Tetamu Kehormat...

November 11, 2010

Mereka Yang Keluar Dari Rumah Syaitan

Mereka Yang Keluar
Dari Rumah Syaitan

Saya agak tertarik untuk menyiarkan kembali nama 51 orang kuat Anwar Ibrahim (Asalnya telah disiarkan oleh blog Jebat Must Die) yang pada saat ini telah hilang seratus peratus kepercayaan terhadap Penasihat PKR tersebut. Jika kita semua mempunyai mata hati, kita pasti akan menemui kebenaran yang sejati, mengapa begitu ramai tokoh penting PKR yang selama ini sangat menyokong kuat Anwar Ibrahim dengan tiba-tiba berpaling terus daripadanya - Sekiranya kita mahu berfikir sedikit, sudah tentu semua mereka ini telah menemui kebenaran yang tidak mungkin dapat disangkal lagi berhubung kebobrokan dan kejelekan Anwar Ibrahim. Justeru itu, apa lagi yang kita tunggu? Semua ini membawa kita kepada jawapan yang sangat munasabah mengapa dan kenapa seluruh ahli PKR wajib meninggalkan Anwar Ibrahim. Fikir-fikirkan, semoga Allah membuka hati para penyokong PKR dan Anwar Ibrahim.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional) - Chandra mungkin seorang ahli akademik paling dihormati SEBELUM menyertai gerakan reformasi. Saya tidak percaya beliau telah dibeli untuk tiggalkan Anwar. Beliau memang orang berduit. Kalau betul beliau nak duit banyak lagi pun, sudah lama dia boleh join Parti-parti BN lama sebelum itu ataupun selepas itu. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar). Datuk Nalla juga sudah kaya-raya atas keeratan beliau dengan Anwar, beliau juga terhutang budi dengan Anwar, tapi sanggup tinggalkan Anwar juga. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR) Orang paling dipercayai oleh Anwar. Pembuat Sumpah Keramat. Hero besar Reformasi dan bertahun-tahun masuk jel kerana sayangkan dan hormatkan Anwar. Namanya disanjung di kalangan marhaen reformasi. Bila dia tinggalkan Anwar, dia memang tahu namanya akan busuk dan kredibilitinya akan jatuh. Dan dia juga tahu bahawa jika dia kekal dalam PKR, dia akan dapat jawatan lebih tinggi dari setakat Senator (jawatan selepas join BN). Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kement. Kewangan dan antara peggerak utama Reformasi) Sanggup tinggalkan jawatan tinggi dalam kerajaan di usia muda untuk berjuang demi Anwar Ibrahim. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) Menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri dalam usia yang sangat muda, shining star dalam PKR. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang) - Anwar pernah berkata di pentas ceramah di Bayan Baru “Kalau Tuan-tuan sokong saya, undilah Zahrain. Sebab Zahrain adalah orang kepercayaan saya untuk memimpin Tuan-tuan di Pulau Pinang.” Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim) Peguambela kes-kes peribadi Anwar sehingga hari beliau keluar PKR, orang yang memperjuangkan kes Anwar diracun arsenik dan berbagai-bagai lagi, penceramah kes-kes anti-murtad semasa zaman reformasi. Sangat dipercayai Anwar. Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999) Bekas Presiden Majlis Peguam, punya integriti tinggi dan nama yang dihormati dalam masyarakat. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR) Otai reformasi bersama-sama Ezam Md Noor, penggerak dan strategis awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional) Kenapa dia tinggalkan Anwar?

11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia) Akhirnya sejurus keluar, dia menyeru Keadilan dibubarkan. Kenapa? Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan).Kenapa dia tinggalkan Anwar?

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR). Dibawa secara peribadi oleh Anwar masuk kedalam PKR. Strategis PKR bertahun-tahun lamanya. Sangat dipercayai Anwar sehingga dilantik S/U Agung. Seorang bekas pelajar MCKK seperti Anwar dan ahli jaringan MCOBA yang cukup setia dengan sahabat. Sanggup namanya busuk di kalangan MCOBA bila tinggalkan PKR. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor) Seorang pakar bedah terkemuka bertaraf dunia, kaya-raya, sekali bedah dapat berpuluh-ribu. Nama yang harum dalam masyarakat, kebanggaan bangsa Melayu. Dibawa secara peribadi oleh Anwar masuk kedalam PKR.Seorang bekas pelajar MCKK seperti Anwar dan ahli jaringan MCOBA yang cukup setia dengan sahabat. Sanggup namanya busuk di kalangan MCOBA bila tinggalkan PKR. Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR). AKtivis awal reformasi, pernah masuk jel kerana perjuangkan Anwar. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001) Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim. Penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)

41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang

42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).

