Tetamu Kehormat...

November 14, 2010

Surat Terbuka Jamil Kepada Anwar : Nasi Sudah Menjadi Bubur

Surat Terbuka Jamil Kepada Anwar
Nasi Sudah Menjadi Bubur


Ini adalah luahan rasa seorang sahabat yang pernah rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim sendiri, beliau menulis berdasarkan pengalaman dan bukannya menulis berdasarkan pandangan dari jauh, dan menulis sebagai Ahli PKR bukannya menulis sebagai penyokong PR. Pada saya inilah yang akan terjadi apabila seseorang menyokong Anwar membuta-tuli, akhirnya menyesal dan salahkan orang lain.

Sepatutnya, si penulis surat terbuka ini menyalahkan diri sendiri, yang selama ini terlalu percaya dan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim, serta menolak segala penjelasan dan penerangan daripada kerajaan. Jangan salahkan orang lain. Sewajarnya si penulis ini sudah tahu lebih awal, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, dan sekarang baru menyesal dan menagih simpati, dah tiada maknanya lagi. Kalau masuk PKR untuk melingkupkan UMNO, itu namanya tidak ikhlas, orang masuk politik tujuannya untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara, bukan masuk politik untuk menghancurkan saudara seIslam. Niat sudah tidak betul, sebab itu akhirnya kecewa dan tulis surat terbuka seperti inii, kata perpatah Melayu, nasi dah jadi bubur, negara kita dah pun hampir punah, gara-gara Anwar Ibrahim, baru sekarang nak sedar diri. Wallahualam. Baca surat Jamil di bawah ini. Sumber dari blog Anak Sungai Derhaka.


Assalamualaikum

1. Kehadapan Dato' Seri saya sentiasa mengharapkan (saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain) Dato' Seri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa Dato' Seri itu antara Dato' Seri dengan Tuhan. Saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga Dato' Seri dalam keadaan aman sentiasa. Waaemah apa pun tuduhan terhadap Dato' Seri tak kira benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu dan menentukanya. Saya, selagi tiada bukti-bukti yang nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan, walaupun bekas boss-boss saya yang besar-besar tu telah keluar parti.

2. Dato' Seri, sejak Dato' Seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , Jamil sentiasa memandang walaupun Jamil tak secara langsung sebab Jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan Jamil pegang pada sumpah Jamil Dato Seri bebas sahaja Jamil akan undur diri dan Jamil pegang pada janji Jamil.

3. Seperti yang Jamil kata tadi, buat apa Jamil dalam politik lagi, perjuangan Jamil ialah membebaskan Dato' Seri supaya Dato' Seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, bukan kerja Jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia .

4. Siapalah Jamil? tapi Jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update, apabila sdr Onn Bakar diberi tanggungjawab untuk menjadi Ketua Cabang Putrajaya, beliau telah menjemput Jamil ,dan di sebabkan yang menjemput itu sdr Onn Bakar yang Jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak Jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group Azmin Ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.



5. Dato' Seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yang berlaku, dalam parti kesayangan kita, parti yang kami ( bukan Dato' Seri ) hidupkan sebab Dato' Seri di dalam penjara. Kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yang putus sdr mara kerana ini, ada yang di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dengan orang lagi, lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri.

6. Jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa, sebab kami yang naikkan. Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan Dato' Seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. Tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti UMNO berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.

7. Dato' Seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci UMNO, barua UMNO, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fitnah. Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar UMNO, di beli UMNO ya yang ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel.. tak mahu dengar.. adakah Dato' Seri dan pimpinan nak buat PKR macam UMNO cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan Barisan Nasional.



8. Dato' Seri saya sendiri banyak kali komen di blog Dato' Seri , yang mana saya puji puja Dato' Seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms Dato' Seri langsung tak jawab. Saya taip di facebook Dato' Seri tak balas. nampak gaya Dato' Seri sama sahaja dengan pemimpin UMNO, contohnya Dato' Seri Hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin Melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak, itu nama pemimpin Melayu ke. pemimpin Melayu kepala bapak die orang.

9. UMNO ke, PAS ke , PKR ke semua Melayu so kalau nak jadi pemimpin Melayu kena ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga Dato' Seri sejak reformasi. Saya bukan bekas pengampu Dato' Seri di waktu Dato' Seri jadi Timbalan Perdana Menteri. bukan, saya kenal Nurul Hana tu dari Dato' Seri di tangkap. Dia selalu keluar main dengan kucing saya bila saya di rumah Dato' Seri, jadi sudah semestinya orang seperti saya Dato' Seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam Saiful , Rahimi , bekas banduan yang kami tak kenal langsung Dato Seri jaga... ini di namakan pemimpin Melayu?

10. Dato Seri cuba fikir sejenak, kenapa semua orang marah kan Azmin Ali. tentu ada sebab . Ingat kejadian di Sungai Petani , ingat konvensyen di Kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita, dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan Azmin.

11. Beberapa tahun Dato' Seri dalam penjara, Azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah Dato' Seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum Dato' Seri nak bebas , orang dah tak minat nak datang rumah Dato' Seri , malah setiap hari Khamis malam Jumaat dah makin kurang orang.

