Skip to main content

Berwaspada Dengan Malaysiakini

Berwaspada
Dengan Malaysiakini


Semalam saya mengambil laporan berkenaan kenyataan Tun Dr Mahathir yang seolah-olah senada dengan Presiden PKR, Wan Azizah daripada portal Malaysiakini (baca di sini). Namun demikian terbukti, kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan dalam portal tersebut sangat jauh bezanya dengan maksud sebenar Tun Mahathir - saya bandingan dengan laporan yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia (baca di sini). Jelaslah kepada saya selama ini, sesungguhnya portal Malaysiakini bukanlah portal yang benar-benar telus dan boleh dipercayai sangat. Kita harus berhati-hati, agar tidak terjerat dalam perangkap wartawan Malaysiakini yang terbukti mempunyai agenda tersembunyi. Kenyataan Tun Mahathir jika kita benar-benar mengamatinya - menyeru agar rakyat Malaysia bersatu-padu serta menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan negara dan bukan hanya sibuk dengan politik 24 jam.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya sebagai terbuka dan boleh menerima pandangan.

Menurutnya, keterbukaan itu dibuktikan melalui kesediaan kerajaan berunding dengan sesiapa sahaja yang mempunyai idea bernas mengenai apa jua perkara yang dirasakan perlu. "Saya sendiri telah diminta untuk turut memberikan pandangan mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan tidak keberatan memberikannya.

"Sama ada pandangan itu dituruti atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Namun, setidak-tidaknya ia menunjukkan kerajaan terbuka dalam menerima pendapat pihak luar," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan perwakilan yang memintanya menawarkan diri membantu kerajaan membangunkan negara pada sesi dialog Forum Malaysia-Eropah (MEF) di Hotel Crowne Plaza, di sini hari ini.

Penasihat yang juga penaung MEF, Tan Sri Rafidah Aziz bertindak selaku moderator sesi dialog berkenaan. Terdahulu, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria; wakil dari Kedutaan Norway, Ashild Kjok; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation, Datuk Iskandar Mizal Mahmood serta Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Kesatuan Eropah, David Jones turut menjadi panel forum berkenaan.

Sementara itu, Mahathir berkata, gagasan 1Malaysia adalah selari dengan Wawasan 2020 yang menjadi visi negara hari ini. Jelasnya, sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991, perkara pertama yang digariskan adalah penyatuan kebangsaan dengan perpaduan bangsa Malaysia. "Lupakan masa silam serta dari mana anda berasal. Perkenalkan diri anda sebagai rakyat Malaysia serta bercakap menggunakan bahasa yang sama. Dengan cara itu, kita mampu mencapai gagasan 1Malaysia.

"Anggap kita semua milik Malaysia. Masalahnya kita sering memanggil diri kita sebagai bangsa dari mana negara asal keturunan kita. ''Tidak boleh lagi cakap kita ini asalnya Melayu, Cina dan India. Ketika ini saya masih dengar lagi orang kata saya Cina Malaysia, saya India Malaysia atau saya ke sekolah Cina, saya ke sekolah Tamil dan saya ke sekolah Melayu," ujarnya.

Ketika menyampaikan ucaptama sebelum dialog itu, beliau berkata, kerajaan tampak sedar dengan keperluan negara memiliki industri berteknologi dan berpendapatan tinggi bagi memastikan taraf kehidupan di Malaysia meningkat selaku negara membangun. "Kerajaan seakan sedar mengenainya dengan memberi bantuan dan sokongan kepada industri tempatan agar terus berkembang ke taraf dunia.

"Sewaktu era pelaburan industri asing dahulu, Malaysia telah banyak belajar mengenai bidang pembuatan dan pasaran global. Dengan sedikit bantuan, industri tempatan mampu berkembang dan menggantikan pelaburan langsung asing (FDI) untuk menjana ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, menjawab satu soalan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Dr. Mahathir menjelaskan, akta tersebut digubal bagi memastikan pelajar fokus serta menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Katanya, mahasiswa perlu bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membazirkan wang rakyat dengan sibuk berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran. Menurutnya, mahasiswa dapat melanjutkan pelajaran kerana ditampung oleh wang rakyat melalui pembayaran cukai yang membolehkan mereka hanya menanggung sedikit sahaja kos pembelajaran masing-masing.

