Tetamu Kehormat...

November 16, 2010

Saifuddin Nasution, Jarang Tengok Cermin

Saifuddin Nasution
Jarang Tengok Cermin


1. Saya tidak faham mengapa semakin ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang seakan-akan sudah gila isem (gila bayang) sejak akhir-akhir ini (baca di sini). Tuduhan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kononnya UMNO semakin terdesak, sehingga sanggup mengajak PAS agar bersama BN - adalah bukti kononnya UMNO/BN semakin hilang sokongan rakyat. Saya fikir Saifuddin semakin gila bayang dan tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap hari semakin ramai yang hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

2. UMNO mengajak PAS menyertai BN bukan kerana UMNO tiada sokongan, tetapi UMNO mahu menyelamatkan PAS agar tidak karam bersama-sama dengan kapal PKR yang semakin bocor. Adalah menjadi tanggungjawab UMNO untuk menyelamatkan PAS yang jahil dan tidak memahami dunia politik sebenar di negara ini. Walaupun UMNO sering menjadi kutukan dan cacian PAS, tetapi UMNO tetap berhati mulia, mengajak PAS agar segera tinggalkan kapal yang semakin karam, sekirannya masih bercita-cita mahu ke Putrajaya.

3. Hakikatnya, yang semakin hilang sokongan rakyat bukanlah UMNO/BN, tetapi Anwar Ibrahim dan PKR. Semua orang tahu. Penyelewengan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR membuka mata banyak pihak, sesungguhnya PKR ialah sebuah parti yang indah khabar daripada rupa. Segala yang busuk dan membusukkan terus keluar daripada batang tubuh PKR dan dihidu oleh rakyat jelata. Menuduh kononnya UMNO/BN semakin hilang sokongan rakyat - ia merupakan hal yang jelas kebohongannya. Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi adalah bukti nyata, sesungguhnya BN sudah kembali ke garisan yang betul.

4. Saifuddin seakan-akan bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku ini - sehingga sanggup menuduh, kononnya UMNO semakin dibenci oleh masyarakat. Nampaknya Saifuddin tidak pernah mencermin diri sendiri, sebelum membuat sebarang kenyataan. Di sisi lain pula, PAS semakin kalut, mengadakan seminar "PAS Ganti UMNO" tidak ubah seperti orang yang sedang menanggung rindu terhadap isterinya yang sudah lama tidak ketemu. Kempen dan slogan tersebut membuktikan bahawa PAS sebenarnya sangat memerlukan sokongan ahli-ahli UMNO bagi mengukuhkan parti tersebut. Realitinya, PAS tidak mampu menggantikan UMNO, yang boleh dilakukan oleh parti tersebut hanyalah bekerjasama dengan UMNO - itu sahaja.

5. Soalnya sekarang, siapa yang sebenarnya kehilangan sokongan rakyat? UMNO atau Pakatan Rakyat? - jawapan yang paling munasabah dalam isu ini ialah, yang untung tetap DAP. DAPlah yang paling banyak mendapat manfaat atas perpecahan orang Melayu - mereka berjaya menguasai Pulau Pinang pun atas sokongan dan undi ahli-ahli PAS juga. PASlah yang sebenarnya dipergunakan oleh DAP dan PKR. Tetapi malang, apabila mencari calon Perdana Menteri untuk Pakataran Rakyat, PAS terus disisihkan sama sekali. Awalnya PAS merupakan sebuah parti yang kuat, tetapi menjadi semakin lemah apabila bersekongkol dengan PKR dan DAP. PAS secara tidak langsung, terpaksa menanggung segala masalah dan imej jjelek yang mencemari wajah PKR. Yang rugi siapa - pastinya PAS

6. Ketika ini, parti yang terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat ialah PAS dan PKR - Saifuddin tidak perlu mengupas isu ini, sekiranya beliau benar-benar yakin PAS dan PKR masih mempunyai sokongan yang banyak daripada rakyat jelata. Namun demikian, Saifuddin tahu, PKR semakin lemah dan hanya bergantung harap kepada Anwar Ibrahim semata-mata. Tiada Anwar, maka tiadalah lagi PKR. Wallahualam.

