Tetamu Kehormat...

November 12, 2010

Mencari Pintu Taubat

Pintu Taubat
Masih Terbuka


Oleh Tarmizi Md Jam

1. Bayangkan anda dipaksa keluar dari rumah yang anda huni selama bertahun-tahun. Kemudian dengan susah payah anda pun membina rumah baru dengan bantuan dan sokongan orang ramai. Di masa yang sama, penyokong-penyokong ini juga turut sama berjuang bersama anda untuk mendapatkan semula rumah lama anda atau sekurang-kurangnya memusnahkan mereka yang menghuni rumah lama tersebut sebagai membalas dendam.

2. Bukan mudah anda hendak mendirikan rumah baru tadi untuk menjadi sekukuh rumah lama apabila di masa yang sama anda terpaksa meringkuk di penjara, keluar masuk negara berkempen untuk diri anda. Kemudiannya, suatu hari anda menerima tetamu yang baru keluar dari rumah lama anda. Anda menyambutnya dengan mesra dan memberikannya penghormatan serta layanan istimewa di dalam rumah baru.

3. Tidak berapa lama selepas itu, tetamu tersebut tiba-tiba cuba mencabar anda sebagai ketua rumah dan kemudiannya menghasut penghuni yang lain agar menghalau anda keluar. Apakah perasaan anda? Itulah yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim kini apabila penyokong-penyokong PKR tiba-tiba bangkit serentak di belakang Zaid Ibrahim, ‘menghalau’nya dari parti yang tidak mungkin wujud jika tidak kerana pemecatannya, kes liwatnya dan pengkhianatannya terhadap negara.

4. Penyokong-penyokong Zaid pastinya akan terus mengasak agar Anwar berundur. Antaranya, ialah Hindraff yang mula menunjuk taring berdemo depan rumah Anwar meminta geran bagi kuil dan tanah kubur. Asakan ini dijangka akan berterusan sehingga Zaid berjaya. Setelah puas mencabar, menentang dan menghina polis, Anwar kini terpaksa meminta bantuan polis untuk menyuraikan Hindraff dari rumahnya. Tetapi, malangnya Anwar tidak boleh meminta bantuan polis juga untuk meredakan asakan Zaid.

5. Kini terpulang pada Anwar untuk bertahan di dalam ‘rumah’nya. Jika mereka berdua beradu kekuatan, pastinya Zaid akan terbarai diliwat Anwar memandangkan Anwar masih hebat, kuat dan lebih bertenaga berbanding semua pemimpin muda lain, seperti yang diakui oleh Nurul Izzah. Dengar katanya, Anwar mula meminta bantuan bomoh, bukan Allah, untuk membantunya di saat genting ini. Ini tidak mustahil memandangkan Anwar sentiasa diiringi 2-3 orang bomoh setiap kali ke mahkamah.

6. Mungkinkah inilah kesudahannya nasib Anwar iaitu dihalau, dihina dan ditinggalkan keseorangan akibat terlalu gemar bermain dengan janji, sumpah dan agama? Atau jika dilihat dari sudut lain, mungkin inilah petanda bagi Anwar untuk berhenti dari terus bergelumang dengan fitnah, penipuan, pengkhianatan, rasuah dan maksiat. Anggapkan apa yang berlaku adalah petanda bahawa Allah masih sayangkan dirinya dan masih ada ruang untuk meminta maaf terhadap semua manusia yang difitnah dan diliwatnya.

7. Masih ada masa untuk memperbaiki kerosakan minda masyarakat yang dipesongkan olehnya. Masih ada peluang untuk membersihkan nama negara, mengakui segala-galanya dan menerima balasan di dunia. Sesungguhnya, masih ada masa untuk bertaubat nasuha.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Manusia jenis macam ini mana ada nak mengaku kekhilafan sendiri, selama ini dia hanya meminta nasihat dari geng-geng yahudi.... jadi semua perbuatan dia betul belaka, tapi dia lupa Allah maha besar untuk menyerlahkan semua kemungkaran dirinya.... karpal singh kata, 'Anwar perlu bertaubat"....

Anonymous said...

Kalau dah ramai yang berdoa untuk dibuka pintu taubat saya yakin beliau akan menerimanya..eloklah beliau menerima kenyataan. keadaan semakin hari semakin tenat. fikir-fikirkanlah sendiri..Sebagai orang Islam kita mempunyai perjalanan yang jauh selepas meninggal dunia..InsyaALLAH.

Muhammad Azli Shukri said...

sama2 lah kita berdoa

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Memang patut sangat Anwar bertaubat. Saya rasa inilah ahli politik Melayu paling tak guna yang pernah saya jumpa.

Anwar tak tahu berterimakasih . Orang yang banyak bantu Anwar dalam krier juga dikhianati. Kalau tak kerana Pak Lah menyokongnya sebagai calon BN Permatang pauh 1982, orang UMNO pun tak teringin nak undi Anwar.

Tapi apa dia buat selepas itu. Pak Lah dijatuhkan dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang.

Selepas memberitahu satu dunia yang ia anggap Tun Ghaffar seperti bapanya, Anwar menentang Tun Ghaffar.

Di Jakarta, selamba Anwar memfitnah UMNO kononnya terlalu zalim , perkauman.

Dalam perhimpunan agung UMNO, Anwar menuduh UMNO sebagai mengamalkan kronisma, rasuah. Anwar bagaimana pun terdiam bila Tun Dr mahathir keluarkan senarai orang yang dapat saham dan tender kerajaan. Terbukti yang rapat dengan Anwar paling banyak dapat nikmat dari kerajaan yang dia fitnah.

TErhegeh hegeh Anwar lari masuk Kedutaan Turki kononnya ada ancaman terhadapnya. Belum apa apa dah lari.

Dan siapa lupa tuduhan racun arsenik. Dan terbukti Anwar menipu.

Ketika ekonomi gawat, Anwar ikut telunjuk IMF yang mahu Malaysia jangan tolong syarikat swasta yang hadapi masalah kerana tukarang wang ringgit yang macam Yo yo.

Selamba Anwar setuju dengan IMF mahu batalkan DEB. Nasib baik dokumen bantuan IMF mesti ditandatangani olehg ketua Kerajaan.

Dr Mahathir bertindak bijak dengan menolak bantuan( atau lebih tepat racun) dari IMF. Kalau tidak, dah lama sektor kewangan kita dikuasai oleh Mat Salleh.

Anwar menipu pasal Sept 16, 2008. Dan yang paling malang, ramai lagi membabi buta percaya Anwar.

BUKAN SAJA ANWAR PATUT BERTAUBAT. PEMIMPIN PAS PUN PATUT BERTAUBAT KERANA SANGGUP JADI KULI ANWAR walkaupun mereka sendiri satu ketika dulu memaki hamun Anwar sebagai "Anwar Aljuburi".