Kata beliau, “Kami bukan gila harta duniawi seperti mereka, tolong buktikan kepada ahli-ahli PKR dari mana Anwar (Ibrahim) memperoleh wang untuk membaik pulih serta menghias ‘istana’ barunya di Bukit Segambut. Kita keluar PKR bukan kerana dibeli tetapi sudah muak dengan lakonan Anwar dan Azmin (Ali).”

44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)

45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)

46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar) - tinggalkan kes Anwar. Benarkah Sulaiman sakit yang sangat teruk sehingga terpaksa menarik diri? Kenapa dia tinggalkan Anwar?

47. Zamil Ibrahim Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat

Ini pula mereka yang sudah hilang keyakinan dengan Anwar tapi masih lagi melukut dalam PKR, atas sebab masing-masing:-

48. "Mike" Manikavasagam - YB Kapar

49. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.

50. Loh Gwo Burne - YB Kamera Digital.

51. Zaid Ibrahim (yang terbaru)

21 comments:

Anonymous said...

Yang tinggal hanya yang beranggapan mimpi menjadi kenyataan atau yang buta tuli

"blogenstarz"

Anonymous said...

keluar rumah syaitan masuk rumah iblis...kah kah..bila masuk rumah iblis jadilah iblis berpungungkan manusia...mcm kaulah...jadi anak iblis...

Anonymous said...

mereka yg buta sahaja masih setia
pada Anwar

Anonymous said...

melayu bodoh dan buta sahaja ikut umno...setia pada umno...

Anonymous said...

Masih menaruh harapan barangkali.

Yang paling aku hairan ialah pemimpin2 PAS. Bukankah Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang mula2 buka cerita Anwar ini. Rata ceruk ceramah kutuk Anwar sehingga Mat Sabu beri gelaran Anwar AL-..... Pada masa dengar ceramah Mat Sabu penyokong2 PAS amat gembira bila Mat Sabu beri gelaran tersebut.

Maknanya mereka bersetuju dan menyokong gelaran yang diberi oleh Mat Sabu.

Bila Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan, mereka lihat dia telah mendapat sokongan hebat daripada rakyat yang telah diracun fikiran mereka dengan laungan reformasi,kronisma, nepostisma dan rasuah, maka pemimpin PAS beralih arah daripada memperkatakan yang hak. Mereka beralih menyokong yang batil.

Ustaz Taib Azamuddin telah mendengar sendiri pengakuan seorang mangsa Anwar yang telah divideokan. Boleh lihat dalam U-tube. Masakan pemimpin2 PAS tak dengar dan tak tonton temuramah ini.

Andaikata Anwar masih berada dalam kerajaan BN, aku amat yakin, video ini akan berada disetiap rumah orang PAS untuk disebarkan perangai buruk Anwar Ibrahim kerana mereka amat suka menyebarkan keburukan orang.

Ciri2 Ulama yang tulin ialah mereka akan hanya memperjuangkan kepentingan Agama Islam dan ummah. Mereka akan berkata yang benar walaupun pahit. Siapa yang buat salah mereka akan tegur untuk membetulkannya. Tak kira siapa. Bukan mengiakan perkara yang salah bila di lakukan oleh penyokong sendiri.

Contoh ulama di negara ini ialah Mufti Negeri Perak Dato Harussani Zakaria dan bekas mufti Perlis Dr.Asri. Mereka tegur kerajaan secara terbuka dan juga tegur pemimpin2 PAS. Penyokong2 PAS melenting dengan teguran kedua-dua tokoh ini. Tetapi pemimpin2 kerajaan menerima kritikan mereka dengan lapang dada kerana mereka tahu tidak ada orang yang perfect.

Sepatutnya pemimpin2 PAS dah lama menjauhkan diri daripada Anwar kerana mereka yang lebih dahulu tahu tentang diri Anwar itu. Tetapi mereka rela diperkudakan oleh Anwar Ibrahim dengan digula-gulakan menawan PUTRAJAYA dengan tawaran jawatan menteri.

Apakah PAS tidak sedar Anwar telah menipu dan mempermainkan mereka dengan harapan 16 Sept 2008 dan perkara2 lain? Aku percaya mereka tahu dan sedar sekarang tetapi masih tidak mahu keluar daripada pakatan. Kenapa?

Pemimpin2 PKR seperti yang tersenarai dah tahu, kenal dan sedar siapa Anwar sebenarnya. Maka mereka keluar meninggalkannya. Mereka tidak mahu terus diperbodoh dan dipermain oleh Anwar. Mereka tidak mahu lagi bersubahat dengannya. Mereka dan tahu masaalah peribadinya daripada Dato Nalla. Dato Nalla dan cerita habis dan telah tunjuk video tentang salahlaku Anwar. Ezam Mohd Nor dah tengok.

