Tetamu Kehormat...

November 29, 2010

Isu Tafsir al-Quran K.Subramaniam : Bersediakah PAS Pikul Dosa?

Isu Tafsir al-Quran K.Subramaniam
Bersediakah PAS Pikul Dosa?

Soalan saya mudah - bersediakah kita semua, sebagai umat Islam di Malaysia menerima bala daripada Allah akibat daripada dosa yang dilakukan oleh para pemimpin PAS dan PKR dalam menjual ayat Allah demi kepentingan dunia yang sementara ini? Jika jawapan kita YA, maka telitilah berita di bawah.

Di mana ulama-ulama PAS ketika perwakilan PKR secara terang-terangan menghina kesucian ayat-ayat Allah? Saya mengurut dada membaca laporan berita tersebut - tergamak pemimpin-pemimpin muda PKR "menghalalkan" tafsiran K.Subramaniam berhubung ayat 190 dan 191 surah Ali Imran yang jelas terpesong daripada kebenaran dan menghina ayat-ayat Allah ini? K. Subramaniam dengan jahilnya menggabungkan separuh ayat pertama yang betul bersama-sama dengan "pandangan dan buah fikirannya" sendiri, tanpa membezakan yang mana satu ayat Allah dan yang mana pula ayat K.Subramaniam. Inilah yang sebenarnya kita marah dan benci - apabila orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya memetik ayat suci al-Quran untuk tujuan politik dan meraih undi!

Nampaknya, para pemimpin muda PKR sangat cetek dan jahil dalam hal ehwal agama, sehingga mereka tidak dapat mengesyaki sedikit jua pun "kecacatan" tafsiran dan terjemahan yang dibaca oleh Subramaniam. Jika kita biasa membaca al-Quran dan tafsirnya - kita akan mudah menghidu dan merasai "keganjilan" terjemahan atau tafsiran yang sedang dibacakan oleh Subramaniam itu - struktur ayat serta gaya bahasa yang dibacakan oleh beliau sangat jauh daripada kebiasaan tafsiran dan terjemahan yang kita baca saban waktu.

Sekali pun kita jahil bahasa Arab - tetapi, sekiranya kita rajin membaca al-Quran dan terjemahannya - kita bisa sahaja mengetahui dengan mudah sama ada sesuatu terjemahan ayat al-Quran itu betul atau pun sebaliknya! Soalnya sekarang siapa yang sanggup menanggung dosa terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Subramaniam ke atas agama Allah ini? Nik Aziz? Anwar Ibrahim? Atau Shamsul Iskandar?

Jika budaya ini berterusan - PKR dan DAP terus menerus menghina Islam, jangan kita tangisi, lambat-laut, Malaysia pasti ditimpa bala. Sebabnya, adalah berpunca daripada sikap ulama-ulama PAS sendiri, yang berdiam seribu bahasa tatkala agama Islam dipijak-pijak dan dihina oleh para pemimpin PKR dan DAP atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara! Takbir!

PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar. Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka."

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas. Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

10 comments:

Anonymous said...

Terima kasih byk2 drp kami di Walk4Gaza atas link tuan. Teruskan perjuangan dan insyaallah kebenaran akan teserlah jua.Kuasa Allah swt melebihi kuasa manusia justeru kini, PKR semakin hilang punca. Retak menanti belah. Samada kita sedar atau tidak, mereka semakin terdesak gilakan kuasa sehingga rela melacurkan maruah agama dan bangsa!

Anonymous said...

saudara azli shukri saya budak sentul saudara megemukakan tajuk -bersediakah pas pikul dosa mengenai isu tafsir al quran oleh k.subramaniam bagaimana dia boleh meyambung ayat al quran separuh megikut citarasanya begitu dan apa yg berlaku di dun perak adun dap memegang al quran sambil memetik ayat suci kita saya sebagai budak kecil cuma nampak satu saja....[NIAT]niat ingin mencari keadilan,kebenaran dan keikhlasan ...sekarang bandingkan [NIAT]al quran mana boleh bikin jalanraya SAMY VELLU.....NIAT SUDAH TUKAR JADI MEMPERLI ......ZAMAN DULU MANA ADA PISAU CUKUR....NIAT MAHATIR SUDAH TUKAR JADI KURANG AJAR...HANYA ITU SAJA YG MEMBEZAKAN Perjuangan PR DAN BN SUDAHLA SAUDARA AZLI JANGAN JADI PEGECUT...BUDAK SENTUL

pengali kubur said...

Kenapa harus org yg bukan islam mentafsir ayat suci alquran kenapa tiada satu perwakilan yg berugama islam memberhentikan dan menegur K Subra jangan lah kerana politik ayat ayat alquran dijadikan taruhan sepatut nya subra mengambil contoh dari ugama(Hindu) tak perlu mengambil contoh dari ayat ayat alquran itu kalau gila nak mentafsir alquran masuk islam jangan menghina org islam macam mana kaumlain menghina ugama hindu ada kah kaum india akan marah.Allah akan membalas apa yg telah puak puak pas/pkr buat selama ini kerana ingin lihat org melayu bangkit dan menyuruh kaum lain membaca dan mentafsir alquran org melayu tidak bodoh macam pemimpin PKR/PAS kamu semua akan dilaknat olih allah aku doakan agar allah membalas segala perbuatan pemimpin PKR/PAS dengan azab.

joegrimjow said...

tengah cari video youtube pasal ni
huhu

miss banyak sebab demam

oRang kAmpong said...

Budak Sentol.Niat Us Subramaniam hang tu kita org tau dah hang xpayah dok cetalah.yg dipertikaikan ayat dia xbetoi.xada sape pon kalangan korang yg tegor SAMDUL.aku percaya ustaz subramaniam hang ni baca kitab hindu pon xpandai.memandai nak baca kitab lak.Aku bukan budak Sentul aku Budak KERALA.Made in India.

eM JaY... said...

ambo pun tak sabar nak dengar apa kenyataan nik ajis mb ambo seterusnya.pas semakin karutt..!!!

airman_1 said...

allo beb!! don't ask silly question laa..pas is not party islam dia party politic je......

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

budak sentul ni kata orang pengecut...tp di lagi pengecut...hahaha.. biasa la budak2 PAS memeng macam tu... Niat menghalalkan cara la maksudnya. inilah beza nya perjuangn PAS yang hanya halalku wal haramu...

Bukan Budak Sentul

a ali /46sekupang said...

salam Azli-yang salah tu ialah barua yang dibelakang yang tolong terjemah/tulis bagi mangkok hayun ini memberi ucapan.harapan saya orang yang tolong tulis terjemahan ayat ini insaf dan bertaubat.tolong jangan putar belit ayat Al-Quran.tetapi Allah tetap memelihara wahyu Dia yang sudah berjalan lebeh 1400 tahun itu.ALLAHHUAKBAR!.