Skip to main content

Siapa Ganti, Siapa Pula Yang Diganti?

Siapa Ganti
Siapa Pula Yang Diganti?


Saya benar-benar kesihan melihat pemimpin-pemimpin utama PAS yang semakin kemaruk untuk menguasai Putrajaya. PAS tidak henti-henti membuat provokasi, kononnya parti tersebut mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS berhajat menggantikan UMNO, pertama sekali pastikan parti tersebut tidak ditipu hidup-hidup oleh DAP dan PKR.

Cerita di bawah ini seharusnya disebarkan seluas mungkin, agar membuka mata para penyokong PAS, sesungguhnya mereka telah lama ditipu mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim. PAS tidak perlu berlakon dan berpura-pura kononnya parti tersebut sangat yakin dengan Anwar Ibrahim - pada hakikatnya Hadi Awang pun ragu dengan gaya politik Anwar Ibrahim. Inilah jadinya, apabila dunia lebih dikejar daripada akhirat, akhirnya orang pijak kepala pun PAS masih boleh kata.."Tak apa..bukan sakit pun.." Baca laporan Agenda Daily di bawah :

1. Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi melihat pada jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang. Seorang bekas orang kanan parti itu tampil setelah membaca mengenai isu berkenaan dalam ruangan Sembang Kawan di Agendadaily Jumaat.

2. Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa jumlah ahli yang digembar-gembur oleh parti itu hanya temberang. Dakwanya tujuan PKR tipu jumlah ahli parti itu kononnya ramai semata-mata sebagai taktik rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP. “Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan PAS supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi,” katanya kepada Agendadaily Jumaat malam.

3. Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini. “Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi daripada 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?” soal beliau.

4. Ruangan Sembang Kawan membuat komentar mengenai perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di mana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian. Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.

5. Menurut Nazmi, PKR selama ini hanya menumpang kekuatan PAS dari segi mobilisasi jentera setiap kali berlangsung pilihanraya. “Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini,” kata beliau. Jelasnya lagi, apa yang mengecewakan ahli PAS sehingga kini adalah selepas menang besar PKR berlagak macam bos dalam Pakatan Rakyat. “PAS hanya dapat ‘seredak’ sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini,” ujarnya.

6. Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu. “Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara. ”Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam ‘Demo Bersih’ beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12” kata beliau.

7. Dalam pilihanraya umum ke 12 BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya. PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN.-12/11/2010

Comments

Anonymous said…
PAS gila meroyan.
Mai la pakat dengan UMNO supaya dapat dok Putrajaya.
Kalau join dengan PKR dan DAP, jangan harap la nak tawan Putrajaya.

Bincang elok-elok dgn UMNO, bersatu hati, berpadu tenaga, bergabung atas semangat Islam. PM untuk UMNO, TPM untuk PAS, 60% menteri UMNO 40% menteri PAS. kan elok lagu tu..

Tapi adakah UMNO seronok dengan pembahagian kuasa sedemikian?
Anonymous said…
PAS diperguna oleh dap dan pkr, ahli pas lah yang bersungguh-sunguh berkempen, berdemo untuk pr.
Anonymous said…
Kenyataan Hj hadi itu penuh dengan takbur, riak dan bodoh. Biarlah PAS terus dengan PKR sebab mereka akan tidak akan ke mana-mana. Peliknya tuduh UMNO tak solat, tapi DAP tu macam mana, Kita Siang solat ke? Bodoh tapi nak jadi pemimpin.
Anonymous said…
sebenarnya kalau pkr dapat 1000 undi dalam pru12 lalu, yang pangkah ialah 800 ahli pas, 180 ahli dap, 17 atas pagar an 3 orang sahaja ahli pkr
Anonymous said…
yg sembahyang kat masjid tu ada tanda bulan dekat dahi dia gamoknya...
Anonymous said…
Benda ni dah lama aku kaji dan lihat lihat di dada akhbar kalau dari kaca mata memang kita lihat angka ahli tu ramai bunyi nya ratusan ribu ahli pkr seluruh negara tapi sebalik nya tiada sampai kita lihat apabila ada PRK atau pun berdemo kita bolih lihat lambang apa yg paling banyak di bawa lambang pkr bolih dikira Anuar gunakan ahli pas untuk meramaikan ahli nya saja sedangkan rakyat sudah benci dengan pkr kerana mereka menjadi ahli bukan untuk disuruh membela Anuar sepatut Anuar yg membela rakyat ni tebalik pula.
Penilai Sebuyau said…
harap saudara sudi linkkan blog saya ini.tq
Pak Lang Kiwi said…
sy sgt kecewa dgn sikap pimpinan PAS yg dicucuk hidung oleh PKR & DAP.. kn bagus klu ada yg mencontohi keberanian zulkifli nordin

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A