Tetamu Kehormat...

November 9, 2010

Kenyataan Rasmi Mustaffa Kamil Ayub Untuk Media : Panas Dan Memanaskan

Kenyataan Media
Mustaffa Kamil Ayub

(Saya sudah meramalkan sebelum ini bahawa Zaid Ibrahim akan melakukan sidang media khas bagi menjelaskan masalah dalaman PKR yang sedang membengkak dan bernanah. Bahkan, saya juga sudah menjelaskan bahawa "Perang Suci" antara Anwar dengan Zaid tidak mungkin mampu dielak lagi. Malah, ramai juga yang ketawa, tatkala saya mengatakan bahawa Anwar bakal tewas dalam pertarungan kali ini. Percaya la. Hayat politik Anwar sudah semakin di penghujung. Beliau akan ditewaskan oleh Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Wallahualam. Baca kenyataan media daripada Mustaffa Kamil Ayub di bawah ini :)

PEMILIHAN KEPIMPINAN pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP. Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.


“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN

3 comments:

Anonymous said...

Ribut tengkujuh sedang menimpa PR, tapi tsunami akan melanda BN.

Muhammad Azli Shukri said...

tak nampak pun tsunami yang bakal melanda BN?

Anonymous said...

"Tsunami" akan melanda BN yang dimaksudkan Anon 9 Nov.2010 4.22PM pada fahaman ku ialah kemenangan besar bakal diperolehi BN pada PRU 13 nanti Insya Allah.

PAS bakal keluar meninggalkan PR. Mereka juga sedar mereka telah dipermainkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

zek

Aku melihat bahawa musibah yang menimpa Anwar adalah disebabkan sumpah mubahalah Saiful Bukhari yang dicadangkan oleh Nik Aziz sendiri agar kedua-dua mereka melakukannya. Nik Aziz tidak menyangka sama sekali bahawa Saiful berani melakukannya. Nik Aziz tahu bahawa Anwar pasti tidak berani sebagaimana ternyata sehingga sekarang.

Apabila Saiful melakukan sumpah mubahalah, maka Nik Aziz terpaksa mencari jalan keluar untuk menyelamatkan Anwar. Dia 'berfatwa' bahawa sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful tidak mengikut cara yang betul.