Tetamu Kehormat...

November 27, 2010

Ucapan Wan Azizah Berunsur Hasutan

Ucapan Wan Azizah
Berunsur Hasutan

Rakyat dan ahli PKR terus diperbodohkan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah , tatkala beliau menyatakan Ketuanan Melayu harus ditinggalkan - kerana itulah fakto utama yang menyebabkan orang Melayu terpedaya dan tidak boleh maju (baca di sini). Saya tidak tahu lagi apa yang perlu saya komen dalam soal ini - jika mahu dikatakan Presiden PKR tersebut begitu bodoh - rasanya tidak sampai hati. Namun demikian, bagi manusia yang dikurniakan oleh Allah dengan akal fikiran yang waras, kita akan dapat melihat kebenaran dengan jelas, apakah benar Ketuanan Melayu telah banyak memperdayakan orang Melayu selama ini?

Mungkin ramai yang tidak tahu, perkataan Ketuanan Melayu tidak pernah diucapkan selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir. Perkataan tersebut hanya muncul secara serius setelah kerajaan BN hilang 2/3 majoriti kuasa parlimen. Walaupun istilah Ketuanan Melayu telah muncul sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, namun demikian ia tidak menjadi perkataan yang disebut ramai dan diberi perhatian, sehinggalah awal tahun 2000. Hal ini bermakna, Ketuanan Melayu tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh diperdebatkan dalam konteks sejarahnya, apatah lagi untuk dipertikaiankan.

Yang sering melaung-laungkan isu Ketuanan Melayu ialah PKR dan Anwar Ibrahim. Isu Ketuanan Melayu sengaja direka dan dipanaskan, demi menarik sokongan dan menanamkan bibit-bibit kebencian kaum Cina dan India terhadap UMNO dan BN - itu sahaja motifnya. Selama 53 tahun BN/UMNO memerintah negara ini - ada kita dengar kaum Cina dan India membenci dan mempertikaikan konsep Ketuanan Melayu?

Kebencian tersebut hanya hadir setelah PKR wujud dan Anwar dibebaskan daripada penjara. Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir mentadbir Malaysia, ada kita dengar orang Cina mengutuk dan mengkritik Ketuanan Melayu? Jawapannya tiada - kenapa? Kerana orang Cina dan India faham, atas faktor Ketuanan Melayulah, pada hari ini, mereka mengecapi kehidupan yang aman, damai dan kaya-raya di bumi Malaysia yang bertuah ini - segala kekayaan dikongsi bersama, dan segala hak dinikmati sama-rata. Itulah Ketuanan Melayu namanya!

Tanpa Ketuanan Melayu - kontrak sosial tidak mungkin wujud! dan apabila kontrak sosial tidak wujud, maka tiadalah kaum Cina dan India mendiami negara ini - Lantaran itu, konsep Ketuanan Melayu telah terbukti, menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang sanggup bertolak ansur - asalkan orang Cina dan India mengakui, sesungguhnya Tanah yang sedang mereka pijak ini, adalah tanah hak milik orang Melayu, yang sanggup berkongsi dengan orang lain demi mengelakkan sengketa dan bencana!

Ketuanan Melayu bukanlah isu - sebaliknya, yang menjadi isu ialah Ketuanan Cina! - Ketuanan Melayu sememangnya telah lama wujud dalam lipatan sejarah, tetapi Ketuanan Cina sama sekali tidak boleh diterima - kerana ia sama sekali tidak ada kaitan dengan Tanah Melayu! Namun demikian, walaupun Ketuanan Cina tidak wujud dalam bentuk ideologi perjuangan, tetapi ia telah wujud dalam dunia yang sebenar, yakni dalam dunia ekonomi, dalam dunia pendidikan dan sekarang meresap masuk dalam dunia politik. Pulau Pinang adalah contoh terbaik dalam menyentuh hal ini. Orang Melayu harus bangkit dan sama sekali tidak boleh mengizinkan Pulau Pinang menjadi seperti Singapura - Lim Guan Eng harus disekat daripada terus berkiblatkan negara republik itu!

Ketuanan Melayu tidak berdosa dan bersalah - yang bersalah adalah manusia jahat yang mentafsirkannya secara songsang demi kepentingan politik sempit mereka. Ucapan Wan Azizah tersebut pada perkiraan saya sangat merbahaya dan bersifat hasutan - tiada tindakan yang lebih adil untuk Wan Azizah selain beliau mesti ditahan di bawah akta ISA! Terbukti beliaulah yang cuba mewujudkan ketengan kaum dengan membangkitkan kembali tafsiran songsang Ketuanan Melayu sehingga orang Cina dan India memandang serong dan prejudis terhadap orang Melayu. Kerajaan mesti bertegas dengan Wan Azizah pada kali ini - mulut celuparnya perlu dihentikan, cukuplah rasanya Malaysia musnah dengan mulut celupar Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah! Wallahualam.

10 comments:

AKU PEDULI APA @ APA said...

Salam sdra Azli.
Memang sblm ini sdra ada linkan dgn blog saya.Tp minggu lepas blog saya dh kena hijack dan saya tk blh access lagi.

Apapun blog baru saya ini masih menggunakan nama asal tp lain URL nya.Mohon dilink semula.

Terima kasih

Anonymous said...

TENGOK WAJAH DIA MELAYU KA?TU SEBAB X ADA KETUANAN MELAYU

hahn said...

Betul la tu.

