juga mengadakan persidangan bawah pokok.

agbr47: Pembangkang yang tidak kompeten.