Tetamu Kehormat...

November 8, 2010

Kemelut Di Dalam Rumah Syaitan

Anwar, Azmin Dan Zaid
Kemelut Di Dalam Rumah Syaitan!


1. Akhirnya Anwar Ibrahim bersuara juga (baca di sini). Inilah sebenarnya yang kita tunggu-tunggukan selama ini. Sudah lama kita impikan Anwar Ibrahim akan berperang secara besar-besaran dengan Zaid Ibrahim - seperti yang diramal, Anwar tidak akan duduk diam tatkala imej "kekasih" hatinya Azmin Ali semakin merudum di mata rakyat. Rata-rata pemerhati politik melihat Azmin merupakan "kunci" Anwar Ibrahim dalam PKR - tiada sesiapa pun yang berani menyentuh dan menjatuhkannya, apatah lagi memburukkan Azmin, selagi Anwar masih hidup.

2. Apabila Anwar sudah mula membuka mulut dan "menembak" Zaid - saya percaya Zaid tidak akan membiarkan dirinya di"belasah" semahu mungkin oleh Anwar. Beliau juga mempunyai maruah dan harga diri. Pada hemat saya, sedikit masa lagi Zaid akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan isu mengapa beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Pada kali ini - kita semua, yakni rakyat jelata - bakal menyaksikan "Perang Suci" yang maha dahsyat antara Zaid dengan Anwar, atas nama sebuah kebebasan dan demokrasi - hal ini sekali gus meranapkan terus bahtera PKR yang semakin bocor dan dipenuhi air. Pertembungan antara kuasa retorik dengan kuasa rasional - tidak mungkin dapat dielakkan lagi. Perang saudara dalam PKR sudah semakin hampir dan memanaskan.

3. Inilah yang kita nanti-nantikan - iaitu pertembungan antara buku dengan ruas - yang pasti, Anwar Ibrahim akan menggunakan media massa dan elektronik untuk "melanyak" dan menghentam Zaid sepuas-puasnya. Keadaan akan bertambah panas dan kritikal apabila Zaid juga menggunakan medium yang sama bagi membalas amukan Anwar Ibrahim. Pertempuran antara Anwar dengan Zaid tidak akan berakhir dengan mudah - Anwar pada kali ini tidak lagi mampu menggunakan kuasa magis retoriknya untuk memukau orang ramai bagi menyokong beliau untuk membelasah Zaid. Retorik Anwar sudah tidak tajam seperti dahulu. Sudah semakin ramai ahli PKR yang rasional berbanding dengan emosional. Anwar bakal dimalukan oleh Zaid dikhalayak ramai.

4. Zaid bukanlah calang-calang orang yang mudah dikalahkan oleh Anwar Ibrahim. Beliau bijak dan mempunyai strategi - Anwar belum tentu menang jika bertarung di medan terbuka. Walau setinggi dan sehebat mana pun hikmah retorik Anwar - ia bisa sahaja di "tawar"kan dengan rasionalisme Zaid. Hanya Zaid yang mempunyai senjata dan tahu menggunakan senjata tersebut untuk menewaskan Anwar. Sebelum ini, tiada seorang tokoh pun yang keluar daripada PKR mampu menewaskan Anwar, baik Ezam Mohd Noor, Zulkifli Noordin, Chandran Musaffar, Zaharin, Nallakaruppan dan ramai lagi nama besar yang rapat dengan Anwar, tetapi masih gagal menumbangkan batang tubuh Anwar Ibrahim.

5. Anwar tidak mungkin dapat ditumbangkan daripada luar PKR - beliau hanya mampu ditumpaskan dari dalam PKR itu sendiri - ingat! Zaid hanya melepaskan semua jawatan dalam parti, tetapi bukan keluar daripada parti. Inilah bezanya Zaid dengan pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Zaid mengidam untuk menewaskan Anwar, tetapi bukan dengan cara yang sama dilakukan oleh orang kebiasaan. Zaid ada cara tersendiri, yang barangkali bakal mengejutkan Anwar Ibrahim sendiri. Zaid mempunyai cita-cita yang besar. Beliau mahu menerajui PKR dan membuka mata ahli-ahli PKR, sesungguhnya PKR mampu hidup dan berjaya tanpa susuk tubuh Anwar Ibrahim. Zaid percaya, PKR perlu keluar daripada pengaruh dan politik gaya Anwar. Isu peribadi Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan untuk meneruskan kesinambungan hayat parti itu pada masa hadapan. Sudah tiba masanya, PKR berdiri atas kekuatan idealismenya sendiri.

