Skip to main content

Jalan Lain Ke Syurga

Jalan Lain Ke Syurga
Oleh Tarmizi Md Jam

1. Semalam, puak-puak rasis tegar DAP di Pulau Pinang telah menunjukkan warna sebenar mereka dengan terang-terangan membela komunis di dalam program yang dianjurkan mereka atas nama ‘Anti ISA’. Program tersebut menyaksikan risalah-risalah mengecam tindakan kerajaan dalam menentang ancaman komunis melalui penempatan kampung-kampung baru telah ditampal dan diedarkan untuk bacaan orang ramai.

2. Ini adalah jelas satu bentuk hasutan yang mampu mengancam keselamatan. Entah kenapa mereka ini, seperti juga Namewee langsung tidak tersentuh dek undang-undang negara. Yang lebih mengejutkan ialah kehadiran Mat Sabu sebagai salah seorang panelis forum program tersebut bersama dengan Hishamuddin Rais dan pemimpin DAP. Kehadiran Mat Sabu memberi gambaran bahawa PAS juga turut sama menyokong komunis.

3. Ucapan Mat Sabu dalam program tersebut hanya berkisar mengenai penangkapan tanpa bicara mengikut undang-undang ISA. Ini menunjukkan tahap pengetahuan dan daya pemikiran pemimpin PAS ini terlalu amat rendah sehingga mudah diperdaya, dipijak dan diperhambakan.

4. Jelas pemimpin PAS ini tidak mampu memahami isu ISA dengan lebih luas dan mendalam. ISA adalah berkenaan keselamatan negara dan untuk memahami relevannya ISA, kita harus melihat dari sejarah bagaimana akta ini bermula dan bagaimana sejarah mungkin berulang semula di masa hadapan.

5. Ia bukan satu perkara kecil dan sempit sepertimana yang disangka oleh Mat Sabu dan mungkin juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Tanpa ISA, Malaysia tidak mungkin menjadi seperti hari ini. Malaysia tidak mungkin aman damai setelah terpaksa menghadapi ancaman komunis, rasis DAP dalam 13 Mei malah gerakan reformasi 1998. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa tanpa ISA ancaman pengganas serta pengeboman bukan hanya berlaku di Bali, tetapi juga di sini.

6. Tidak menghairankan jika majoriti pemimpin-pemimpin yang ada di dalam PAS langsung tidak tahu secara terperinci sejarah mengenai kampung baru, komunis serta hubungkait mereka dengan DAP. Ini kerana kebanyakan pemimpin PAS, seperti juga Mat Sabu tidaklah berpelajaran tinggi. Yang berpelajaran tinggi pula kebanyakannya berlatarbelakangkan kampung dan dididik dengan mentaliti kampung lagi ulu.

7. Mereka ini, walaupun mendapat kelulusan tinggi di dalam akademik, tetap tidak mampu memahami dan menyesuaikan diri dari segi sosial, emosi dan persekitaran kerana tidak pernah diajar untuk berfikir secara kritis, tidak terdedah kepada realiti dunia dan persaingan serta tidak pernah dididik melalui psikologi.

8. Oleh yang demikian, mereka sering gagal melihat di sebalik kata-kata, di celah-celah tulisan dan gaya bahasa badan orang sekeliling mereka sekali gus menyebabkan mereka gagal mengenalpasti apa atau siapa yang benar dan yang salah. Dalam ertikata lain mereka mudah diperalatkan dan mudah juga memperbodohkan diri sendiri.

9. Ini adalah penjelasan secara psikologi bagaimana minda para pemimpin PAS berfungsi sehingga menyebabkan mereka sanggup menyokong komunis dan bersekongkol dengan rasis tegar yang membenci bangsa Melayu seperti DAP.

10. Namun, ada juga kebarangkalian bahawa penulis telah tersilap dalam menilai sebab musabab kenapa PAS sanggup menyokong atau bersekongkol dengan komunis dan DAP. Mungkin ianya tidak ada kena mengena dengan kelemahan pemikiran dan kekurangan pengetahuan mengenai komunis dan DAP.

11. Mungkin juga Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PAS lain bukannya tidak tahu siapa dan apa itu DAP dan komunis. Mungkin mereka cukup tahu dan cukup sedar tetapi mereka sememangnya ikhlas menyokong komunis dan DAP. Kita tidak boleh menolak kemungkinan Mat Sabu menyokong komunis dalam keadaan sedar. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan PAS secara dasarnya sememangnya setuju dengan ideologi sosialis DAP dan sudah meninggalkan terus perjuangan ke arah menubuhkan negara Islam.

12. Jika ini benar, maka seharusnya PAS bersikap lebih matang dan menguwar-uwarkan ideologi yang baru diterima mereka ini. PAS tidak seharusnya membiarkan pengikut mereka terus menerus bermimpikan Negara Islam. PAS harus berhenti memperdayakan pengikut mereka yang menyanjung mereka sebagai pejuang Negara Islam. PAS wajib berkata benar bahawa mereka juga turut sama memperjuangkan Malaysian-Malaysia dan ingin menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu di negara ini.

Comments

eM JaY... said…
yer betol.ambo pun terkedu bila melihat mat sabu yang salah sorang ahli panel forum ala budak tadika tersebut.nak memboikot ISA konon si parti kominis nih.dah lah dasar penumpang,tak sedar diri.mat sabu selepas kebas dan berzina ngan bini org,tahun 2010 menyaksikan mula membela si kapir harbi nih.nasib baik sekarang mb ambo tok guru berada d mekah,kalau ada kompom nyata dan sahih keluarkan kenyataan "tak apa".memang haprakkK.
salam perkenalan juga kepada semua rakan blogger's.sila ziarahlah blog ambo jikalau ada kelapangan penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pelbagai pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~

http://suaratimur.blogspot.com/

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A