Tetamu Kehormat...

November 11, 2010

Saya Tetap Sokong Zulkifli Noordin

Saya Tetap Sokong
Zulkifli Noordin

Walauapa pun alasan yang diberikan, saya tetap bersetuju dengan Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin berhubung pandangannya terhadap Anwar. Anwar Ibrahim bukan lagi penyelamat kepada umat, tetapi perosak dan liabiliti kepada negara dan partinya sendiri. Beliau terlalu bebas dan tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun. Gaya politik Anwar Ibrahim yang berpaksikan kepada matlamat menghalalkan cara sudah mula tidak dapat diterima oleh rakyat jelata dan sebahagian besar ahli PKR.

Sudah tiba masanya Anwar berundur dan bersara daripada dunia politik. Rakyat mahu hidup aman, dan kehadiran beliau sudah tidak lagi relevan dan diperlukan. Kerajaan UMNO/BN sudah banyak berubah dan mengharmonikan negara ini. Tiada lagi penindasan dan tiada lagi kezaliman - hanya yang tinggal kemaruk parti pembangkang untuk menguasai kerajaan. Keikhlasan Pakatan Rakyat yang dahulunya mahu membela rakyat, kini sudah bertukar wajah untuk mengaut kekayaan dan mengejar pangkat serta kedudukan.

Kesimpulannya mudah, Pakatan Rakyat sudah tidak lagi relevan. Gaya politik ganas dan mencari-cari kesalahan kerajaan sudah ketinggalan zaman. Rakyat sudah muak dan menyampah dengan Pakatan Rakyat yang kerja mereka, 24 jam tidak henti-henti memburuk dan menghentam kerajaan. Rakyat sudah berani mengatakan "tidak" kepada Anwar. Syabas Zaid dan syabas Zulkifli Noordin. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu akur dengan desakan supaya beliau segera berundur daripada dunia politik tanah air kerana Ketua Pembangkang itu bukan lagi seorang pemimpin yang relevan sebaliknya lebih merupakan liabiliti kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, permainan politik Penasihat PKR itu didapati semakin hari semakin berbahaya khususnya kepada kestabilan negara. Beliau pada masa sama turut meminta Anwar segera bertaubat mengambil kira usianya yang disifatkan sebagai 'zon maut' itu. ''Seperti kata Datuk Zaid Ibrahim, Anwar perlu akui yang beliau kini merupakan liabiliti kepada negara, rakyat dan umat Islam. Beliau harus mengundurkan diri dengan segera.

''Saya nasihatkan supaya beliau bertaubat. Kalau sempat pergilah Mekah buat haji, buat tawaf banyak-banyak, minta keampunan Allah di tanah suci," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Zaid bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.

Berhubung dakwaan Anwar bahawa terdapat agenda untuk menjatuhkannya, Zulkifli berkata, Ketua Pembangkang itu merupakan seorang yang menghidap 'sindrom penafian' ''Tindakan Ketua Pembangkang menuding jari terhadap pihak-pihak tertentu termasuk Utusan Malaysia bahawa ada agenda untuk menjatuhkannya hanya merupakan bukti yang beliau mengamalkan budaya penafian. ''Anwar enggan menerima hakikat yang beliau tidak diperlukan lagi," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, perjuangan Anwar pada masa ini hanya mahu memastikan survival politiknya tidak terjejas dan bukannya untuk memperjuangkan isu-isu rakyat. Beliau turut menegur portal propembangkang, Malaysiakini apabila bertindak memutar belit kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

''Saya menghubungi Dr. Asri dan beliau konsisten meminta Anwar berundur. Beliau tidak pernah meminta maaf tentang isu itu. Beliau memohon maaf sekiranya Anwar berkecil hati dan bukannya terhadap gesaan supaya Anwar berundur," katanya. Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, perjuangan PKR kini hanya untuk memenuhi nafsu seorang pemimpin.

''Akibatnya PKR menjadi parti pembangkang yang lemah. Sejak Anwar menerajui PKR, parti itu menjadi semakin kelam-kabut. Lebih baik beliau menyerahkan kepimpinan parti kepada orang lain supaya PKR kembali menjadi parti pembangkang yang lebih sihat dan matang," katanya.

7 comments:

berita lembah pantai said...

Minta tolong sebarkan artikel ini tuan, buat renungan umat agar hentikan kegilaan berpolitik,

51 orang sahabat Anwar tendang pungkoq Anwar!

Anonymous said...

kalau aku pi rumah hang...lepas tu aku halau hang keluar dari rumah hang tu apa hang nak kata...tentulah hang marah...mcm juga DSAI PRK ditubuh dgn airmata tiba-tiba hang nak suruh dia keluar pkr...adai akai ka..

Anonymous said...

airmata palsu

Muhammad Azli Shukri said...

itu rumah..ini parti politik..kalau nak jadikan parti politik mcm rumah sendiri awal2 kasi la tahu..tukar aje namanya jadi Parti Anwar Ibrahim (PAI) kan mudah..awal2 zaid tak akan bertanding..ada akai ka?

Anonymous said...

cuba perhatikan logo parti kedilan. Pada pandangan saya, ia berbentuk mata. Satu mata selalu di kaitkan dgn freemason/illuminati. Adakah ini mengiyakan cakap cakap yg anwar adalah penyokong freemason? Apa komen saudara?

Muhammad Azli Shukri said...

saya setuju logo parti keadilan ada unsur freemanson

a ali /46sekupang said...

sepatutnya bangsa Melayu mesti sedar 30-35 tahun dulu tentang anuar ini.tetapi malangnya selepas yb Zul keluar pkr baru semua sedar.nasi sudah menjadi bubur.bersukurlah semua.