6. Kemelut yang berlaku antara Azmin dengan Zaid sebenarnya merupakan kemelut yang sudah dirancang dengan rapi oleh Zaid sejak beliau menjejakkan kakinya di dalam rumah PKR. Ia sudah dibentuk dan direncana sejak awal lagi oleh Zaid, agar skrip ceritanya berakhir dengan pertarungan antara beliau dengan Anwar. Zaid ingin menguji kekuatan dan teori politik realismenya - sama ada berjaya menghancurkan magis retorik Anwar Ibrahim yang selama ini berpaksikan kepada mimpi, harapan dan gaya. Jika berjaya - Zaid bisa sahaja dinobatkan sebagai Sang Penguasa yang baru untuk PKR. Zaid sememangnya mahu bersemuka dan menentang Anwar di medan terbuka - beliau tidak bimbang tewas, kerana pada kali ini Zaid yakin mampu menang dan mencerderakan Anwar Ibrahim.

7. Anwar sudah tersilap langkah - menyahut penentangan Zaid hanyalah mengundang kehancuran kepada dirinya sendiri. Zaid sudah pun mengumpul kekuatan akar umbi tanpa sedikit pun disedari oleh Anwar dan Azmin. Zaid percaya untuk menjadi "syaitan" yang paling kuat dan berkuasa - langkah pertama adalah membunuh "raja syaitan" itu sendiri, maka barulah "syaitan-syaitan" yang lain akan tunduk dan menurut perintah. Dalam sebuah parti yang penuh dengan kekotoran dan kejahatan - untuk menjadi jaguh dan ketua yang kuat - tiada cara dan jalan lain, selain menjadi manusia yang paling jahat dan zalim. Dan dalam PKR, tiada kejahatan dan kezaliman yang maha dahsyat daripada "menghancurkan" Anwar Ibrahim dan legasinya - selepas itu, barulah Zaid akan dihormati sebagai tokoh yang luar biasa dan mampu menjadi peneraju baru untuk PKR.

8. Saya yakin, ramai yang akan memperlecehkan andaian dan ramalan saya ini. Itu adalah hak masing-masing. Namun demikian, saya tetap yakin, orang yang bakal menjatuhkan Anwar Ibrahim ialah Zaid Ibrahim. Sejak dari awal lagi, saya sudah dapat membaca gerak politiknya yang ganjil dan lain daripada lain. Beliau menentang Anwar dengan rentak politik yang sangat seni dan halus - jurus politiknya tidak sama dengan politik UMNO dan PAS. Zaid memiliki senjata yang ampuh untuk menikam Anwar dan merebahkannya ke bumi! Hati-hati dan jangan memandang Zaid sebelah mata - kadangkala musuh yang ketat akan kita temui di lorong yang sempit! Apa langkah Zaid selepas ini? Tunggu dalam episod berikutnya berjudul, "Selamat Datang Ke Relau Syaitan" Bersambung....

4 comments:

WARIS PURBA said...

zaid dah tersilap langkah terjun kedalam lubok PKR yang merupakan parti caca marba. sebenarnya zaid masuk pkr kerana mempertahankan ego dan nafsu tidak mahu menerima kritikan orang umno. baru 18 bulan dah tak tahan. Harap2 zaid terus tinggalkan pkr

Anonymous said...

Sani politik memang halus dan di luar dugaan kita tugas lagi ...kepada loggers mari kita menangkan Zaid supaya Azmin dan Anwar dihumban dari PKR dan lepas humbankan pasangan kekasih ini..tugas bloggers jadi mudah nak humbankan PKR dalam tong sampah.....Lawan tetap lawan

Anonymous said...

Tahniah Zaid kekal dalam PKR walau tanpa jawatan semoga cepat punah PKR..

Muhammad Azli Shukri said...

PKR akan musnah...