12. Saya tahu kerana beberapa tahun saya yang menjaga makan minum malam Jumaat , bulan Puasa dan Hari Raya. Orang Hari Raya balik kampung tapi kami ikhlas berkerja di kediaman Dato' Seri kerana kami fikir Dato Seri tiada, tapi bila Dato' Seri balik nak menikahkan Nurul Izzah kami yangg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan Azmin,orang yang kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci Azmin jaga pintu. Nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik, punya celakanya mereka, tak mengapa kami terima.


Disebelah perempuan rumah Dato' Seri yang saya paling rapat saya
tidak di benarkan masuk atau mengambil gambar. di tahan di herdik.


Di sebelah lelaki yang saya langsung tak kenal saya di benarkan mengambil
gambar malah di beri tugas menyambut tentamu tetamu vvip dan vip.


13. Bila Dato' Seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yang boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong Azmin, saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan Dato' Seri , dulu waktu Dato' Seri TPM kalau dapat pegang Azmin dapatlah jumpa Dato' Seri ataupun dalam kata lain ada bahagian Azmin dapatlah jumpa Dato' Seri, tapi saya tak percaya, dan saya tak akan ampu Azmin untuk rapat dengan Dato' Seri.

14. Hari Raya pertama Dato' Seri di rumah semuanya di kawal oleh Azmin. Kalau beberapa tahun malam Raya saya datang gantung kad kad Hari Raya, kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? Azmin, apa salah saya dan kawan-kawan, adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong Azmin. Kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam UMNO, beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada Azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan Azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat.

15. Adakah Azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan Dato Seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Azmin kita kena ingat , Azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin UMNO, bekas orang kuat UMNO so segala penipuan cara UMNO ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

16. Dato' Seri kata Dato' Seri tak campur. Kak Wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga Dato' Zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. Sdr Mustafa Kamil Ayub salah seorang pemimpin yang di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan, ini sudah lain. Masakan Dato' Seri tak nampak, atau Dato' Seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat Dato' Seri ingat kalau Dato' Seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi kedua. Reformasi pertama orang keluar secara ikhlas, demi keadilan sejagat. Kali kedua. no way.

17. Mampukan Azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan, sebab nanti akan ada yang kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam UMNO. So nak suruh kita sokong keluarkanlah wang, kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999, ingat tu, tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada Azmin. Come on Dato' Seri. soalan saya satu je Dato' Seri . Dato' Seri nak jaga yang 1 ka atau yang 100.000 .Azmin kata dia tidak akan ikut kata Zaid atau Mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli, tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yang dah di beli????

18. Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara, ambillah tindakan segera kalau perlu buat pengundian sekali lagi demi parti buat . Kalau betul sayangkan parti buat. Jangan hancurkan parti yang kami naikkan, berbagai kesensaraan, kesusahan yang kami tanggung.

19. Kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. Pemimpin tak mengapa sebab da separuh pemimpin sama macam pemimpin UMNO (muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. Kalau rasa Dato' Seri tak boleh buat keputusan arahkan Kak Wan buat. Back up Kak Wan untuk buat keputusan. Kami akan menyokong dan mendokong demi parti. Buatlah segera Dato' Seri , buat Azmin jangan ambil hati , tentu YB ada buat kesilapan cara UMNO yg tidak di senangi oleh ahli PKR yang bukan dari UMNO.

20. Dato' Seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar, tapi ini cara saya .Saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup.Saya tak pandai kona-kona dalam berkata. Saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. Bukan parti atau pemimpin yang menanggung makan minum saya tapi haiwan. So for me is nothing. Saya aktif dalam keadilan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . Itu sahaja bukan untuk jawatan atau kontrek dalam parti atau kerajaan negeri.

21. Saya tak kata Dato' Zaid bagus ,tapi saya kenal Azmin dari era reformasi ok. Saya ikut Setiausaha Agong pertama Anuar Tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun. Tentu banyak yang saya tahu dan dengar. Kami ada mata dan melhat. Kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka, saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar . Saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yang pernah Dato' Seri keluarkan. Satu di persidangan UMNO 1997 , yang satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
terbakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.

Pandangan ikhlas daripada Jamil bin Ismail (jamilkucing) .

13 comments:

blogenstarz said...

KAH KAH KAH......
Sendiri mau ingatlah.
Sudah terantuk baru terngadah.Dulu jilat,sekarang penyapu.
Sudahlah Pak Din,habis air laut dijadikan tinta keluhan,Anwar tak akan memperdulikannya.Hanya Azmin dihatinya.
Pak Din Hanya digunakan sebagai bahan bakar je.Lepas tu jadi Co2.
Kesian Pak Din.

Muhammad Azli Shukri said...

inilah nasib pak din...tak fikir awal2

Anonymous said...

Bro.Azli siapa Pak Din? Jamil tu dipanggil Pak Din ke?

Muhammad Azli Shukri said...

bukan...

