Skip to main content

Isu Kecoh Di Parlimen : Yang Mana Manusia, Yang Mana Beruk?


Adakah Perbezaan?

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengalih perhatian masyarakat Malaysia daripada memikirkan kes liwat Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh WikiLeaks baru-baru ini. Isu penggantungan empat ahli parlimen pembangkang oleh speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dua hari yang lalu - cuba digembar-gemburkan oleh Karpal Singh dan Anwar Ibrahim sebagai isu yang sangat besar dan serius. Padahalnya, ia merupakan perkara biasa bagi tujuan mendisiplinkan ahli-ahli Yang Berhormat yang "kurang ajar", agar faham dan mematuhi segala peraturan Dewan Rakyat, jika mahu bergelar Yang Berhormat. Tindakan serius seperti ini perlu diambil dengan segera, bagi membezakan antara Dewan Rakyat dengan Zoo Negara.

Pada hemat saya - semua ini merupakan strategi jijik lagi hanyir yang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, bagi mengalih perhatian rakyat, daripada terus memberi tumpuan terhadap pendedahan mengejut WikiLeaks - berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim. Ternyata "kekecohan" yang ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen tempoh hari, sudah direncana lebih awal, jika tidak, mustahillah mereka sudah pun bersiap sedia membawa masuk ke dalam Dewan Rakyat "berbelas-belas pen maker berdakwat biru/hitam" dan "berpuluh-puluh keping kad manila berwarna-warni yang siap dicetak dengan kata-kata jijik lagi kotor", hanya mahu dijadikan sepanduk bagi menunjuk protes dan provokasi di lobi parlimen!

Sangat jelas - budaya samseng jalanan yang selama ini cukup sebati dengan Pakatan Rakyat sudah pun menular masuk ke dalam parlimen. Tahniah! Saya ucapkan, akhirnya Pakatan Rakyat berjaya juga membawa budaya "ala-monyet" dan "ala-gengster" di dalam parlimen yang mulia itu untuk tontonan rakyat Malaysia. Saya tidak nampak sikap dan kelakuan ala-monyet yang ditunjukkan oleh YB-YB Pakatan Rakyat tersebut mampu menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap mereka.

Sebaliknya, saya yakin - rakyat semakin muak dan jelek dengan tatalaku dan tatacara mereka, yang seolah-olah tidak pernah pergi ke sekolah dan tidak tahu menghormati negara sendiri. Sekali pun mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, perlukah sehingga membuat sepanduk dan menulis kata-kata yang hanya memburukkan negara sendiri? Perkataan "Kangaroo Court" dan "Parlimen Rubber Stamp" hanya membawa mesej - semua ahli parlimen yang ada sekarang merupakan ahli parlimen yang bermentaliti "Kangaroo dan Rubber Stamp" - termasuklah ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Apakah itu yang hendak kita sampaikan kepada seluruh dunia? Anwar mahu - kekecohan ini tersebar di setiap penjuru dunia, agar masyarakat antarabangsa hilang kepercayaan dan memandang sinis terhadap institusi parlimen di Malaysia. Setelah berjaya merendah-rendahkan imej dan kredibiliti badan kehakiman negara sebelum ini. Sekarang, Anwar Ibrahim berusaha pula untuk menghancurkan kredibiliti institusi parlimen Malaysia, dengan mengheret rakan-rakannya "menjadi beruk" bagi menggambarkan bertapa buruk dan dayusnya keadaan Parlimen di negara ini. Soalnya, apakah beliau akan berjaya? Wallahualam.

Comments

blogenstarz said…
Beruk2 sekarang dah pandai pilih tempat nak tunjuk aksi.Kalau ada LIVE TELECAST lagilah mereka GALAK !Beruk bangang !
azlishukri said…
tepat tuan blogenstars
Anonymous said…
Bro, mari kita 'sokong' cadangan PKR mengambil tindakan saman ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Biar rakyat tahu sape yg di pihak benar, dan sape yg di pihak x berkata benar.

Biar di mahkamah nnt terbongkar suma dakwaan berok2 parlimen PR kononnya anuaww langsung x diberi peluang utk berikan bukti atas dakwaan fitnahnye tuh.

Ayuh bro, kita sokong beramai2, semoga kes saman tuh nanti dijalankan dengan segera tanpa ade siri penangguhan dr pihak speaker mahupun dari pihak ANUAAWW nnt.
Wake UP! said…
Beruk dan ahli parlimen pakatan rakyat tiada bezanya.
Anonymous said…
Bro,

Mereka ini adalah beruk jenis tingkatan tertinggi. Gorilla.

Lihatlah cara mereka bercakap dgn tangan dan iras muka mereka....


Persissssss.......
wazahu said…
azli,aku x pandai bab2 politik ni tp aku salute hampa dok hantam puak2 x guna ni.aku hrp hampa serang terus sb aku tengok lani UMNO dah semakin kuat.cuba tarik geng2 muda supaya joint kita bro.aku kerja dok hantam blok PAS (cenangau).depa melompat marah kt aku.mai kita sama jaga jgn smp melayu jd hamba di bumi sendiri.HIDUP UMNO
wazahu said…
bro aku rasa Anonymous ni puak jumud PAS yang saja nk cucuh api hati2 bro
Unknown said…
Berpidato memukau bercakap pandai
Modal untuk ke Putrajaya
Biar agama dijaja bangsa tergadai
Bagi Sheikh Aljuburi itu semua tak kisah punya

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A