Tetamu Kehormat...

November 15, 2010

Isu PAS Ganti UMNO : Bulan Bukanlah Satu

Isu PAS Ganti UMNO
Bulan Bukanlah Satu


Saya sangat bersetuju dengan rencana yang saya petik dari Berita Harian di bawah ini. Rencana ini menceritakan tiada kehebatan sedikit pun dengan seminar "PAS Sedia Ganti UMNO" yang diadakan kelmarin. Seminar tersebut boleh dikatakan tidak ada faedah dan idealisme perjuangan, selain daripada gambaran yang jelas terhadap kekusutan pemikiran yang sedang dialami dalam kalangan pemimpin PAS.

Saya juga bersetuju, slogan PAS sedia ganti UMNO harus ditukar kepada "PAS sedia Bekerjasama dengan UMNO" - ia lebih nampak molek dan menunjukkan sifat ukhwah Islamiyyah sesama saudara SeIslam. ahli PAS dan UMNO merupakan orang Islam, nak ganti-mengganti apa lagi, bukankah elok bekerjamasa dan bermaaf-maafan sahaja.

Kempen ini juga seolah-olah membuktikan bahawa PAS tidak sekuat yang difikirkan. Malah, untuk mengukuhkan parti tersebut, PAS terpaksa merayu undi daripada ahli-ahli UMNO sendiri. Sedangkan sebelum ini, ahli-ahli UMNOlah yang sering menjadi mangsa cacian, makian, carutan dan pelbagai lagi kata kesat dan sesat - seolah-olah semua ahli UMNO confirm masuk neraka. Tetapi, apabila PAS melancarkan kempen "Sedia Ganti UMNO", maknanya sasaran kempen PAS adalah ahli-ahli UMNO dan mengharapkan ehsan undi daripada mereka demi mengukuhkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.

Tetapi, malangnya selama ini cara politik PAS yang suka mengkafirkan ahli UMNO dan memandang jijik kepada penyokong UMNO - membuatkan ahli UMNO dan PAS saling bermusuhan sehingga ke liang lahad. Sekarang, baru PAS tahu, untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang, undi ahli-ahli UMNO sangat diperlukan. namun demikian, nasi sudah menjadi bubur, sewaktu UMNO mengajak PAS untuk bekerjasama, pemimpin-pemimpin PAS sombong dan ego, serta menolak ayat Allah yang menyeru agar umat Islam bersatu-padu, mereka lebih percaya kata-kata Nik Aziz daripada ayat Allah.

Dan kini, PAS sangat terdesak untuk memperoleh undi daripada ahli-ahli UMNO, soalnya mengapa baru sekarang PAS sedar dan sangat memerlukan UMNO? Elok rasanya PAS terima nasihat TS Muhyiddin, tinggalkan sahaja DAP dan PKR, berdiri atas kaki sendiri atau pun bekerjasama dengan UMNO, InsyaAllah negara kita aman sentosa. Wallahualam. Baca rencana menarik di bawah :

1. TIADA APA YANG hebat atau luar biasa pada seminar ‘PAS sedia ganti UMNO' anjuran Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kelmarin. Yang jelas, PAS masih mengalami krisis identiti, tidak tahu sama ada akan terus berpegang prinsip perjuangan menegakkan sebuah negara Islam atau menggadai prinsipnya demi cita-cita merampas Malaysia daripada UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

2. Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui PAS tidak akan dapat memimpin Malaysia jika hanya mengharapkan sokongan ahli PAS semata-mata, sebaliknya turut mengemis undi ahli UMNO. “Kita tidak boleh menang dengan undi kita saja. Kita perlu undi (daripada) yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita termasuk orang UMNO,” katanya ketika merasmikan seminar berkenaan yang dihadiri 1,000 peserta.

3. Sambil mengakui teras politik di negara ini ialah Melayu dan Islam, beliau berkata, adalah perlu parti itu mengukuhkan kedudukannya sebagai satu organisasi dengan strategi yang baik sekali gus mendapat kepercayaan ‘Melayu UMNO' untuk menyerahkan tampuk kepemimpinan negara ini kepada PAS. Mendengar kata-kata Abdul Hadi itu, timbul tanda tanya adakah PAS tidak yakin dengan kesetiaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP yang kononnya rakan karib mereka untuk memberi laluan kepada cita-cita parti berkenaan untuk membentuk negara Islam Malaysia.

4. Persoalannya, kalau PAS yakin dengan PKR dan DAP, kenapa Abdul Hadi menegaskan parti itu perlu mendapatkan undi daripada ‘Melayu UMNO’ dan pada masa sama berharap UMNO akan menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada parti itu secara terhormat? Adakah disebabkan barisan kepemimpinan PAS tidak yakin dapat menarik masyarakat bukan Islam menyertai dan menyokong parti itu melaksanakan pemerintahan Islam mengikut acuan parti itu?