Anonymous said...

hahaha..padan muka ko Jamil
UMNO x sejahat yg ko anggap.yg jahat bkn UMNO,tp org yg masuk UMNO nk cari harta
ko dgn PKR tu akan hancur..
lau UMNO tu parti haprak seperti yg mcm ko pk,dah lame UMNO ni hancur..pk2 lah Jamil..Ko dh tua,mesti bleh berpk mana baik mana jahat..

Anonymous said...

BABI, BODOH, BU*** lah pak din

Cakap apa ni?? sikit sikit UMNO sikit UMNO!! Pak Din ingat UMNO tu Najib punya, Mahyudin punya , Hisham punya ? Yang burok UMNO Yang baik walaupun seratus kali lebih burok dari UMNO adalah PKR.

BUT** lu lah pak din. Lu ni sakit jiwa.Apa untung lu punahkan UMNO, takut bila UMNO punah nanti, jangan kata ANUaar, binatang pun tak mau pak din lagi tau.

Kalau marah sangat kat UMNO jangan sampai nak hancurkan parti, hancurkan lah sahaja tokoh yang tak betul. Awat yang hang busok hati dan dengki sangat dengan UMNO. PKR tu lagi BUSOK,hang juga yang cakap,kenapa tak hancurkan je PKR tu. Memang layak orang macam pak din ni dihina sehinanya, dimaki, dicaci..

UMNO yang dah terang terang banyak jasa, apa jasa PKR ? BU*** lu lah pak din.Kalu ikut luahan pak din , PKR ni untuk orang orang sakit jiwa macam pak din, orang yang busok hati macam pak din, orang yang sanggup musnahkan bangsanya sendiri macam pak din.. memang pak din ikhlas berjuang , tak harap apa apa balasan , tapi perjuangan pak din tu sama macam DAP dan KOmunis

BUT** lu lah pak din, masuk hutan jadi binatang atau komunis lagi baik lah... BODOH punya ahli PKR

aku orang UMNO tapi UMNO bukan mak bapak aku punya, aku orang UMNO tapi aku bukan cari makan dalam UMNO, sama macam pak din tak cari makan dalam PKR. UMNO untuk Melayu yang tahu jati dirinya

Anonymous said...

kepala bU*** lah pak din..nampak sangat kau da nak publisiti murahan..idung tak macung pipi tersorong2..jd lah kau melukut ditepigantang...kau sape yg dato seri nk amik tahu...kalau dah pencacai,buat cara pencacai lah,byk lg pencaci nak dilayan..lu nie kira pencacai tahap bawahan..blh blah..nak ape ckap la..nak duit ke?? keluar duit 5hengget unk berjuang nak dpt blik 5ribu henggaet..ingat org tak tau ke..!!! pi lah..melayu hapak mcm nie pun ada lg...

Anonymous said...

....jamil ka pak din ka,lu kena celmin diri lohh....lu sutah tua ma..muka tatak jembu macam itu ass-min sukma saipol rahimi...mana itu defakto mau mehh

Anonymous said...

mampus anuar tak layan surat anda...

Anonymous said...

inilah sikap dan tahap pikiran sebagian besar ahli PKR.MAHA BODO LAGI MAHA BAHLOL.DALAM PERJUANGAN UMNO PARTI LEBIH PENTING, DALAM PKR INDIVIDU YANG NAK TEGAKAN BENANG BASAH LEBIH PENTING.

Ya , memang ramai sangat penyokong PKR yg pikiran dan perangai macam ni,otaak kosong nafsu dan emosi yang tinggi.kesian, kesian, kesian, kaurang belum paham erti jadi MELAYU DAN ISLAM.

UMNO TU BUKAN BETUL SANGAT JUGA TAPI RAMAI PEMIMPIN MEREKA DAH MEMBUKTIKAN DENGAN PEMERINTAHAN MEMBANGUNKAN MELAYU DAN NEGARA.

YANG HAIRAN KENAPA DAH ADA SATU KUMPULAN MELAYU TERBESAR DALAM NEGARA SEKARANG SEDANG MEMERENTAH ADA PULA KUMPULAN MELAYU LAIN YG MINORITI DOK SAKIT HATI, HINGGA SANGGUP KERJASAMA DGN BUKAN MELAYU UTK HANCURKAN KUMPULAN MELAYU YG BESAR YG SEDANG PERINTAH DENGAN HEMAH.

ISH , ISH, ISH,,,..KESIAN BANGSA MELAYU AKU YG BODO BODO, ALAMAT MERANA LAGI LAH SEJARAH BANGSA MELAYU..KESIAN CUCU CICIT KITA NANTI JADI PELARIAN DLM NEGARA SENDIRI,CONTOH SINGAPURA DAN SEKARANG P.PINANG. TOLONGLAH MELAYU ,SEDARRRRLAH...

Aisanda said...

salam bang.
Pinjam artikel ni bang.
TQ.

Muhammad Azli Shukri said...

silakan

Perwira Sarawak said...

Saep yang suruhh..orang tak suruh pun die buat..yang die rajin sangat sampai tak ingat anak bini sendiri buat pe..nasib die la..