Skip to main content

Lagi Desakan Terbaru!

Kejutan Cikgu Bard

Terkini, calon Ketua Pemuda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin atau nama mesranya Cikgu Bard mendesak agar dihentikan segera semua pemilihan jawatan dalam parti dan diadakan semua pemilihan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda parti tersebut (baca di sini). Sehari demi sehari rakyat dihidangkan dengan masalah dan krisis dalaman PKR yang tidak berpenghujung. Bagi saya, beginilah, mudah kata bubarkan sahaja PKR. Habis cerita, tutup buku.

Orang Melayu dalam PKR kembali sahajalah kepada UMNO, manakala orang Cina dan India dalam parti tersebut sertai semula MCA dan MIC, abis cerita. Saya sudah muak melihat masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR, sekiranya sebuah parti sekecil PKR pun terlalu susah untuk Anwar Ibrahim uruskan, apatah lagi untuk beliau menguruskan sebuah negara? Jika untuk kerusi Timbalan Presiden PKR pun sudah berceramuk, sampai bergaduh-gaduh untuk merebutnya, apatah lagi untuk kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, lagi dahsyatlah agaknya pergaduhan mereka.

Macam ini sahajalah, akui sahajalah PKR parti hiprokrit dan tidak akan mampu pergi jauh. Jangan tipu rakyat lagi dengan retorik dan slogan kosong atas nama kebebasan, demokrasi dan ketelusan - semua itu tahi kucing saja! Saya masih tidak faham mengapa masih ada orang Melayu yang percaya dan yakin dengan PKR lagi - sudahlah parti tersebut menipu rakyat, kemudian tipu pula ahli-ahlinya sendiri, kononnya pemilihan PKR tahun ini sangat telus dan demokrasi - padahalnya, semua orang tahu penyelewengan yang sangat jelas dalam pemilihan merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Apakah kita masih tidak mahu membuka mata lagi?

Comments

Anonymous said…
setuju sangat dibubarkan..tapi tang masuk semua UMNO tu kena fikir banyak kali..kecuali mereka dah betul2 taubat mcm ezam tu..kalau tak berjangkit pulak penyakit ke UMNO nanti..
KAPAKTAJAM said…
Sdr Azli, KAPAK teramat setuju dan gesaan dan cadangan saudara. Itu lah semolek2 cadangan dan nasihat sebagai kaum seAgama. Kita mahu lihat Malaysia kembali aman dan tenteram. Biarkan DAP dgn labu2nya. Sdr Azli, saya nak juga mencadangkan agar gesaan saudara itu di tujukan juga pada PAS yang juga bercelaru dgn Kepimpinan yg ego dan ketaksubannya. Lihat Nik Aziz dan Azizan, tgok gelagat mereka sebaut Islam mudah, TETAPI perangai dan kata2 pun tidak melambangkan Islam yg syumul.
azlishukri said…
salam saudara kapaktajam...InsyaAllah akan saya tulis cadangan tuan tersebut...
Anonymous said…
li...mana hang tau dia asai dr keluarga miskin?
dia asal famili kaya ooo.....

kadirpokya

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A