Tetamu Kehormat...

December 20, 2010

DAP Mesti Diharamkan

Tahun ini sahaja sudah hampir tiga atau empat kali cadangan dari pelbagai pihak yang mahukan parti DAP diharamkan terus daripada wujud di bumi orang Melayu ini. Sebelum ini, Zulkifi Noordin telah menggesa agar kerajaan segera mengharamkan DAP yang sangat jelas lebih berkiblatkan Singapura dan bersikap anti-perlembagaan. Terkini, Ezam Mohd Noor pula turut mendesak kerajaan agar memadamkan terus nama DAP dalam lipatan sejarah di negara ini. Kewujudan DAP sangat jelas hanya mengundang kehancuran kepada orang Melayu dan kemusnahan terhadap masa depan Islam di Malaysia.

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Beberapa bekas pemimpin pembangkang menyelar kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan menyifatkan cauvinis DAP itu tidak layak untuk mengukur taraf kerakyatan seseorang kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan. Malah, mereka turut menggesa agar parti DAP yang dianggap sebagai 'raja perkauman' dan diktator itu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana menghormati Singapura berbanding Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Noor, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah anti Melayu. Tegasnya, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan DAP dengan serta-merta kerana parti itu melalui Guan Eng, secara terbuka memperlihatkan kebencian dan penentangan terhadap segala usaha untuk membela orang Melayu.

"DAP bukan sahaja parti yang anti Melayu tetapi anti Perlembagaan. Kerajaan perlu mengharamkan DAP kerana cauvinis-cauvinis yang ada dalam parti ini sepanjang masa sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.

Selain itu, Guan Eng juga melabelkan Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja, serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan kerakyatan pihak lain kerana dakwanya, seluruh ahli parti DAP 'menyembah' Singapura, dengan harapan Melaysia juga akan menjadi sebuah republik.

"Apakah layak Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP hendak mempersoalkan kerakyatan orang lain sedangkan, mereka sendiri berjuang untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sebagaimana Singapura.

"Inilah kenyataan paling bodoh. Kalau dia tidak suka dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan pihak yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu, Guan Eng boleh keluar daripada Malaysia, carilah negara yang sesuai dengannya," jelas beliau. Mengenai kecaman Guan Eng terhadap pihak yang meraikan 13 Mei pula, Zahrain berkata, DAP sebenarnya takut fakta sebenar, iaitu cacian dan penghinaan bapanya, Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu sehingga mencetuskan tragedi berdarah itu, diketahui umum.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip pula mencabar pemimpin Pas dan orang-orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kenyataan Guan Eng itu. Katanya, Pas dan orang-orang Melayu dalam PKR yang sejak sekian lama menjadi kuda tunggangan DAP perlu menyatakan sokongan kerana kenyataan Guan Eng itu dibuat semasa konvensyen pembangkang berlangsung.

"Pemimpin-pemimpin Pas dan orang Melayu dalam PKR perlu nyatakan pendirian mereka, kalau benar mereka anak jantan. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu nyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap penghinaan Guan Eng ini. "Anwar Ibrahim memang sudah kita akui akan menyokong apa sahaja kenyataan DAP kerana kita percaya ada sesuatu yang menyebabkan Anwar terlalu 'takut' kepada mereka, bukti itu kalau didedahkan akan membunuh terus karier politiknya," ujarnya.

7 comments:

putrarahman said...

DAP adalah sebuah parti politik yang telah lama bertapak dalam arena politik negara. Kalau nak diharamkan sebenarnya sejak dahulu lagi ianya patut diharamkan, Kenapa sekarang ini bila DAP dilihat sebagai ancaman kepada BN, maka isu pengharaman DAP ditimbulkan -.... Komen orang PR lebih kurang macam nilah nanti bunyinya.

Jika diharamkan sekarang ni, implikasinya sangat besar kerana rakyat pada bila-bila masa akan melihat ini sebagai satu lagi episod kezaliman BN. Tidak mustahil, pengharaman DAP menjadi turning point seterusnya sebagai punca kehancuran BN. Pengharaman bukan langkah yang bijak, tetapi melemahkan mereka adalah tindakan yang lebih sesuai. Macamana nak melemahkan mereka, pandai-pandailah pakar strategi BN fikirkan.....Ini komen saya.

Fairosza said...

Pelik betul ada org melayu yg jadi ahli dap ni. Kalo nk membangkang pon kan ada pkr dgn pas..mungkin diorang pon tak percaya dgn 2 parti merapu tu

datoadil said...

Mengharamkan DAP Akan Menjahanamkan UMNO/BN

Mengharamkan DAP sebagai sebuah parti politik akan hanya menjahanamkan hayat politik UMNO/BN.

DAP ibarat pokok. Kalau pokok ini tumbang maka akan ada orang yang cedera atau ada yang rosak.

Tetapi pokok ini kalau silap percaturan, akarnya boleh meretakkan tanah dan meruntuhkan bangunan.

Maka cara yang paling baik ialah sapu racun pada batangnya dan biarkan ia menjadi tempat burung Gagak Berak dan tidur. Lama-lama pokok itu akan dijauhi oleh orang.

Tapi jangan biarkan pokok itu dihiasi lampu-lampu yang cantik kerana ia akan menarik ramai orang datang.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Abdul Hayee said...

Oleh kerana artikel ini sangat menarik untuk tatapan pembaca, saya siarkan di bawah ini:

HILANGNYA SEJARAH HANG NADIM

Salam 2 all.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa, akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu.

Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore!. Azan kat masjid pun dipertikai!. Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

Kit Siang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun, dijual takpe sebab Kit Siang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata Pak Jangoat. Rupanya benar kata pujangga (bekas PM Tun Dr.Mahathir pun ada berkata demikian), memang Melayu mudah lupa.

Saja teman perturunkan artikel di bawah ini untuk menjadi renungan dan bahan buat umat Islam bangsa Melayu mencerminkan diri. Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu. Nauzubillah.

Wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN

eekaa said...

Saya minta linkan boss, terima kasih.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih tuan2