Tetamu Kehormat...

November 30, 2010

Namewee Bebas! Nazri Bakal Dihukum

Namewee Bebas!
Nazri Aziz Bakal Dihukum

Saya sudah malas untuk bercakap banyak dalam isu kebiadapan Namewee ini - sekali pun kita kritik, Nazri Aziz tetap akan buat pekak badak sahaja. Beliau bukan mahu mendengar kehendak dan hasrat rakyat, semua ikut kepala dia sahaja. Lagi pun, Nazri Aziz bukan peduli sangat dengan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang. Kalau dengan Tun Mahathir pun beliau sanggup bersikap kurang ajar, jadi apalah sangat dengan suara blogger seperti kita ini. Bukan dia mahu dengar sangat pun.

Oleh yang demikian, maka pada hari ini saya berjanji kepada diri saya sendiri, akan menggunakan 100% kuasa undi yang saya ada. Sebagai pengundi di kawasan Parlimen Padang Rengas, saya beriltizam, Datuk Seri Nazri Aziz sama sekali tidak akan memperoleh undi daripada saya. Walaupun saya ahli UMNO, tetapi bagi mana-mana pemimpin UMNO yang langsung tidak menunjukkan semangat untuk mempertahankan negara daripada dicaci dan dihina oleh warganegaranya sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Namewee ini - maka pemimpin tersebut tiada tempat dalam jiwa dan hati saya. Maaf, Datuk Seri, saya tidak akan mengundi Datuk Seri lagi.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan. "Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.

"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.

Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. "Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.

"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.

Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara. Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.

"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.

"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja. "Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.

16 comments:

mountdweller said...

Salam Sdr.

Memang saya pun bengang dengan Nazri ni. Tambahan pula saya bukan di dalam bidang undang-undang.

Izinkan saya panjangkan N3 ini ke blog saya.

anakmuda said...

Saudara Azli, saya juga akan berpendirian seperti saudara. kita tidak memerlukan pemimpin yang hanya berani dihadapan kaum sendiri tetapi seperti dipegang telur ketika berhadapan dengan bangsa lain. kita tidak sampai ke tahap mahu manghalau bangsa lain kerana kita masih berpegang kepada pemikiran rasional. tetapi apabila pemimpin memberi jawapan dangkal seperti nazri aziz, dimana lagi tempat kita mahu berlindung?saya mencadangkan agar sesuatu boleh dilakukan bagi mengajar pemimpin yang lupa daratan seperti nazri aziz dlakukan. saya mengharapkan suara blogger mampu bertindak memulakannya, InsyaAllah akan dibantu oleh rakyat. Saya nerayu pada Azli Shukri, GAP, Parpukari, Panglima Perang Cyber, RBF, Perak Bangkit dan lain2. percayalah seperti kaata awang selamat, blogger kini mendapat perhatian.kita gerakkan..

dzimba MMIM said...

setuju bro... jgn kasi undi pada si nazri ni..

Anonymous said...

Nazri kecut teloq... Babi..babi...babi... Tunggu lagu ala2 Namewee dari versi aku pulak...

Anonymous said...

Nampaknya orang melayu(Umno) Parlimen Padang Renggas terpaksa serahkan kerusi(sokong pembangkang) Perlimen Padang Renggas kepada pembangkang untuk satu penggal itu saja lah caranya untuk jatuhkan nazri

Anonymous said...

anon 2:31
kalau itu yang terbaik, mungkin blehdilaksanakan, tetapi pilihan lain adalah menggantikan calon padang rengas..umno perlu berjuang, tapi strateginya biarlah mereka yang tentukan kerana akhirnya rakyat yang akan mengundi. semoga nazri aziz mempunyai otak untuk berfikir sebagai seorang melayu dan muslim.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Dalam ramai-ramai menteri kabinet saya paling tak menyukai Nazri Aziz kerana beliau terlalu sombong, biadab dan kepala angin. Sejak si nazri ni kurang ajar terhadap Tun Dr. Mahathir, saya sentiasa berharap agar Nazri Aziz ditendang dari kabinet atau Umno.

Anonymous said...

Sebenarnya lepas dia tu elok juga..

Biar dia terus buat terhegeh2 dia, ICON melambang AHKOW Malaysian Malaysia.

Kalau orang luar negara tanya, "Ooooh you also have Chinese Citizens in you r country? How are these people doing in Malaysia?"

Tak payah jawab banyak, bagi saja dia video2 NAMEWEE, dah, boleh gambar macam mana mereka ini semua..