Comments

Anonymous said…
Lawak, lawak, kau org UMNgOk, kau tak kan tak tau utusan meloye tu kan korang yg punya. Lepas tu kau mintak pulak komen dia org. Lawak, lawak. Tak mintak komen dari TV1 dan TV3suku pulak. Ingat bro, org sekarang bukan bangang lagi macam org dulu, ape yg korang pantak semua org percaya. Org dah tak berkiblat lagi kat utusan meloye, TV1 & TV3suku. Sebab jadi tukang ADUDOMBA & PENIPU rakyat.
zack said…
pada sy malaysiakini paling telus dan seimbang kepada mana mana parti politik, ia menulis semua apa yg di ucap bukan di sunting atau di tokok tambah seperti akhbar lain, malaysiakini adalah rujukan utama sy apabila berlaku percanggahan berita
CUCU TOK WAN said…
Anon 1:04 PM

habis tu, Malaysiakini siapa pulak yang punya? Bebas dan telus atau tidak berkecuali?... kalau itulah yang anda fikirkan, anda seorang yang BAGHAL...

orang sekarang memang TAK BANGANG, kalau depa pakat baca dari kedua-dua sumber... tapi orang sekarang TERLEBIH-LEBIH BANGANG apabila setakat seronok baca sumber berita yang sehati sejiwa dengan mereka, tak kiralah sama ada UTUSAN MALAYSIA mahupun HARAKAH atau UMNO-Online mahupun HARAKAH DAILY

Tak adu domba dan penipu rakyat sangatlah harakah dan media-media alternatif saudara tu yek?

Belajar kasi habis dulu sebab bila anda keluarkan pendapat, nampak sangat anda ni sebenarnya gagal dalam hidup kecuali mengharapkan mak bapak dan PTPTN
Anonymous said…
woi anoy, kau mesti penyokong parti kapal rosak tu kan?? tak lama lagi karam la tu. kau godek la kau repair la kau panggil doktor ke nujum ke kapal tu mesti karam nya. tunggu masa jer tu. pelayaran ke sungai buloh jer ...hehehe
Anonymous said…
woi anon 1.30pm....

ko ni tak habis2 mntelaliti utusan umngok....konon pkr nk hancur la, nk karam la, akan terhapus la..dah masuk 3 PRU, stay cool lagi...

PKR bukan mcm Semangat 46 beb...wa anak muda sokong PKR...ramai lagi membe wa dari budak2 ipt ni...xcaya, tengok la nnt...
Anonymous said…
hebat anon 1:04 dan 1:39 nih. Mike ni layak jadi pembancuh kopi kat opis PKR yg boleh 'flight' sana-sini atau pun jadi pencacai angkat najis kat opis LGE di Komtar, Penang. Tak usahlah belajar tinggi kat IPT tu, buat perabih subsidi kerajaan aje.
Anonymous said…
budak2 IPT mmg org yg tak kng budi
Malaysia kini pun meliwat gak. macam si dia tu
Anonymous said…
Mungkin BAPAK si anon 1.04 tu adalah antara org yg paling BANGANG! kat malaysia ni dulu.. sebab tu dia tau "org2 dulu bangang" sbb yg bagi makan dia dan membesarkan dia adalah seorang yg BANGANG!... ko menghina org2 dulu, sama ko menghina MAK BAPAK ko sendiri la woi!!.. Klu xde BAPAK ko yg BANGANG! tu dulu, maybe tekan keyboard button pun ko x reti skang ni tau...
Anonymous said…
Utusan Melayu dengan taglinenya 'berenang untuk kesihatan' sambil tayang betis paha, lurah payu dara anak melayu dlm majalah mangga, URTV. Ini kah pembela maruah bangsa ?

DR NO
Zek said…
Anon 1.04PM - Tak lawak pun. Pendapat kamu macam orang tak lulus PMR.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
pegi mampos la umno.....budak KL kat kL MANA ADA dah yg tinggal saki baki taik unta'''''umno la tu BUDAK2 KL LONG LIVE MALAYSIAKINI
Anonymous said…
Assalamualaikum...

Khas buat tatapan anon 1:04...

Anda berbicara seolah-olah seluruh dunia menyokong anda. Adakah anda bangkit setiap pagi melihat realiti di sebalik daun pintu kamar beradu anda ? Atau anda masih terlena dengan mimpi yang panjang tidak berkesudahan ? Berdirilah dihadapan cermin...lihatlah di mana anda berada ketika ini. Belajarlah berterima kasih kerana jika anda benar seorang yang tahu berterima kasih...

Jika benar anda akan ke kuliah hampir setiap hari di masa pengajian anda...anda adalah manusia paling beruntung di tanah yang anda pijak kini.

Jika anda meneguk hasil bumi bertuah ini setiap hari, anda adalah manusia paling beruntung di mana anda berpijak kini.

Jika anda adalah sebaliknya...

Berdoalah tanpa putus harap nasib anda dan keluarga anda serta yang tersayang akan lebih baik di masa hadapan...

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A