Skip to main content

Provokasi Penyokong DAP : Punca Tragedi 13 Mei

Provokasi Penyokong DAP
Punca Tragedi 13 Mei

Saya merasakan tulisan Dr Firdaus Abdullah di bawah ini sangat bernas dan menepati keadaan semasa di negara ini. Rencana ini dengan jelas membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang terlalu banyak menimbulkan masalah perkauman di negara ini. Elok jika kita hayati tulisan mantan Ketua Pengarah DBP ini.

1. SEKIRANYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak tahu, maka dia perlu diberitahu bahawa selain Peristiwa 13 Mei 1969, semenjak selepas Perang Dunia Kedua, di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berlaku beberapa peristiwa pergaduhan kaum atau dalam bahasa Inggeris sering disebut racial riots.

2. Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara.

3. Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau mengingat kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei itu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim beberapa minggu yang lalu. Malah peristiwa-peristiwa lain yang sejenis dengan 13 Mei itu pun tidak semestinya dilupakan.

4. Guan Eng jangan sampai lupa bahawa di Pulau Pinang sendiri, pada bulan November 1967 pergaduhan kaum telah meragut nyawa tak kurang daripada 23 orang. Tiga tahun sebelum itu pada tahun 1964, di Singapura (semasa negara pulau itu masih merupakan sebahagian daripada Malaysia), telah berlaku dua pergaduhan kaum masing-masing telah meragut nyawa 22 orang dalam satu peristiwa dan lapan orang lagi dalam satu peristiwa yang lain.

5. Dan lebih dahsyat daripada apa yang berlaku semasa "Tentera Bintang Tiga" bermaharajalela, pergaduhan kaum merebak di banyak tempat dan melibatkan bilangan (dan mangsa keganasan) yang jauh lebih ramai daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Perbuatan "buas" dan "ganas" yang sangat sadistic sifatnya semasa "Tentera Bintang Tiga" berkuasa itu, sampai sekarang masih menjadi ingatan dendam dan kenangan pahit dan pedih oleh sebahagian anak atau cucu mereka yang menjadi mangsa.

6. Saya sendiri semasa remaja kira-kira 40 tahun yang lalu sering mendengar cerita kebangkitan pendekar-pendekar Melayu menentang kekejaman Tentera Bintang Tiga itu terutama di Batu Pahat, Johor (terkenal dengan Kiyai Salleh sebagai tokoh utamanya). Begitu juga berlaku penentangan di Sungai Manik, Perak.

7. Kemudian sepanjang minggu lalu daripada perbualan dengan beberapa orang tokoh, saya dimaklumkan beberapa nama tempat lain seperti Bekor (dekat Kuala Kangsar, Perak), Batu Kikir (Negeri Sembilan) dan banyak tempat lain yang ada kaitannya dengan pergaduhan kaum di zaman "Bintang Tiga" itu.

8. Jadi jelaslah bahawa pergaduhan kaum di zaman Bintang Tiga itu berlaku di banyak tempat dan dengan demikian tentu banyak individu yang terlibat. Kerana itulah agaknya maka ada yang menyifatkannya sebagai lebih dahsyat daripada "Peristiwa 13 Mei"

9. Malah seorang ahli sejarah yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang, iaitu Dr. Cheah Boon Kheng sampai mengambil kesimpulan: "Bila dibandingkan bilangan nyawa yang terkorban dan keluasan kawasan yang terlibat sepanjang masa peralihan (interregnum) antara penyerahan Jepun dengan kedatangan kembali tentera British tersebut, pergaduhan kaum Mei 1969 itu boleh dianggap sebagai satu peristiwa yang pudar signifikannya. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Dr. Cheah yang berjudul Read Star Over Malaya.

10. Perbandingan yang dibuat oleh ahli sejarah tersebut menyebabkan kita mengulang kembali satu soalan yang berulang-ulang kali ditanyakan sepanjang dua minggu yang lalu: "Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?"

11. Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan "13 Mei" untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

12. Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang "mabuk kemenangan", menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

13. Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

14. Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca
Bagaimanakah Sikap Seorang Jutawan? (Artikel ini sudah disiarkan di dalam majalah Dewan Ekonomi edisi Julai 2008) Oleh Muhammad Azli Shukri Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan (memiliki harta bernilai lebih AS$1 juta) di seluruh dunia pada tahun 2006. Pada tahun tersebut Singapura, India dan Indonesia mencatat pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula dianggarkan terdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman. Menjadi jutawan adalah idaman hampir semua orang, namun demikian, pada tahun 2006 dianggarkan cuma enam peratus daripada penduduk dunia yang berupaya mencapai status tersebut. Soalnya, Di manakah perginya baki 94 peratus yang lain itu?. Ramai yang beranggapan bahawa negara, bangsa, kepandaian dan peluang adalah faktor utama, namun kepercay

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar