Skip to main content

Isu AES : BN Undang Kemarahan Rakyat?

Dalam isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang kemarahan rakyat. Saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut - yang jelas menjadikan saman ekor dalam bentuk dan wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada pihak swasta. Yang kita bimbang hanya satu, mungkin pada peringkat permulaan, Sistem Penguasaan Automatik (AES) akan ditempatkan di kawasan-kawasan kemalangan yang tertentu sahaja, namun demikian, lama-kelaman, saya percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.

Kita bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.Tidak dinafikan negara-negara maju menjadikan AES sebagai salah satu cara mengurangkan kemalangan maut - namun begitu, pengguna jalan raya di sana tidak dibebankan dengan tol dan harga kereta yang mahal. Oleh sebab itu, sekiranya mereka disaman, ia tidak sampai membebankan kewangan mereka. Hal tersebut sangat berlainan di negara ini - rakyat kita dibebankan dengan tol yang tidak putus-putus, di samping harga kereta buatan tempatan yang mahal, dan insuran kenderaan yang tinggi. Saya bimbang, sekiranya AES dilaksanakan, kerajaan BN akan berhadapan dengan kebencian dan kemarahan rakyat sahaja. Hal ini harus difikirkan semula.

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat kepada Dewan Negara meminta untuk tidak meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam. Beliau berkata, ini kerana rang undang-undang itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan sistem berkenaan manakala rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. "Kita kecewa apabila tidak diberitahu model kewangan yang disebut itu. Sepatutnya diberitahu kepada awam apabila dia membabitkan syarikat yang akan mendapat habuan ataupun peratus daripada saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

"Jadi saya harap Dewan Negara menolak rang undang-undang ini dan saya akan menghantar surat kepada ahli Dewan Negara," katanya. Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAN). Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 ahli Parlimen menyokong, manakala 40 lagi menentang. Ini kerana majoriti ahli Parlimen, terutama Pakatan Rakyat mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa ahli Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.

Menurut Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, syarikat yang terlibat akan memastikan jumlah saman yang dikeluarkan melalui sistemnya dan akan mendapat faedah daripada saman yang dikeluarkan. "Syarikat akan pastikan seberapa banyak saman akan dikeluarkan melalui sistem ini yang akan mengawal dan yang menjalankan operasinya ialah syarikat.

Walaupun disebut ia dikawal oleh JPJ tapi saya percaya pihak JPJ tak ada kepakaran dalam sistem yang dibangunkan itu," katanya. Tambahnya, pelaksanaan sistem ini juga tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mendidik pengguna jalan raya. "Saya sangat kecewa kerana pembantangan undang-undang ini tidak mengatasi masalah kemalangan maut yang besar kerana tak ada hukuman kerana pemandu yang membawa kenderaan secara bahaya tapi yang ada hanyalah kesalahan nombor pendaftaran kenderaan sehingga menyebabkan hukuman penjara," katanya lagi.

Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana sistem AES.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat. "Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya...rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya. Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES. "Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini...kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya

Comments

Anonymous said…
Tuan,

BN memang suka korek lubang untuk terjun. Rakyat akan tanya siapa di sebalik syarikat pemungut hasil saman itu. Kawan ke atau adik beradik atau suku sakat ke ? kalau macam ni mampuslah rakyat. Ingatkan zaman Najib ni lebih baik dari zaman sebelumnya , rupa-rupanya 2 x 5 juga. BN memang tak serik-serik. UMNO tak pandai jaga hati rakyat dan orang melayu yang bagi sokongan kat mereka . Ingatlah Allah tidak akan bersama dengan puak-puak yang zalim.
Anti-Saman Jubo said…
Kebanyakan penyokong BN memberi undi protes kepada pembangkang kerana perkara sebeginilah. Rakyat disusahkan dengan saman ekor, tol berlambak-lambak, harga kenderaan mahal, insuran kenderaan yang terlampau cekik darah. Bayangkan saya membeli motosikal Yamaha SS110 2nd hand berharga RM750 sahaja tetapi terpaksa tambah RM200 lagi semata-mata membayar insuran 1st party (3rd party tak terima dah). Belum masuk lagi lain-lain cukai sperti cukai pintu rumah saya sebanyak RM280 setahun. Camni kena bagi undi protest lagi laa PRU13 nanti..
Anonymous said…
Tuan,
Saya sokong tulisan Azli Shukri dan komen Anony 3.57 pm.
Kerajaan BN memang tak perihatin dengan rakyat. Projek yang dibuat semua untuk menyenangkan rakyat tetapi jika syarikat pengendali yang mendapat untung 34% dan kerajaan 66% dan rakyat bayar 100%. Apa yang rakyat dapat sebagai penyokong kerajaan. Sedangkan saman ekor yang telah dilaksanakan sekarang rakyat dah mengeloh inikan pula diswastakan dengan kadar keuntungan 34%. PM kena fikir dalam pentadbiran kerajaan pun bukan semua penyokong BN. Mungkin ada golongan yang cuba hendak menaikkan kemarahan rakyat dengan sistem ini. Mereka mencipta apa sahaja sistem yang boleh ditangguk dalam air yang tenang. Elok dibatalkan sahaja dan saman ekor dihapuskan baru rakyat berasa lega dan sokongan dipulihkan.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Groom said…
This comment has been removed by the author.
Groom said…
Yelah...pelik sungguh kerajaan BN ni...tak faham-faham dengan kemarahan rakyat...kalau di UK ni, semua lebuh raya adalah percuma..tak payah bayar tol se pennypun..kalau ada kena bayar pun, satu je kat Birmingham..itupun kerana ia private highway..abt the CCTV kat highwaypun, police yang punya,bukan private company. Tentang keselamatan pula mcm kes bas tempohari, saya fikir banyak lagi yg perlu diadakan oleh kerajaan BN & AES bukannya prioriti!

