Skip to main content

Al-Banjari Ikut Jejak Zaid Ibrahim

Selepas tidak tersenarai dalam 100 blog politik paling popular di Malaysia, akhirnya pemilik blog al-Banjari Online, meletakkan jawatan sebagai Presiden Blogger PAS Perak berkuatkuasa hari ini. Sebab-sebab perletakan beliau masih tidak diketahui. Baca di sini. atau di sini :

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN PRESIDEN BLOGGER PAS NEGERI PERAK

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan jawatan sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB

Comments

Anonymous said…
Dia dah tak larat nak defend Nizar
Anonymous said…
dah letey kot nak menegakkan benang yang basah..
Anak Lenggong said…
Begini lah yang terjadi bila berjuang sebagai pejuang tidak ikhlas..sama seperti blogger Sya_Omel jugak dulu mereka ni aktif disebabkan mendapat habuan lumayan daripada Nizar mualaf..tetapi pabila Nizar dah ditendang keluar serta sudah kurang popular..pitis yang masyuk pun dah kureng..so mereka ni akan mencari pohon yang lebih rendang untuk berteduh...

Apa-apa pun tahniah laa kepada mereka ni sebab tak guna berjuang untuk puak yang menjadikan islam sebagai topeng untuk politik sempit pemimpin melayu PAS dan PKR..sedar laa mereka ni cuma berjuang hanya disebabkan rasa dengki serta dendam kesumat terhadap kaum sebangsa yang berjaya sehinggakan mereka sanggup menafikan ketuanan melayu serta sanggup bergabung dengan cina yang secara terang-terangan menolak islam...

DIHARAP MEREKA NI SEDAR ATAS KESALAHAN LALU SERTA KEMBALI LAH KELANDASAN SEBENAR DAN SAMA-SAMA LAH BERJUANG untuk memertabatkan negara dan bangsa
Anak Perak said…
Mungkin dah dapat petunjuk dari Allah. Dia dah sedar perjuangan PAS adalah sia-sia kerana sudah lari jauh dari perjuangan asal.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam apabila dia bersekongkol dengan DAP DAN PKR.
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!
azlishukri said…
tungkaran..itulah harapan kita..

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A