Tetamu Kehormat...

December 22, 2010

Isu APCO : Berakhirnya Pembohongan

Kali ini, Anwar tidak mungkin mempunyai hujah lagi, bagi menolak segala bukti yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz hari ini. Sekarang, kita hanya menanti apakah mungkin masih ada alasan untuk Anwar menolak segala bukti tersebut, baca laporan di bawah. PUTRAJAYA, 22 Dis – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel. Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel. Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.

“Saya mahu kedua-dua surat ini disiarkan bagi menafikan apa yang Anwar dan pengikut-pengikutnya berkata di pasar malam,” kata Nazri kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen. Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.

Ahad lalu, Anwar mempertahankan beliau masih boleh membuktikan yang firma APCO ada kaitan dengan Israel, tetapi mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya. Anwar digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan. Beliau mendakwa kerajaan pimpinan Najib takut segala maklumat yang didedahkannya akan dimasukkan dalam penyata dan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Khamis lalu, Anwar berkata tindakan dikenakan ke atas mereka seolah-olah menunjukkan APCO tidak boleh disentuh dan menyalahkan firma itu sebagai punca keempat-keempat mereka digantung enam bulan.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Nazri mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.Dewan Rakyat akan bersidang semula Mac depan Anwar juga mendakwa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu.

Jawatankuasa itu memutuskan hukuman berdasarkan surat itu dan tidak memanggil Anwar untuk memberi keterangan. “Kerja-kerja APCO untuk kerajaan Israel adalah yang kecil dan ringkas, membabitkan hanya dua aktiviti, setiap satunya dijalankan beberapa tahun lalu,” kata Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika Brad Staples. Staples juga berkata, Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.

Malah beliau juga menekankan, tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia. Surat Staples juga menekankan bahawa kepentingan APCO dalam syarikat keselamatan “bebas” ASERO hanya sebagai pelabur. “APCO memilih untuk melabur dalam syarikat itu disebabkan peluang-peluang perniagaan,” kata beliau.

Oleh itu katanya, APCO dan ASERO adalah dua badan perniagaan yang berbeza dan berlainan sama sekali. “ASERO ditubuhkan pada 2005. Oleh itu, ia tidak wujud pada 1999 ketika kempen One Israel,” katanya. Dalam kenyataan satu muka, Shrum juga menafikan APCO ada apa-apa kaitan dengan kempen itu. “Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa Parlimen dimaklumkan bahawa APCO Worldwide adalah di antara firma khidmat runding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar,” katanya. “Saya berada di sana dan APCO tidak terlibat dalam One Israel atau dalam apa-apa kerja bagi Parti Buruh Ehud Barak dalam kempen itu. APCO juga tiada kaitan dengan One Israel.”

1 comment:

To Live Again said...

Check Mate for Nuar!

Kekdng mslh utama kita ni trlmpau taksub dgn Yahudi smpai asal je nama Yahudi kita tolak..Kita mrh kononnya la!

Smpai org dgn mudah ambil kesmpatan ke tas kita..Bkn niat sy nk mengagungkan Yahudi..Tp kalau dlm perkara2 yg membwa kebaikan pd Islam dn negara x slhnya rasanya kita blaja dn amik cnth dr Yahudi..

Dlm dunia komunikasi global skrg ni, dgn negara sekecil Malaysia, bkn mudah untk kita mendpat peluang msuk ke dewan Seant US di Washington utk mengintai peluang2 perniagaan dn pelaburan FDI ke negara kita yg akhirnya memberi rezeki pd ORG MELAYU/ISLAM jgak! Oleh kerana nitu kita perlukan PELOBI yang berpengaruh utk recommend kita dgn negara2 besar ni..Ini perkara biasa dn kdg2 ada natar diaorg adalah Yahudi..Kita terpksa menelan hakikat ini walaupun pahit..

Ini semua berpunca dr kelemahan kita sndiri yg lemah dlm penguasan ilmu dn ekonomi sehngga kita terpksa menagih bantuan org lain..

Tp x mengapa la..Itu mgkn sebagai proses permulaan dn pembelajaran..Mgkn selepas kita mmpu berdiri dgn kaki sndiri kita tidak memerlukan lagi consultan spt mereka ini..

Dn ingtla suma, kerana dasar perhubungan inilah, maka syarikat2 GERGASI YAHUDI mula msuk ke mmalaysia spt DELL, INTEL,IBM,NESTLE dll lg yg akhirnya memberi MAKAN KEPADA ORG ISLAM JGAK!