Saya pun dah mula hantaq kat London, keluarga kat sana tunjuk2 perangai dia tu kat Negara yang diclaim sebagai Tanah Tumpah Darah dia...

STRATEGIST

tungkaran hati.blogspot said...

saya sangat-sangat menyokong pendirian saudara! nyahkan pemimpin Melayu yang lupa diri terhadap maruah ugama dan bangsanya sendiri!

Anonymous said...

Relax bro, saya pun marah tapi saya rasa lebih baik si babi cina haram jadah ni dibiarkan sebegitu sahaja sebab kalau diambil tindakan ISA atau akta hasutan maka beliau akan jadi dewa di mata cina-cina. Dia juga akan terkenal di muka dunia sebab kena tangkap. Pemuda pemuda taiwan, hong kong, china dan negara2 lain yang banyak cina akan beli album dia. dALAM TAHANAN DIA TULIS LAGU, BILA KELUAR DIA JUAL ALBUM YANG DITULIS DALAM PENJARA. Kaya dia nanti. Bila banyak duit, lagi banyak jahanam dia boleh buat. Buat masa ni, dia mengutup lagu negaraku, satu dunia tak kisah dan tak kenal. Tetapi, bila ditangkap, dia jadi terkenal, semua lagu dia buat orang cakap betul. Susah nanti. So bro, jgn ikut perasaan. Tindakan yang diambil akan membuat cina ni glamour. Biar kan saja dia melalak tak kemana.

Anonymous said...

Salam tuan,

memang nazri ni yb biol. kalau dengan Tun M dia begitu galak, dan banyak pulak akal dan alasannya untuk menghentam Tun M. Maksudnya dia sangat berdendam dengan bekas bossnya tu, mungkin bersebab dia tak dinaikkan pangkat dulu. Kalau aku boss pun aku tak naikkan pangkat dia, apa hasil yg dia buat? apa idea dia yg bernas utk negara? apa dia buat untuk kawasan parlimennya? rakyat tahu, awas tu nazri, beribu mata dan kepala otaknya sekali mememerhatikan kamu setiap masa.

saya perhatikan apabila ada cina dan india yg buat hal maka dia menikus sahaja? apa makna itu? nazri memang perlu diketepikan dlm pru-13nanti. dia memang banyak merosakkan Melayu dan menghina Melayu bangsanya sndiri.

masmerah

Pak Sulung said...

Assalammualaikum wmt,
Jangan susah hati kerana tak akan mengundi di Pdg. Rengas pada PRU akan datang.
Azli tetap boleh undi.
Sebabnya....
Kerana calon Parlimen BN nanti bukan lagi Nazri Aziz...
Ok?
Jangan susah hati....
InsyaAllah... Nazri dah luput tarikh... Itu sebab dia hentam semacam sesuka hati je...
Itulah cara dia nak tarik perhatian....

Anonymous said...

Rehatkan sahaja Menteri ni?sikapnya yang kurang hormat kepada orang tua erti kata "celupar gila"takut-takut mempengaruhi generasi muda?lihatlah gaya anaknya yang 'kaki perempuan' tu.?Suruh kaumCina uundi dia sahaja ?

shamshul anuar said...

SAudara Azli,

Nazri Aziz adalah liabiliti pada UMNO . Orang Melayu masih tak dapat lupa betapa biadapnya Nazri terhasda;p Tun Dr Mahathir.

Nazri tanpa rasa bersalah memfitnah UMNO dengan menuduh Tun sebagasi perkauman. Tun adalah bekas PM. Menuduh Tun sebagai rasis samalah seperti menuduh UMNO sebagai rasis.

Saya pun hairan dengan sikap Nazri ini. Dah langsung tak rasa apa apa bila ugama sendiri dihina.

Malah sibuk pertahankan Namawee ini. Nazri hantar mesej yang salah pada rakyat.

Sekarang orang boleh kata boleh hina Islam dan Melayu kerana pemimpin Melayu sendiri buat tak peduli.

Najib, saya hrap tolonglah jangan calonkan Nazri ini dalam pilihanraya akan datang. Kemungkinan UMNO akan hilang kerusi jika dia bertanding.

Najib jangan ambil mudah sokongan orang Melayu. Jangan rasa hanya nak ambil hati orang bukan Melayu maka orang Melayu jadi korban.

CucuAtok said...

Salam saudara sekalian, itu tandanya dia tak lama lagi habis ler tu tu dia buat perangai.tunggu ler rombakan UMNO kelak dan PRU 13 nanti. kita akan lupakan dia terus baru dia ada akai.