Skip to main content

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi : Harapan Yang Kecundang

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi
Berakhirnya Senjata Ampuh
Menghancurkan Anwar

Saya mungkin antara orang yang paling kecewa apabila mengetahui Zaid Ibrahim sudah pun membuat keputusan untuk keluar dari Parti Keadilan semalam (baca di sini). Saya kecewa bukan kerana saya terlalu menyokong beliau, tetapi saya kecewa kerana beliau merupakan senjata paling ampuh untuk menghancurkan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dari dalam. Apabila Zaid keluar dari PKR - beliau sudah tidak mempunyai apa-apa nilai di luar sana.

Sekarang, Zaid Ibrahim sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin PKR yang telah keluar dari parti tersebut dan memekik dari luar, kononnya untuk menyedarkan rakyat bertapa jahatnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Ini semua tidak ada maknanya lagi. Untuk mengubah sesuatu, ia mesti bermula dari dalam dan bukan dari luar. Ia seperti diri kita sendiri, untuk mengubah diri kita menjadi baik, ia perlu bermula dari dalam, yakni hati dan fikiran - ditanamkan dengan keimanan dan ilmu, barulah kita boleh berubah menjadi baik dan mengubah orang lain menjadi baik.

Realiti ini tidak difahami oleh Zaid. PKR tidak akan dapat diubah dengan sistem dan peraturan, ia hanya dapat diubah melalui hati dan gerakan idealisme. Sayang, Zaid mempunyai kekuatan dari aspek idealisme dan rasionalisme, tetapi mudah kecewa dan putus asa. Rupa-rupanya Zaid Ibrahim nampak hebat dari segi luaran, tetapi lemah tenaga dalamnya. Saya terkejut, beliau mudah tersinggung dengan hentaman dan serangan peribadi yang dilancarkan oleh Anwar serta kuncu-kuncunya - Zaid Ibrahim tewas di tengah jalan, walaupun beliau mempunyai senjata yang mampu menumpaskan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam masa yang sangat singkat.

Zaid memilih untuk berundur dan membina kekuatan baru di luar PKR - pada saya ia hanyalah kerja bodoh dan sia-sia, bahkan apa-apa yang diharap dan diidamkan oleh Zaid di luar sana, hanyalah mimpi - beliau tidak mempunyai kekuatan untuk membina reputasi dan parti baru, beliau bukan Anwar Ibrahim mahu pun Tengku Razaliegh, beliau hanyalah bekas ahli UMNO dan PKR. Namun demikian, jika mimpi ini yang beliau pilih, itu adalah haknya, sama ada gagal atau berjaya, beliau tidak akan peduli semua itu.

Dan sesungguhnya, pada hari ini, kita kehilangan seorang perjuang yang mampu menghancurkan barisan pertahanan Anwar Ibrahim - tetapi malang, pejuang ini meninggalkan medan peperangan lebih awal, kerana mungkin takut dilukai. Tanggungjawab kita semakin rumit, mencari seorang lagi pejuang berani mati bagi menghancurkan Anwar Ibrahim dan pahlawan-pahlawannya dari dalam sehingga habis. Kepada Allah jua kita berdoa. Amin.

Comments

azlishukri said…
Zaid tak keluar parti - pembetulan
azlishukri said…
malaysia kini sudah membetulkan kenyataan berhubung Zaid dikatakan telah keluar parti..harap maklum

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A