Tetamu Kehormat...

November 12, 2010

Shamsul Hilang Kematangan

Shamsul Tak Fikir Panjang

Pada saya, Shamsul Inskandar tidak layak berdebat dengan Zaid Ibrahim (baca di sini). Cara terbaik menyelesaikan kemelut yang sedang melanda dalam PKR sekarang hanyalah denga mengakui penyelewengan yang sedang berlaku dalam parti tersebut. Tiada gunanya Anwar, Azmin dan Shamsul menutup bangkai biawak yang semakin berbau dan meloyar - rakyat bukan bodoh dan boleh ditipu. Penyelewengan yang sedang berlaku di dalam PKR sememangnya terang seperti mana terangnya bulan purnama.

Masalah sekarang hanya satu, siapa gerangan yang sanggup bertanggungjawab atas segala kepincangan yang sedang melanda PKR ini? Mencabar Zaid untuk berdebat adalah kerja orang bodoh - debat tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, ia hanyalah untuk melarikan perhatian rakyat terhadap kejelekan yang sedang melanda batang tubuh parti tersebut. Mencabar Zaid untuk berdebat, secara tidak langsung menunjukkan ketidakmatangan Shamsul sebagai calon Ketua AMK. Pada hari ini, berdebat tidak akan membawa apa-apa makna, ia hanyalah platform untuk popular dan bukan untuk mencari kebenaran. Sama ada kita suka atau pun tidak, penyelewengan benar-benar berlaku di dalam PKR. Individu yang bertanggungjawab dalam masalah ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar, Azmin dan Saifuddin Nasution. Wallahualam.

3 comments:

mat merton said...

Sdr itulah perangai melayu.Bila habis segala usaha dan buntu.Jalan nak tutop kelemahan ialah Berdebat.Tak lain tak bukan TEGAK BENANG BASAH.Elok sangatlah tuboh parti baru untok mereka yang kecewa dalam PKR.

Anonymous said...

Mengaku?MAsalahny ada ke penyelewengan?MELAYU BODOH..

Anonymous said...

Dia tidak pernah hilang kematangannya - Sejak bila di pernah matang