15 comments:

hangkedee said...

Muka sendiri pong macam muka Bulan gerhana

Cg Pian said...

hangkedee. alhamdulillah, muka macam bulan purnama ni bukan semua orang dapat. Tuhan saja yang tahu, semua orang kalau boleh nak muka mcm bulan purnama.

Anonymous said...

Saifuddin Nasution dah sah mengigur agaknya. Dia dapat berita ini dari siapa? KAH! KAH! KAH!

Anonymous said...

Buat kenyataan syok sendiri.

Anonymous said...

Saifuddin Nasution ingat PK menang di GALAS dan BATU SAPI.

Suruh Anwar bersumpah dulu. Kedua cepatkan perbicaraan liwatnya. Jangan tangguh lagi. Rakyat tak dapat terima PM mereka mempunyai moral yang amat rendah. MALU BESAR OII!

Anonymous said...

Bukan Jarang Tengok Cermin. KURANG MEMBACA DAN TAK DENGAR BERITA. JADI KETINGGALAN ZAMAN LE.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Dari sudut pandangan mana pun, tiada orang Melayu/Islam yang untung dengan PAS menyertai PR.

Semuanya menanggung kerugian. PAS sudah tak boleh bercakap pasal Islam atau berjuang pasal Islam. Ini kerana dalam PR, yang jadi "boss" ialah DAP. Dan DAP yang semua maklum( kecuali pada yang buta hati) amat bencikan Melayu atau apa apa berkaitan Islam.

Saya pun pelik dengan species Melayu yang masih tak sedar. Apa sebenarnya masalah mereka sehungga berbuih mulut ditunjukkan bukti betapa zalimnya DAP tetapi masih sanguup jadi pecacai DAP.

Baru baru ini seorang rakan saya dari PAS berkata PAS sertai PR demi menyebrkan ISlam pada DAP.

Tapi yang saya nampak, PAS yang terpaksa gugurkan apa apa perkataan "Islam" demi DAP. Siapa ikut siapa sebenarnya.

DAP SEBENARNYA MENYEBARKAN DAKYAH MEMBENCI MELAYU PADA PAS.

Jiwa Paradox said...

terima kasih sudi pautkan blog saya. Salam perjuangan.

Anonymous said...

muka you sendiri?macam babi!Haprak UMNO!!

goodlistener said...

moga pas dpt melihat kebenarab, siapa parti yg memperjuangkan islam di malaysia

warisantmk said...

Selamat Hariraya Aidil-Adha kepada semua pengunjung blog azli shukri.

Apa yang sedang melanda PKR telah diduga sejak awal penubuhannya. Faktor berbagai kaum dalam PKR di antara punca PKR sedang pecah berkecai.

PAS pula sudah menjadi JASAD TIDAK BERNYAWA apabila MEMBEKUKAN Perjuangan Islam, demi DAP. Apabila roh perjuangan sudah hilang, jentera parti akan mula berkarat.

Kedua-dua parti PKR dan PAS jelas gagal menyediakan HALATUJU dan ASPIRASI perjuangan untuk umat Melayu/Islam, terutama kepada golongan muda yang dahagakan IDEALISMA PERJUANGAN.

Pemimpin UMNO tidak perlu membuang masa untuk mengajak PEMIMPIN PAS bekerjasama. Nasib pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjadi punca perpecahan umat Melayu/Islam, kita serahkan sahaja kepada Allah swt untuk MENGHUKUM mereka.

Sasaran UMNO perlu ditujukan kepada AHLI-AHLI MELAYU PKR DAN PAS, yang telah mula hilang arah. Peranan UMNO/BN bloggers amat penting di dalam menyeru umat Melayu/Islam agar BERSATU.

Kepada azli shukri, tahniah di atas blog sdra yang begitu menarik dan bermutu tinggi.

bRAVEhEART said...

Salam bro,
Selamat Hari Raya. Semoga persahabatan kita akan tetap berkekalan ~ BH

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

muka pon penuh dengan "kawah" mana nak tengok..biaq dia stim tengok pungkoq anwar dengan azmin lagi best

Anonymous said...

http://suarabaling.blogspot.com/2010/05/hebatpkr-parti-sempurna.html