5. Walau apapun alasannya, PAS ketika ini seolah-olah merayu supaya ‘Melayu UMNO’ membantunya pada pilihan raya umum akan datang kerana menyedari parti itu tidak begitu kuat dan ampuh menahan asakan daripada PKR dan DAP yang secara jelas menolak dasar perjuangan PAS.

6. Lebih tepat lagi jika dikatakan PAS ketika ini berada di persimpangan jalan serta serba salah kerana hendak ke kanan tidak kena, hendak ke kiri pun tidak kena dan jika terus ke depan risau pula akan tersungkur. Jalan terbaik bagi PAS ketika ini ialah cuba memenangi hati ‘Melayu UMNO’ untuk mengundi mereka atau mengharapkan keajaiban supaya barisan kepemimpinan UMNO hari ini bermurah hati menyerahkan semua kerusinya kepada PAS.

7. Keadaan PAS dalam pakatan pembangkang tidak lebih sebagai ‘pak turut’ yang terlalu bergantung dengan PKR dan DAP, seolah-olah tidak percaya dengan diri sendiri sehingga kelebihan yang ada tidak digunakan sepenuhnya. Selain itu, ucapan Abdul Hadi itu juga tiada bezanya dengan ucapan pemimpin PAS lain sebelum ini yang penuh kutukan dan cacian.

8. Pemimpin PAS seperti kebiasaannya sentiasa mendabik dada dan takbur atau ‘ masuk bakul angkat sendiri’ merekalah pejuang Islam sejati dengan harapan supaya orang ramai percaya diri mereka bersih, amanah, berwibawa dan berwawasan. Terbaru, Abdul Hadi turut menyifatkan perjuangan menentang UMNO lebih sukar daripada berdepan ‘orang gila atau bodoh’.

9. Inikah sikap seorang pemimpin bergelar ‘tok guru’ yang bercakap soal akidah, akhlak dan ibadat dalam Islam, tetapi sanggup membandingkan orang lain dengan perkataan ‘kurang ajar’ dan tidak manis didengar? PAS juga kini dalam keadaan tertekan apabila BN mampu mencipta kemenangan di Galas, selain hampir menawan Manek Urai, kedua-duanya di Kelantan. Pencapaian itu turut memberikan imej BN semakin tinggi di kalangan rakyat Kelantan.

10. Bisik-bisik seorang peserta seminar yang menegaskan lebih baik tajuk seminar ‘PAS sedia ganti UMNO’ itu ditukarkan kepada ‘PAS sedia bekerjasama dengan UMNO’ ada kewajarannya. Katanya: “Ucapan presiden parti (Abdul Hadi) seolah-olah menggambarkan PAS tidak cukup kuat sehingga perlu merayu undi ahli UMNO untuk membentuk kerajaan Islam”.

11. Sehubungan itu, melihatkan keadaan PAS ketika ini, ramai ahlinya masih tertanya-tanya adakah dasar perjuangan parti itu yang berlandaskan ‘Wawasan Akhirat’ seperti diperkatakan Abdul Hadi itu akan menjadi kenyataan atau hanya sekadar slogan dan omong kosong? - Berita Harian

3 comments:

ANJ said...

MELAYU SUDAH PANDAI

Melayuku kini sudah pandai
Bukan pandai bersatu padu
Tetapi pandai berpecah belah
Bukannya pandai bersyukur
Tepi pandai kepada kupur.

Ada melayu sanggup kejasama
dengan parti mencabar Islam
Tunggu masa saja bertindak
Langkah mayat kami dahulu
Jika mahu tubuh negara Islam

Hati melayu pun sudah layu
Ada melayu pilih jalan tengah
Ada melayu keluar dan jadi bebas
Ada melayu sengaja cucuk jarum

Kini wujud pula cerita baru
Melayu tidak mahu ambil tahu
Siang malam cuma kerja sahaja
Cari duit makan untuk anak bini

Oleh: Nurimanja,
Catatan pengalaman sendiri
12hb, November, 2010.

bboyhasif89 said...

salam. mintak pautkan blog sy. http://bboyhasif89.blogspot.com

mari kita bersama bebaskan negara ini dari kafir harbi

Anak Jawa said...

salam saudara... minta saudara add blogs ni dalam blog saudara. jasa saudara sgt diperlukan... tq

http://alahaisiluncai.blogspot.com

http://dankuala.blogspot.com

http://ujangranggi.blogspot.com

http://anaksufi.blogspot.com

http://anakcucujawa.blogspot.com

http://bahteramerdeka53.blogspot.com/

http://laksabentan.blogspot.com/