sbg cntoh: tempohari saya balik Malaysia, naik bas Xpress malam dari Penang ke Melaka.Ada JPJ kat bus stand Sg.Nibung tapi depa dok lepak je, tak buat apa2. Driver bas tu, saya lihat budak India, muda sangat. Tak de second driverpun, dan dia drive dari Penang pkul 12 mlm & sampai KL jam 3am than terus ke Melaka..non stop, sangat laju & ada 1 driver je...inilah contoh kes patutnya kerajaan BN bg perhatian & kena tegas. Penjarakan saja bus company & driver mcm ni.Bila ramai rakyat dah mati accident- semua YB BN sibuk2...lepas tu tak buat apa2 pun..ingat!!..rakyat perhatikan je sikap pemimpin ye..rakyat tak bodoh!

Bila smpai bus stand Melaka plak..sya naik bas nak balik Kg..bas Patt Hupp..alaaa..kesiannya, buruknya bas..bas ni sejak saya sekolah kat Melaka, 30 tahun dulu dah ada..tak berubah! tgk kat sebelah, ada bas untuk .pelancong..wah! cantik, baru, warna merah..aircond lg..tapi bas tu bukan untuk rakyat. Bus cantik tu special utk pelancong..Untuk rakyat, bas buruk2 dan usia 30 tahun,jln terhenggok-hengok mcm nak runtuh...sepanjang prjalanan bas tu, saya sedih sangat..kata negeri Melaka maju, tapi rakyat biasa tak rasepun kemajuan tu...kesian rakyat jelata..mereka ni rakyat, mrk pengundi & bukan pelancong yg tak leh mengundi..Ingat! jangan sampai rakyat marah, jika tidak BN Melaka akan tumbang & Melaka akan jd mcm Selangor & Penang!

Kebajikan & keselamatan rakyat mestilah diutamakan..barulah rakyat lihat kerajaan prihatin & sayang rakyat, dan rakyatpun sayang kerajaan..Misalnya, kerajaan BN mesti wajibkan setiap bas Xpress ada talipinggang keledar/safety belt di setiap tempat duduk penumpang. Kat UK semua bas express i.e national coach wajib ada.Dah tu, ada alat kat driver bila speeding je, bas automatic akan berbunyi dan slower..ni semua untuk keselamatan penumpang..Tapi kat Malaysia, penumpang bas mana ada safety belt..kalau accident, terus melambung keluar bas, mati katak! Napa kerajaan BN tak fokus utk tingkatkan aspek keselamatan mcm tu? Tapi sibuk dgn hal buat untung dgn AES..cubalah bagi priority kepada penumpang2....mereka ni semua adalah rakyat...apatah lagi kebanyakan penumpang bas adalah rakyat biasa..kesian tgk bila ramai yg mati katak naik bas...dah banyak bas accident tapi kerajaan tak buat apa2 yg praktikal then....dan sekarang, bukannya nak berkhidmat pada rakyat tapi nak buat untung pula dgn bisness bermodalkan keselamatan, darah & nyawa rakyat...peliklah, bukan kata rakyat didahulukan???..
azlishukri said…
groom ulasan yang baik
azlishukri said…
apa2 BN harus alert hal seperti ini
Anonymous said…
laknat punya saman ekor, aku baru semak sms tadi ada satu saman, aku tak kisah kalau saman tu aku dapat masa aku buat salah, ntah ntah bila bulan/tahun punya saman aku tak tahu, lagi satu kalau gila sangat nak saman ekor buat la betul betul misalnya hari ni saman esok hantar surat, dulu aku pernah dapat surat saman rasa aku dekat setahun dari kesalahan yg aku lakukan baru dapat surat, yg sedihnya saman yg aku dapat kerana lebih had laju, bila aku fikir balik hari aku pandu lebih had laju tu rupa rupanya aku nak cepat kerana nak menziarahi bapa saudara aku baru meninggal, begitulah zalimnya saman ekor berbanding dengan saman terus semasa kesalahan, harapan aku rakyat perlu bangkit menghentikan saman ekor ni oleh kerajaan kerana banyak menyusahkan rakyat, aku sokong saman terhadap pesalah jalanraya tapi biarlah saman itu dibuat pada waktu kejadian kerana aku rasa lebih bermaruah mendapat surat saman secara terus dari polis ketika kejadian, harapan aku perlu ada satu gerakan untuk menghentikan saman ekor dan ditukar kepada saman terus, fikirkanlah...
izhar said…
Nie sama ekes dengan Sistem E - Perolehanlah nie... amik untung ikut persen jer...

Bijak bijak....

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A