Tetamu Kehormat...

December 4, 2010

APCO - Retorik Kosong Anwar

Artikel ini dipetik daripada tulisan Jefri Zachariah di portal Malaysia-Instinct, menarik untuk direnungi : 1. Belum pun apa-apa keputusan dibuat, Anwar Ibrahim dan konco-konconya awal-awal lagi dah buat sidang kononnya dia akan digantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Semuanya gara-gara dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

2. Bagi saya, jika betul, elok sangatlah Anwar digantung daripada Parlimen. Ini kerana kita tidak boleh membenarkan penipu besar seperti Anwar terus 'bermaharajalela' dengan pendustaannya di dewan yang mulia itu. Sejujurnya, saya tak nampak mengapa Anwar perlu mengaitkan Apco dengan 1Malaysia.

3. Ini kerana kerajaan menggunakan khidmat mereka SELEPAS gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri. Lagipun mengapa yang Anwar nak marah sangat? Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pembangkang juga turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung wakil rakyat BN, jadi salahke jika Anwar juga berhadapan dengan benda yang sama?

4. Adakah Anwar nak beritahu semua orang yang dia dan orang-orangnya 'untouchable'? Berbalik kepada isu Apco ini, izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak mengenainyan Pada tahun 2009, Apco diminta untuk membantu kerajaan Malaysia selain berkongsi pengalaman mengenai pembangunan komunikasi strategik di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

5. Tugas-tugas yang dilaksanakan Apco termasuklah memberikan khidmat sokongan komunikasi dalam pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia termasuklah mewujudkan pekerjaan, mempromosikan pendidikan dan memantapkan penyampaian pelbagai bentuk khidmat kepada rakyat.

6. Konsep 1Malaysia dilahirkan oleh Perdana Menteri sebelum menggunakan khidmat Apco. Apco tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, konsep berkenaan digubal dan diumumkan sebelum khidmat Apco diambil. Kita perlu ingat, Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia.

7. Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel seperti yang disangkakan. Kita semua kena sedar, untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.

8. Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Sebagai sebuah organisasi berteraskan komunikasi dan perhubungan awam, Apco semestinya mengutamakan profesional tanpa dipengaruhi sebarang ideologi. Tidak dinafikan terdapat penasihat yang mempunyai kaitan dengan Israel dalam Apco, bagaimanapun ia tidak bermaksud Apco merupakan satu organisasi yang berorientasikan Israel.

9. Justeru, tindakan melabelkan Apco sebagai syarikat berkaitan Israel hanya kerana tiga penasihatnya berkenaan tidak lebih dari bertujuan menghasut rakyat. Dan sebagai orang yang sering menghasut rakyat, Anwar sebenarnya patut dihalau lebih awal dari Parlimen!

6 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Salam bro....setuju anwar patut di halau kerana selalu memberikan fakta yang auta dalam dewan. Keduanya dia sepatutunya sedar diri bahawa beliau tidak layak lagi jadi ketua pembangkang kerana kerusi PKR dlam dewan tinggal 24 berbanding DAP 29. lebih senang ketua Pembangkang yang jelas komunis daripada ketua pembangkang melayu tapi tak mengaku melayu,Islam tapi kaki liwat.Ketiganya Ketua Pembangkang ini bukan bertindak sebagai check and balance dalam dewan tapi sebagai provokator untuk gulingkan kerajaan yang di pilih rakyat, pergi luar negara bukan promosi negara tapi serang negara.

wanbaki said...

laa... anwar sendiri ada list dalam Sivil service lodge no 148... dia bising apa. Adakah dia freemason? Lambang mata kat bendera PKR tu menda? ayoyo...aku tak paham la. Nak kaitman UMNO dengan APCO, yang kita dok sedut dunhill, marlboro, tuang minyak shell, guna computer dell tu... bangsat la weihhh.. semua mat malaysia ni dah bergabung dengan yahudi ka????

Anonymous said...

Saya menyokong penuh sekiranya anwar digantung dari menghadiri sidang parlimen. nak tanya anwar ni gentlemen ke? Parti dia pun x cukup kerusi dalam parlimen tetapi masih nak jadi ketua Pembangkang Malaysia? Ayoyoyo anwar deiiiii Sivaji The Boss. Poodahhhh. Raja penipu. mulut penuh dengan dusta, lidah yang akan menjawab di padang mahsyar nanti, masa tu panggil la mai beruk-beruk Barat bantu u. lebih baik pergi Jahannam Anwar tu. malu satu dunia dapat ketua pembangkang Malaysia kaki penipu kaki peliw...macam-macam kaki lagi dia tu..patutla wan azizah kata dia tu anugerah tuhan...ahehehehe

Anonymous said...

Salam. Ulas sikit mengenai petrol & gula naik ni. Makin rancak nampak naiknye.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

salam.. hujah dangkal.. takda ngaji punya orang..