Tetamu Kehormat...

December 12, 2010

Anwar Tahu PAS Takiyyah : Di Sini Yang Ada Cuma Pintu Neraka!

1. Kepada sesiapa yang masih mengharapkan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam di bumi bertuhah ini - maka mereka boleh terus melupakan perkara itu, bermula hari ini. Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbarunya dengan jelas menolak 100% hajat dan niat suci murni PAS untuk menegakkan daulah Islamiyyah di negara ini, sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Sebelum itu, PAS, melalui pemimpim-pemimpin utamanya, sering menyembunyikan niat dan cita-cita sebenar mereka, andaikata Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU Ke-13 nanti.

2. Sikap takiyyah PAS atau dengan bahasa mudahnya - hipokrit - mula terbongkar, setelah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin At-Tantawi secara terbuka menulis di dalam blognya, dengan bersungguh-sungguh menyeru kepada pucuk pimpinan PAS, agar lebih bersikap berterus-terang dan tidak lagi bersembunyi dalam menyatakan impian sebenar parti tersebut dalam memperjuangkan hukum Hudud dan daulah Islamiyyah di negara ini.

3. Menurut beliau lagi, PAS perlu mengekalkan cita-cita asalnya itu dan tidak perlu lagi bersikap hipokrit dalam merealisasikan agenda tersebut. Dengan kata lain, walaupun PAS secara umumnya bersetuju untuk menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam demi menjaga hati DAP dan PKR, namun demikian, suatu perkara yang masih tidak dapat difahami dengan baik oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang adalah -"pengguguran" tersebut, menurut kefahaman para pemimpin PAS hanyalah bersifat sementara dan bukan kekal selama-lamanya. Negara Islam dan hukum Hudud tetap menjadi keutaman PAS untuk dilaksanakan, sekiranya Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

4. Sikap takiyyah ini - menurut kamus ulama PAS adalah merujuk kepada "strategik politik" yang dihalalkan oleh Islam demi mendapatkan faedah (maslahah) yang lebih besar pada masa akan datang. Kepura-puraan PAS dalam isu ini - tidak ubah seperti penganut Syiah yang sering menyembunyikan hakikat aqidah mereka dikhalayak ramai, khususnya jika mereka netap dalam komuniti ahlul sunnah wal jamaah. Sikap hipokrit ini semakin jelas, tatkala secara tiba-tiba, Nik Aziz sangat bersetuju jika sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, andaikata Pakatan Rakyat berjaya menjatuhkan BN dalam PRU yang akan datang.

5. Namun demikian, dalam keadaan Nik Aziz seolah-olah telah pun bersetuju 100% dengan idea yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim itu, tanpa sebarang syarat - rupa-rupanya, kita telah pun tertipu dengan ayat-ayat retorik Nik Aziz tersebut. Bahkan tiada seorang pun yang sedar dan mengambil serius, dengan kata-kata terakhir Nik Aziz yang berbunyi, “YB Lim Kit Siang atau sesiapa pun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan."

6. Kenyataan Nik Aziz di atas adalah manifestasi yang sangat nyata lagi jelas berkenaan sikap, pemikiran dan jiwa sebenar para pemimpin PAS dalam menjalinkan hubunganya dengan DAP dan PKR. Sifat takiyyah sebenarnya sangat sebati dengan PAS - mereka mendakwa itu adalah strategi, dan bukan hipokrit. Tetapi, bagi orang yang berilmu dan memahami fiqh sirah - sikap sebegitu tidak pernah diajar oleh Rasulullah.

7. Jelaslah, Islam yang menjadi teras ideologi PAS selama ini - adalah Islam Pragmatik dan bukan Islam Fundamentalis. Walaupun Islam sememangnya agama yang pragmatik - tetapi ia bukanlah terlalu pragmatik sehingga menjejaskan asas-asas Islam itu sendiri. Pragmatik ada batasnya, pragmatik bukanlah bermaksud kalimah Allah dan ayat-ayat-Nya, boleh dipermain dan diperalatkan sesuka hati oleh kaum bukan Islam, atas nama demokrasi dan memancing undi.

8. PAS perlu keluar daripada sifat takiyyah yang sudah lama berakar umbi di dalam parti tersebut. Anwar Ibrahim mengetahui tabiat buruk PAS ini. Lantaran itulah, awal-awal lagi beliau mahu isu negara Islam dan hukum Hudud sama sekali tidak akan dibincangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat minggu depan. Soalan saya sangat mudah - sejauh mana PAS sanggup menipu diri sendiri berhubung isu ini? Dan yang lebih penting, sampai bila mereka sanggup berpura-pura terhadap Allah SWT? Tepuk dada tanya iman. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sebagaimana dijangkakan, Pakatan Rakyat (PR) akan mengelak isu-isu sensitif, antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS, sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama ketika konvensyen perikatan tiga parti itu hujung minggu depan. Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata, konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

“Dalam mesyuarat tadi, Hadi hadir, Mustafa Ali juga hadir dan mereka menjelaskan bahawa isu-isu yang akan fokus adalah isu bersama,” katanya. Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden PAS manakala Datuk Mustafa Ali adalah setiausaha agungnya. “Mengapa seharusnya kita membawa isu-isu yang belum ada konsensus bersama. Keputusan kami sebagai Pakatan Rakyat adalah berdasarkan konsensus,” kata Anwar kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini hari ini.

