Tetamu Kehormat...

November 25, 2010

Mengapa Anwar Mesti Cemas Dengan Strategi Najib?

Mengapa Anwar Mesti Cemas
Dengan Strategi Najib?


Sama ada kita suka atau pun tidak, ini tetap hakikatnya yang nyata - iaitu PKR semakin hilang pengaruh dan sokongannya daripada masyarakat India, baca di sini. Anwar Ibrahim tidak bisa lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kononnya masyarakat berbilang kaum di negara ini masih berada di belakangnya. Sokongan kaum India, khususnya terhadap PKR semakin surut, malah kepercayaan mereka terhadap Anwar juga bertambah nipis.

BN kembali bertenaga dengan melaksanakan langkah trasformasi dalam komponen parti tersebut dengan mengizinkan kewujudan ahli bersekutu yang selama ini berada di luar BN - namun masih menyokong dasar-dasar kerajaan yang sedia ada. DS Najib menunjukkan kebijaksanaannya dengan menjemput Parti Makkal Sakhti menjadi ahli BN bersekutu agar pandangan dan buah fikiran mereka dapat diberi perhatian serius oleh kepimpinan negara. Di samping itu, usaha DS Najib mewujudkan Littel India di Brickfields dengan diserikan perasmiannya oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh - menambahkan lagi keyakinan kaum India kepada Presiden UMNO itu. Strategi DS Najib ini, terbukti berjaya mengembalikan sokongan kaum India kepada BN, di samping mengejutkan Anwar dan kuncu-kuncunya daripada mimpi yang panjang.

Sokongan kaum India terhadap PKR semakin merosot, tatkala Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan pengundurannya Januari depan. Pengumuman tersebut sekali gus menyebabkan kaum India yang selama ini memprotes MIC, sudah beransur-ansur kembali menyokong BN. Realiti ini tidak disenangi oleh PKR dan Anwar Ibrahim. Lantaran itulah, pelbagai hasutan dan janji baru cuba ditaburkan kembali kepada masyarakat India, agar kaum tersebut kekal bersama Pakatan Rakyat.

Namun demikian, strategi tersebut sudah basi - terkini, ahli-ahli Hindraf semakin berang dengan sikap Anwar Ibrahim yang dianggap oleh mereka sebagai "cakap tidak serupa bikin". Terlalu banyak janji yang tidak dikotakan oleh Anwar - bahkan sedikit demi sedikit kebajikan yang sedia ada pada mereka semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Saya setuju dengan laporan tersebut yang mendakwa 60% kaum India yang selama ini menyokong PKR sudah kembali menyokong BN - hakikat ini, mengesahkan lagi hepotisis awal para penganalis politik - sesungguhnya Anwar Ibrahim dan PKR sudah boleh mula menggali kubur mereka sendiri. Wallahualam

20 comments:

Wake UP! said...

PKR hanya parti membela Anwar Ibrahim. Bukannya memperjuangkan rakyat.

Apa sumbangan PKR terhadap orang India? Nyatakan.

Muhammad Azli Shukri said...

wake up - PKR bukan sahaja tiada sumbangan kepada kaum India, sumbangan kepada ahli parti sendiri pun tiada

matKOPITIAM said...

keh keh keh!
PKR tiada sumbangan kepada rakyat Malaysia?.
ini adalah manusia pekak, tuli dan buta.
PKR telah membuka mata rakyat Malaysia, bahawa UMNO boleh diserahkan kepada penggali kubur untuk dikebumikan.
Cerita keramat dan daulat UMNO sebagai benting dan penjaga orang melayu hanya sebahagian daripada cerita-cerita dongeng kedai kopitiam, sepertimana cerita hantu raya dan hantu bungkus.

Anonymous said...

wow jasa PKR hanya bukak mata rakyat malaysia aje ke bro? bingai betul...lain kali suruh anwar bukak seluar keh..keh

mjay said...

Sumbangan PKR sumbang mahram..hehehe

Anonymous said...

Salam tuan empunya blog,

@matKOPITIAM: komen ko tu..cuma komen kedai kopi (kopitiam) jer....tak bermakna langsung....ko tengok la nanti parti mane yg dikuburkan...hehehe...bawak ngucap matKOPITIAM....

Bekas PKR said...

Kerana BN memerintah le dah banyak kopitiam-kopitiam dibuka di seluruh negara. Maka itu matKOPITIAM boleh lepak2 dengan senang lenang di kedai2 kopitiam.

Kalaulah PKR atau PIS yang perintah, dah tentu mat ini pakai nama matKOPEK sebab cuma boleh lepak2 kat kedai2 kopi apek mata sepek. Salah satunya Kopitiam Tianhua.

AKU PEDULI APA @ APA said...

Salam sdra Azli.
Blog Aku Peduli Apa telah dihijack minggu sudah.Saya gagal mendapatkan nya semula dan ini adalah blog baru saya atas nama yang sama.Harap dpt sdra link kan diblog sdra.

Kerima kasih

Anonymous said...

aku harap orang HINDRAF ramai-ramai tangkap Anwar Ibrahim dan rogol dia

kopitiam

Anonymous said...

