Skip to main content

Pakatan Rakyat 2010 : Selamat Datang Hari Celaka!

Pakatan Rakyat 2010
Selamat Datang Hari Celaka!


Pilihan Raya Umum ke-13 semakin menghampiri kita. Transformasi yang berlaku ke atas Barisan Nasional baru-baru ini - menjelaskan lagi, sesungguhnya PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun hadapan. Namun demikian itu semua hanyalah andaian - belum lagi menjadi kenyataan.

Semalam saya menerima sms daripada Ketua UMNO Cawangan saya, yang memaklumkan mesyuarat pelarasan gerak kerja Pilihan Raya ke-13 dan peti undi akan diadakan esok. Untuk beberapa minggu yang akan datang ini - Semuan Cawangan UMNO di seluruh negara akan mula sibuk dan meriah. Mesyuarat Pelarasan Pilihan Raya Umum ke-13 bakal mewarnai mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Kerja sudah pun bermula, dan bajet akan dibentangkan.

Pada kebiasaannya, apabila mesyuarat khas berkenaan PRU telah mula dipanggil di peringkat cawangan- itu bermaksud, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi PRU ke-13 bakal diadakan. Antara gerak kerja awal yang perlu dilakukan oleh Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara, adalah seperti mengenalpasti pengundi di kawasan masing-masing, sama ada berstatus putih, kelabu atau hitam, menggerakkan Wanita UMNO dalam mengenalpasti kecenderungan pengundi-pengundi di kawasan masing-masing.

Merancang program yang mampu mendampingi masyarakat, menggerakkan Kumpulan 30 bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status pengundi sama ada masih tinggal di kawasan tersebut atau pun sudah berpindah, atau mungkin juga sudah meninggal dunia.

Seterusnya, menganggarkan jumlah penyokong Pakatan Rakyat dengan penyokong Barisan Nasional - yang mana lebih ramai, sekali gus melakukan jangkaan awal, sama ada BN bakal menang, atau pun tersungkur di tangan Pakatan Rakyat. Analisis cawangan ini akan diajukan kepada UMNO Bahagian untuk dibuat rumusan dan tindakan susulan bagi memastikan calon BN menang dalam pilihan raya. Banyak lagi aspek yang bakal diambil kira dalam Mesyuarat Pelarasan tersebut yang saya fikir tidak perlu didedahkan semuanya di sini. Cukuplah jika saya membuat kesimpulan bahawa jentera pilihan raya UMNO lebih tersusun dan berstrategi daripada Pakatan Rakyat yang terpaksa banyak bergantung harap kepada isu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim semata-mata.

Dalam PRU-13 yang bakal diadakan kelak - saya percaya Pakatan Rakyat akan tewas, dan mereka tewas disebabkan pengurusan yang lemah dan strategi yang silap. Saya tidak mendakwa bahawa UMNO/BN begitu kuat - tetapi, kita harus akui UMNO/BN mempunyai pengurusan parti yang tersusun dan bertenaga sejak dari dahulu lagi. InsyaAllah UMNO/BN akan menang besar dalam PRU ke-13 kelak, demi menyelamatkan Malaysia daripada kezaliman Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Wallahualam. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Anonymous said…
Harap-harap pengundi telah celek mata; terutama sekali yang di atas pagar. Bagi yang tegar tu tak usah kiralah - tak banyak mana dah kot !!!
PEJUANG BANGSA said…
Semoga PRU akan datang ini semua orang tidak akan lagi tertipu dengan pembohongan Anwar.Dan pengundi muda harap buka mata luas-luas,dengan hanya satu klik anda carilah maklumat yang benar dan buatlah pilihan yang dapat menjamin survival bangsa kita.Jangan kerana terlalu taksub kepada seseorang,anak cucu kita akan menanggung akibatnya.
azlishukri said…
itulah harapan kita pejuang bangsa...
To Live Again said…
Btl ke ni saudara azli..Terus terang saya ckp sy btl2 bmbang kalau PRU13 diadakan segera..Ye mmg nmpk momentum BN skrg agak kuat tp sy x nmpk umno di kedah,PP dn kelate brsddia nk hadapi PRU..Diaorg msh tdo lena seedara..

Septtnya kita buat dulu perubahan di bahagian2 umno..Tnjk pd rakyat yg kita sirius..Buat pemilihan umno dulu supaya proses PEMBERSIHAN blh berlaku..Bkn buat PRU..Mgkn nk rampas Selangor dn kekalkan Perak hampir menjdi kenyataan..Tp nk rampas Kedah dn kelantan nmpk jauh benar panggang dr api..Sy berani berckp kerana saya adalah org kedah yg dh mask sgt kerenaj det kahlid,mat bashah,johari baharom yg mmg x pernah BERUBAH!

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A