Tetamu Kehormat...

December 11, 2010

Hanya Shamsidar Sahaja Yang Boleh Selamatkan Malaysia

Saya sebenarnya, sudah lama sependapat dengan Datuk S. Nallakarupan dalam soal ini, sudah lama saya fikir untuk menulis posting berkenaan perkara yang ingin Nalla utarakan. Saya, seperti juga Nalla, sangat yakin dan percaya, Hanya Shamsidar Tahrin sahaja yang mampu menyelamatkan negara ini daripada terus dihancurkan oleh Anwar Ibrahim. Shamsidar perlu tampil ke hadapan dan mendedahkan perkara yang sebenar berkenaan diri Anwar dan hubungan intimnya dengan Penasihat PKR itu selama ini. Pendedahan beliau bukalah untuk membuka pekung dan keaiban diri sendiri, sebaliknya demi menyelamatkan rakyat dan negara ini. Saya juga yakin, Shamsidar yang telah pun menunaikan haji di Tanah Suci, benar-benar sudah bertaubat atas segala dosa yang pernah dilakukannya selama ini.

Saya sungguh-sungguh percaya, Shamsidar sudah bertaubat. Namun demikian, demi kebaikan negara dan rakyat, Shamsidar perlu mendedahkan segala-galanya. Sampai bila rakyat perlu diperbodoh dan ditipu oleh Anwar. Dan sampai bila pula Shamsidar sanggup menyembunyikan kisah yang sebenar, sedangkan beliau mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menyelamatkan negara ini. Shamsidar perlu mendedahkan siapakah Anwar dan sejauh mana hubungan mereka terjalin selama ini. Pendedahan Shamsidar mampu meleyapkan fitnah yang sedang melandan negara tercinta kita ini.

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu. Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu. "Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar. "Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar. Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum. "Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya. Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin.

"Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan. "Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya.

15 comments:

Anonymous said...

tak boleh jugak nak komen pasal shamsidar dah ke mekah dan taubat sebab nik aziz pun dah pergi ke mekah tapi tahap taubat dan cakap nya mcm tak pernah pergi ke mekah.

Sudir said...

Mana mau dia dedahkan..

Anonymous said...

hahaha..org jahil citer pasal taubat, pasal Islam, sudah 10 thn berlalu tp pembuktian terhadap pertuduhan ke atas DSAI dr pihak2 tukang fitnah dan pengadu domba tidak lebih dr loyar buruk sahaja tiada apa2 bukti, umpat keji, fitnah dan adu domba sahaja. CELAKA!!

Anonymous said...

elok jugak dilondehkan kesemuanya..

cerita atas katil di Tivoli boleh menjadi telenovela hebat kurun ni mengalahkan drama popular "Dallas" dan "Desperate Housewives"

Anonymous said...

Kalau dia boleh selamatkan Malaysia,maka dia patut dilantik sebagai PM.

JIM

Anonymous said...

anon 8.17, bercakap guna mulutla bukan guna ju***

tu saiful dah buat sumpah laknat, buat haji dan mengakui salah laku dsai di makkah al-mukarramah, di baitullah.. fitnah kepala hotak apa lagi? kalau kau islam dan tak emo, harus kau fikir bukan dua kali tapi 100 kali sebelum kau buka mulut.

DSAI bila lagi nak bersaksikan Allah swt? aku masih tunggu ni. dah jemu asyik tunda dah 22 kali..

mokmek

Anonymous said...

AZLI SHUKRI .... TAG awak sungguh cantik .... membenteras kepalsuan , kezaliman dan kemungkaran parti pembangkang .....bagus tag tu .... tapi blog awak ni tak pulak membongkar kepalsuan , kemungkaran dan kezaliman parti pembangkang kat Kedah , Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang ye ? .... kenapa ye keh keh keh keh ....

Anonymous said...

