Tetamu Kehormat...

November 22, 2010

Zambry Abdul Kadir : Menteri Besar RM100 Juta!

Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar RM100 Juta


Sudah lama saya bangkitkan soal ini, iaitu mengapa pemimpin-pemimpin UMNO tidak menyerang para pemimpin PKR dengan menggunakan senjata perundangan seperti mana mereka melakukannya terhadap pihak kerajaan dan para pemimpin UMNO selama ini? Kes kemenangan Dr Zambry menyaman Presiden PKR (baca di sini) seharusnya membuka mata banyak pihak bahawa para pemimpin UMNO boleh dan mesti banyak melakukan saman fitnah atau saman malu terhadap pemimpin-pemimpin PKR dan DAP - agar mereka pula yang "mengelupur" seperti mana yang mereka lakukan kepada kerajaan dan para pemimpin BN/UMNO.

Selama ini kita lihat hanya pemimpin parti pembangkang sahaja yang sangat rajin turun naik mahkamah dan keluar masuk pejabat polis untuk membuat laporan kononnya para pemimpin BN terlibat dengan salah guna kuasa dan penyelewengan - namun demikian, kita lupa pemimpin-pemimpin parti pembangkang juga merupakan manusia yang banyak membuat dosa dan noda - mereka juga sebenarnya suka menabur memfitnah dan mengada-ngadakan cerita bagi mengaibkan nama pemimpin UMNO/BN tertentu. Tetapi malangnya, selama ini pemimpin-pemimpin BN seolah-olah "takut" untuk bertindak mengikut saluran perundangan, kerana dikhuatiri tewas dalam perbicaraan.

Kejayaan awal Dr Zambry ini harus menjadi pemangkin, sekali gus menggalakkan para pemimpin BN/UMNO untuk maju setapak lagi ke hadapan dengan bertindak menyaman sebanyak mungkin para pemimpin pembangkang yang jelas dan terang-terangan menyebarkan fitnah kepada diri mereka dan kerajaan. Hal ini sangat penting, kerana sedikit sebanyak, pemimpin-pemimpin pembangkang tidak lagi boleh melakukan apa-apa sahaja yang mereka mahu atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara.

Soalnya sekarang, mengapa tiada ada satu saman fitnah pun yang yang "ditujukan" kepada Anwar Ibrahim sejak beliau dibebaskan daripada penjara? Mengapa masih terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang "takut-takut" menyaman Anwar, walaupun sangat jelas beliau telah memfitnah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO tertentu? Kita mesti memufliskan Pakatan Rakyat dengan cara mengemuka sebanyak mungkin saman malu dan fitnah - agar hayat parti tersebut lebih cepat dikuburkan dari bumi Malaysia ini. Wallahualam.

5 comments:

ddinbunga said...

Salam, pemimpin UMNO tak mahu banyak kan kroje Hakim dan mahkamah dgn masalah mereka bro. biar Mahkamah selesaikan masalah rakyat. pembangkang bukan penting kan rakyat lebihkan guna mahkamah untuk politik mereka.

Anonymous said...

Mereka lebih cepat. Mereka dah beli surat khabar baru.

Muhammad Azli Shukri said...

dinbunga harapan kita agar pemimpin2 UMNO tidak jadi penakut.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Saya setuju dengan Dr Zambri. Dr Zamri buat perkara betul dengan menyaman.

Saya faham sikap orang Melayu. Kadang-kadang pemimpin UMNO mungkin fikir buat apa buang masa saman kerana mereka ( pemimpin UMNO) tidak bersalah. Pemimpin UMNO anggap fitnah pembangkang sebagai tidak perlu dilayan.

Tetapi fitnah berleluasa. Dan rakyat akhirnya akan terpengaruh. Kita semua manusia biasa. Bilas berulang kali dengar fitnah pasal pemimpin UMNO, kita sedikit sebanyak akan terpengaruh.

Saman akan mengajar pembangkang yang gila kuasa agar hati-hati bila buka mulut.

Syabas DR Zambri.

Muhammad Azli Shukri said...

saudara shamsul itulah harapan kita sebenarnya.