Anwar menjelaskan keputusan itu tidak bermakna PR tidak meletakkan keutamaan terhadap soal Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. “Bagaimanapun (ketika konvensyen), kami sebagai PR akan bergerak bersama dalam soal isu, agenda yang kami telah bersetuju secara bersama,” kata Anwar lagi. Hadi yang turut hadir pada sidang media itu tidak mengulas mengenai kenyataan beliau mengenai isu negara negara Islam sebelum ini.

Sebaliknya ketua parti Islam itu hanya memberitahu bahawa pertemuan kedua minggu depan merupakan “kemajuan” daripada konvensyen tahun lalu. “Kami (mahu) bergerak ke depan hasil resolusi Shah Alam, yang bersandarkan pada Perlembagaan. Umno di sebelah lain telah gagal dalam mempertahankan prinsip-prinsip Islam,” kata Hadi. Hadi juga enggan mengulas laporan mengenai isu bukan Melayu ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika PR menguasai pilihan raya umum ke-13.

“Kami akan ikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan dalam soal ini. Kami belum menang lagi ataupun menerajui kuasa (pemerintahan), jadi kami tidak boleh melakukannya, tidak boleh bercakap mengenainya lagi. Kami akan lakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Hadi. “Jawatan timbalan perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden hari ini, kecuali kami bersetuju bahawa apa jua pelantikan yang akan dibuat adalah berdasarkan pada Perlembagaan,” kata Lim Kit Siang pada sidang media itu.

Anwar juga berkata PR belum lagi memutuskan mengenai logo rasmi mereka. Tambah beliau, ketiga-tiga parti belum memutuskan perkara itu lagi. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa persetujuan gagal dicapai mengenai isu itu sehingga kini. Berhubung soalan mengenai peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13, Lim berkata, PR belum sampai ke tahap itu lagi.

“Kami belum sampai tahap itu lagi, kami belum berbincang soal peruntukan kerusi yang sebenar dan kami akan menguruskannya selepas konvensyen,” kata Lim yang juga Penasihat DAP. Anwar juga berkata, konvensyen PR kali ini akan memfokus agenda PR dalam memahami Perlembagaan dan juga isu-isu ekonomi dan pendidikan.

“Mengenai (PR mempunyai) dasar ekonomi formal, kami masih meneliti draf akhir tetapi apa yang kita boleh lihat ialah adanya satu konsensus dalam sesetengah aspek ekonomi, prinsip federalisme dan isu-isu lain yang akan diumumkan nanti, kemungkinan sebelum konvensyen, kerana kami ada mesyuarat majlis kepimpinan PR Rabu ini di (bangunan Parlimen),” kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

PR yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS, PKR dan DAP. Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu. PR mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama.

3 comments:

Anonymous said...

“Kami akan ikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan dalam soal ini. Kami belum menang lagi ataupun menerajui kuasa (pemerintahan), jadi kami tidak boleh melakukannya, tidak boleh bercakap mengenainya lagi. Kami akan lakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Hadi.

ini dah kira menipu rakyat Hj Hadi..
Jngnlah menggunakan Takkiyah jika matlamat sebenar Takkiyah itu tersasar. Takkiyah utk mengelakkan mudarat besar, tetapi jika rakyat merasa tertipu akan menyebabkan mudarat yg lebih besar. tidak kiralah dari pihak Islam atau Bukan Islam..

UMNO yg dikatakan tak Islam pun mempunyai sikap yg baik iaitu tidak bermuka2 dngn dasar perjuangannya.. direct to the point.. bila dikatakan PR tak ada matlamat puak PAS melatah.. tapi itulah kenyataannya.. tiada apa yg menyakinkan seperti buih2 di lautan.. perumpamaan tu selalu diguna dlm ceramah PAS tp sedarlah ianya merujuk kepada perjuangan PAS itu sendiri.. ATAU PAS SENDIRI SUDAH TIDAK YAKIN DNGN PERJUANGAN MEREKA??

sedarlah PAS, satu demi satu kisah pemimpin PAS yg langgar adab Islam diselongkar.. di mana asasnya PAS mengukuhkan ISLAM? sedangkan pemimpin dalamnya yg ada masalah sebegini dilindungi. adakah ini juga kononnya utk mengelakkan mudharat besar? Bagi saya rakyat biasa, ini adalah kaedah menghalalkan cara PAS utk berkuasa dngn mudah memanipulasi agama dan seterusnya membakulsampahkan perjuangan mereka sendiri..

pas dungu said...

Pas dungu terang terang menipu ahli pas seluruh negara pemimpin pas sudah bercelaru kalau tubuh negara islam muking kerusi untuk pas kurang diberi olih bos mereka Anuar yg merancang semua ini Anuar akan tinggalkan pas apabila dia bersonkokol dengan LKS supaya kaumcina di bahagi dua untuk mengundi dap dan pkr pas terpaksa berjuamg sendiri untuk menarik kaum melayu kembali menyokong pas tapi semua sudah terlambat selama ini pas lupa pas telah banyak memguris hati org melayu seluruh negara sekarang buat apa akan terhalang kerana perbuatan pas sendiri terhadap org merlayu dan islam itu sendiri Anuar akan mengharap kaumcina untuk mengudi parti pkr kaum melayu dan kaum India telah kembali menyokong BN PKR adalah parti yg tiada hala tuju.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2