Tunggu apa lagi wahai Pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS. Kembalilah pada perjuangan PAS yang asal.

Kesihan tengok penyokong2 PAS diperalat dan ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Mereka-mereka tu tinggalkan Anwar kerana takut "di-liwat" Anwar Ibrahi.

matjeng said...

anom 10.09:

Bapak2 dalam PKR pun dah lari..takkan hang tak ada nama langsung nak stay kat situ? Hang lagilah bodoh!

masuk UMNO lagi baik....

matjeng said...

anom 10.09:

Bapak2 dalam PKR pun dah lari..takkan hang tak ada nama langsung nak stay kat situ? Hang lagilah bodoh!

masuk UMNO lagi baik....

shamshul anuar said...

SAudara Azli,

Baru tadi saya sem[t berbual dengan seorang ahli PAS semasa mengambil anak saya yang sekolah asrama di Kajang.

Saya sempat bertanya tidakkah beliau hairan kenapa PAS sanggup berbaik dengan Anwar walhal Mohd Sabu memaki hamun Anwar Ibrahim dan cabar Dr Mahathir pecat Anwar.

Dengan selamba beliau cakap beliau tidak pernah dengar pun ucapan Mohd Sabu. Dan beliau anggap perkara itu remeh.

Bertambah yakin saya bahawa walaupun PAS asyik cakap pasal agama tetapi mereka sendiri bertindak membelakangkan ugama. Tak kan tak sedar yang Mohd sabu pernah sebut "Anwar aljuburi" satu ketika dulu.

Sebenarnya Mohd Sabu memaki hamun Anwar kerana ketika itu Anwar dalam UMNO. Kini PAS sanggup pejam mata akan peribadi Anwar demi kuasa di dunia.

Jadi tak salah kalau disebut PAS jual ugama untuk kepentingan peribadi.

Kerana itulah PAS sebenarnya.

Anonymous said...

Penyokong akar umbi PKR yang tak ternama (jika ada nama pun Hero Kampung) teruslah kekal dengan PKR. Jangan lari walaupun Bapak-Bapak PKR dah lari...manalah tau tempat kosong tu yang terkaung-kaung (Hero Kampung PKR) boleh ambil-alih tempat untuk terus dikencing oleh Al Juburi.

Anonymous said...

Kita merasa Heran bin Ajaib, biasanya sahabat atau teman setia akan membela teman atau sahabatnya dengan bersungguh-sunguh dan menutup aib sahabatnya dengan sebaik-baiknya.

Anehnya apa yang terjadi terhadap Anwar Ibrahim sebaliknya, mengapa ya ? Apakah karena dosa Anwar terhad Allah SWT dan juga terhadap manusia sudah terlalu banyak ?

Anonymous said...

yang kuar tu.......bodoh2 belaka......masuk puak ngan iblis( umno).....hancur identiti seorang malayu n islam........

Anonymous said...

Anon Nov.12 8.00AM - Yang betulnya yang keluar tu cerdik dan yang tinggal tu bodoh kerana sanggup berterus-terusan dikencing oleh Anwar. Ha! Ha!

Tak lama sedar siapa Anwar sebenarnya.

Anonymous said...

Dah lama sedar siapa Anwar sebenarnya.

Anonymous said...

Bagi mereka yang hendak mencari kebenaran jumpalah Dato Nalla. Dia akan tunjuk bukti sekali.

Selepas itu aku percaya kamu akan tinggalkan Anwar seperti yang berlaku kepada Ezam Mohd Nor.

Muhammad Azli Shukri said...

semoga yang menyokong Anwar akan insaf

Anonymous said...

Ada setengah orang tu dia takut nak tengok kenyataan yang akan mempengaruhi dirinya sebab terlalu sayang kepada orang itu. Dia tak mahu tahu, tak mahu dengar dan tak mahu lihat kebenaran. Jadi dia akan terus dalam kegelapan. Orang macam ini menjadi mangsa Anwar. Aku pun pernah tertipu selama 16 tahun.

Kalau Tun Dr. Mahathir yang begitu bijak pernah di kelentong oleh Anwar, apalah orang macam kamu yang masih mentah. Mudah sahaja diratah oleh Anwar yang memang ahli pidato yang handal. Anwar kalau jual airkerim di Khutub Utara pun boleh laku dah. Itulah hebatnya Anwar sebagai orator.

ddinbunga said...

Salam, bro ada lagi keluar dapat parut bro, Saiful, munawar, Hairuddin Nafiz, Rashid, Rahim dan bla... lagi

Anonymous said...

sumpah saiful makin memakan PKR!