Memang dia buat benda tu, tapi tak ngaku...tangguh, tangguh..mana dia berani...Macammana pun dia masih takut pada ALLAH ...kalu tak takut pasti dia dah bersumpah macam saiful.

Yang jadi masaalah adalah pengikut TEGAR yang tak tau nak menilai.

ahbiza said...

DSAI sebenarnya boleh jadi PM Malaysia sekiranya dia sanggup bersumpah mubahalah dimana-mana masjid dengan disaksikan oleh semua pemimpin-pemimpin Islam negara ini daripada pihak kerajaan dan pembangkang dan dipancarkan melalui semua saluran tv dengan skripnya menafikan apa yang telah dilafazkan oleh Haji Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu:
"Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Bahawasanya saya ANWAR BIN IBRAHIM
tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan mana-mana lelaki pun dalam dunia ini. Dan sekiranya saya berbohong, maka saya mohon kepada Allah supaya menurunkan bala keatas diri saya dan seluruh ahli keluarga saya."

Susah sangatkah nak sebut ayat sepanjang itu untuk membuktikan kebenaran dan untuk membersih diri. Wang sendiri tak habis, wang rakyat dapat diselamatkan melalui perbicaraan yang tak tahu bila berakhir, masa tak terbuang dan rakyat pun berasa lega dan puas hati.

Percayalah kalau DSAI sanggup berbuat demikian, seluruh rakyat akan sokong DSAI dan dia akan jadi PM Malaysia ke 7.

Tolonglah penyokong-penyokong setia DSAI dan pemimpin-pemimpin pembangkang khasnya Dato Nik Aziz, YB Mahfuz Omar, Haji Mohd Sabu, YB Taib Azamuddin,YB Azmin Ali, YB Dr Hassan Ali, Dato Dr. Harun Din, YB Dato Hadi Awang, YB Kamaruddin Jaafar, YB Husam Musa dan ramai lagi, pujuklah pemimpin anugerah tuhan ini supaya dia melakukannya.

Seluruh umut Islam di negara ini menunggu sifat keberanian DSAI
untuk dia membuktikan kebenarannya.

Muhammad Azli Shukri said...

anonymus 12.10 - blog ini bukan khusus untuk membongkar kezaliman pakatan rakyat di negeri2 tertentu sahaja, ia menyeluruh dan tidak bersifat setempat.

Hang Jebat said...

Anwar Ibrahim memang tidak akan membuat sumpah laknat sebab beliau seorang yang bacul dan pengecut. Berani kerana benar takut kerana salah, susah sangatkah melafaz sumpah? (tapi kalau dah salah memang takut la, nanti tak pasal-pasal kena makan dek sumpah). Saiful telah bersumpah diliwat oleh Anwar malah PM DS Najib juga bersumpah di masjid (tidak kenal Altantuya) demi untuk membersihkan nama sendiri. Untuk menutup keaiban, Anwar sanggup ke hulu-hilir berceramah dihadapan penyokong sendiri dan sanggup ke luar negara untuk memburuk-burukkan tanahair sendiri. Anwar ni lupa ke dia ni rakyat MALAYSIA? Aku rasa baik Anwar ni tukar warganegara je, boleh pilih jadi warganegara Amerika, Australia atau Israel!

Anonymous said...

dh tak berani nk sumpah..itu le jawapan dia.kita rakyat n pandai le fikir..maknaye dia dh megaku le dia bersalah..

Anonymous said...

MAMPOS UMNO !

Anonymous said...

dalam sepanjang-panjang artikel, say tak nampak mana satu peranan shamsidar untuk menyelamatkan malaysia kecuali membuka cerita seks secara terbuka. apa signifikasi taubat nasuha kalau masih buka cerita lama

Anonymous said...

BUTA MATA TIDAK SEMESTINYA BUTA HATI,JIKA DAH BUTA HATI..YG TERPAMPANG DI DEPAN MATA PUN MASIH DIPERTIKAIKAN..ITU SIFAT PANGANUT TEGAR PAKATAN