BABI LANCAU SIAL PUKIMAK PUNYA AZLI SHUKRI!!!!!PENCACI MAKAN NAJIS ANJING!!!!

Anonymous said...

Bro nape lepaskan post berok2 matyeh PKR tu.klu kita masok blog depa mcm2 depa belasah kita.blog depa ceta pasal gaji 5 ribu bini pun keje duit xcukup lg.pas tu salahkan umno.bro tolong habag kat the geng aku kena belasah terok kat malaysian waves.pastu post aku depa block lak nak lawan camne.TOLONG BANTU TEMAN NI ORANG KUALA GAK.

pro BN said...

SDR. apa dah jadi dengan UMNO.Aku baca kedah times tulisan sobri sudin pelik juga.Ada ke ketua pemuda umno kedah jadi ego dan sombong.Sapa yang cemas.Aku yang cemas tengok perangai pemimpin macam itu.

Anonymous said...

takpe bro,biarkan beruk2 matyeh pkr dan pis terlepas.biar orang ramai tahu kelaku buruk mereka yang suka mencarut memaki hamun dsb.

dari situ,kita boleh tahu tahap pemikiran mereka.itu pasal senang2 jek aljub boleh liwwwwwat pemikiran mereka,sampai ke hari ini masih tak sedar mereka ditipu oleh Gay Tua a.k.a Peliwat Tua.

amir07_johor said...

bn punya pelauang cerah untuk menag sekarang, malah saya jangkakakn bahwa tarikh pilihanraya mesati dah dekat bila sokongan pada Anwar dah merosot. Tapi kan saya rasa pelik sebab ANWAR kata dia tak sebelah kan mana-mana pihak tapi masa ceramah ANWAR megemudi zaman .. Azmin ada kat pentas, presiden takder, mustaffa tak der kat pentas.. mintak la sesiapa ulas benda ni

Anonymous said...

Kalau Anuar ikhlas mahu membela kaum india tidak lah kg buah pala di Pulau Pinang jadi padang jarak padang terkukur ranap sama sekali hilang kg buah pala dalam peta Pulau Pinang Anuar mahu undi saja bukan membela satu satu kaum Anuar mahu rakyat membela dia dalam apa jua pun macam ni kita nak pilih dia lagi suruh dia jalan daa kepada kaum India ingat lah sebelah mata pun Anuar tak pandang lu org pun dia anggap lu org india serupa lalat taik saja.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Sokongan Melayu pada Anwar hampir pupus kerana sekarang ramai Melayu sedar Anwar jenis "tak boleh pakai".

Orang Melayu sudah melihat sendiri keadaan bangsa Melayu di negeri yang diperintah PR. Betapa siksanya gerai Melayu di Pulau Pinang. Asal Melayu saja maka adaah usaha robohkan gerai dengan alasan yang semua orang tahu ianya sebenarnya usaha mahu halau Melayu dari Pulau Pinang.

Dan pada orang India, masih ada yang sokong PKR. Namun sokongan India pada PKR juga merosot. Kg Buah pala jelas tunjuk sikap talam dua muka PKR dan Anwar.

Masalah Anwar ialah dia tak mahu terima hakikat yang kebenaran sedang terserlah. Dia ( mungkin sebab kurang iman) tak mahu terima hakikat yang dia tak dapat "kelentong" orang sepanjang masa.

Anwar mungkin tak mahu terima hakikat yang orang muak dengan perangainya yang kelihatan terlalu berdendam dan suka cerca UMNO yang melalunyai bawa Anwar menikmati harta , pangkat dan kemuliaan didunia.

Setelah memilih PR memerintah dan melihat cara DAP merobohkan gerai Melasyu, maka kalau dikata Dr Mahathir mahazalim, maka 1000 kali zalim DAP( dan ini semua atas daya usaha Anwar).

Ramai Melayu setuju bila saya kata inilah ahli politik Melayu paling tak guna yang kita boleh lihat.

Malah PAS sendiri seakan mengiakan bahawa Anwar terlalu banyak masalah dan buat orang pandang hina PAS. Dah tak boleh cakap pasal Islam sebab tidur sebantal dengan Anwar.

Pada melayu yang masih tak sedar diri nak sokong anwar, teruskan usaha anda. Lipat gandakan usaha anda merobohkan "bargaining chip" orang Melayu( seterusya Islam) iaitu kuasa politik.

Jika ditakdirkan berjaya, maka eloklah bersiap sedia dengan jawapan pada soalan anak cucu sendiri " Abah masa sokong anwar dulu ntak tak pernah diingatkan ke betapa Anwar tu tak guna".

Masa itu barulah kita semua teringat betapa berbuih mulut orang mengingatkan kita bahaya sokong "mamat" seorang ni.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

veteran umno said...

Sdr Azli.UMNO masih relevan.Tapi pemimpin tu janganlah pula sampai jadi tak relevan.

oRang kAmpong said...

TQ Sir. Atas bantuan kecemasan.xp tq daun keladi.lain x klu sesak teman SOS lg.

Muhammad Azli Shukri said...

sama2