Anwar India+melayu dia pilih jalan keturunan India dia tapi dia dah kencing pulak si India.

Azizah agaknya China+Melayu dan dia pun pilih China pula.

Hina sangat ke Melayu?

Adakah Melayu yang menghina Melayu tidak boleh di katakan rasis?

Wan Azizah rasis!

Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan said...

Salam tn.

Tahniah. Artikel yg menarik.

Mohon diwar2kan Program Amal Walk4Gaza bersama YABhg Tun. Maklumat lanjut di :

www.walk4gaza.blogspot.com

Tq sahabat!

Anonymous said...

DASAR KELUARGA PUAKA.HAKHHHTUI.......

Melayu Pasir Gudang said...

Cakap tak serupa bikin...... PKR buktikanlah kalau betul tak suka konsep melayu sebagai ketua, buat apa sampai baling-baling kerusi nak pilih timbalan presiden sampai calon pun merajuk tarik diri....bagi sahajalah jawatan tu pada India ke, Cina ke dalam PKR... Kalau tak suka ketuanan Melayu lantik sajalah Chua Jui Meng tu gantikan tempat al juburi (jawatan yang tak wujud dalam perlembagaan parti).Atau wujudkan lebih banyak jawatan presiden, satu untuk wan azizah,satu untuk bangsa India dan satu untuk cina tapi jangan lupa bangsa-bangsa lain dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan Wan Azizah menambah lagi kronik dalam PKR. Ludah ke langit kena muka sendiri,cakap tak serupa bikin.

sudirumusibarat said...

Salam

kena faham betul2 apa yg WA maksudkan.

Jangan sikit-sikit hasut sikit-sikit ISA sbb ajaran Ketuanan Melayu lah ni.Mudah sangat mengeluarkan hukum.Tak boleh sentuh langsung.Suci sangat ke?

"suci dalam debu"

Jangan jadikan Ketuanan Melayu tu macam Beruk dapat Bunga.Leka dan khayal!Kecanduan.


Kalau nak kira hasut pemerintah juga sering menghasut!Barangkali wakil PR boleh senaraikan.

Dengarlah habis-habis jangan masa dengar kalimat"Ketuanan Melayu" terus kita libas sudut negatif.
Bukan begitu caranya wahai orang bijaklaksana!

Jangan jadikan Isa dan Ketuanan Melayu itu sinonim

sekian terima kasih sayang

"takkan Melayu hilang di dunia"

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Saudara Sudirumusibarat,

Di Malaysia da 2 Ketuanan: iaitu Ketuanan Cina dalam ekonomi dan ketuanan Melayu dalam politik.

OranfG cina dengan budaya berniaga ratusan tahun disokong pula oleh sikap saling membantu antara Cina serta kukuhnya persatuan persatuan dan murahnya hati orang Melayu berjaya menguasai ekonomi.

Orang Melayu kerana sebagai bangsa terbesar dan palingramai mendapati mereka adalah "KING mAKER" DALAM POLITIK.

Mereka menguasai politik dengan memenangi pilihanraya.

Dari situlah bermula perkataa "Ketuanan Melayu" . Pada orang Melayu ( kecuali saudara dan Anwar), apalah gunanya Malaysia merdka tetapi tidak pula orang Melayu kuasai politik.

Allah SWT Maha kaya. ditunjukkan satu contoh betapa peritnya hidup Melayu bila tiada kuasa. Gerai Melayu yang dulunya tiada gangguan kini dirobohkan dengan alasan tak munasabah walaupu semua tahu ianya dirobohkan kerana mereka Melayu.

Ugama Islam yang dulunya tiada siapa berani persenda kini terabg terang dilecehkan kerana kelihatan orang Melayu sudah lemah.

Wan azizah kata perkataan Ketuann Melayudicanang oleh ahli politik ( maksud beliau UMNO) untuk takutkan orang Melayu.

Yang sebenarnya Wan azizah sendiri canangkan Ketuanan Melayu untuk but orang Cina bencikan UMNO.

Maklumlah beliau sendiri sedar sokongan Melayu padanya hampir pupus. Jadi tepaksalah kutuk kuasa politik Melayu untuk menarik orang cina.

Wan azizah tak perlu kutuk bangsa sendiri hanya kerana nafsu politik suami Anwar.

To Live Again said...

Anwar ni btl2 sesumpah la..Mmg sah!

Dulu ketika dlm umno beliau hampir mengecap nikmat menjdai PM,dia menonjolkan imej LELAKI MELAYU/ISLAM terkhir..Dgn berimejkan janggut sejemput,misai nipis, berwatakkan sorang ulama dn dlm masa yg sama menjadi umarak..Dia pukau melayu dgn ucapan berapi2 mengenai hak melayu yg harus didaulatkan..Siapa blh lupa ucapan dia di depan org melayu kmpg medan ketiku isu ketegangan kaum kmpg medan..Dia kata" Kalau hindu berterusan mcm ini, bila sy jd PM nnti sy akan pastikan yg loceng hindu x berbunyi lagi di msia ni..Wah bkn main bersemangat hinggakan terkeluarla ungkapan sesetngah pihak anwar akan menjanjiakn HARAPAN BARU pd MELAYU/ISLAM..

Tp kini ketika dia dh hilg undi melayu tiada lagi imej bersongkok membaca khutbah,tiada lagii HARAPAN BARU pd MELAYU/ISLAM..Yg ada kononnya HARAPAN BARU MSIA yg x lebh sekadar meraih undi cina/india secara maksimum..