Skip to main content

Isu Menara Warisan 100 Tingkat : Hujah Mahathir Lebih Relevan

Isu Menara Warisan 100 Tingkat
Hujah Mahathir Lebih Relevan

Saya meneliti kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib berkenaan isu Menara Warisan 100 Tingkat - terbukti hujah Tun Mahathir lebih relevan dan menepati suasana. Antara isi hujah yang kuat diberikan olen Tun Mahathir ialah - menara 100 tingkat itu bakal mewujudkan masalah lebihan bekalan dalam sektor hartanah. Hal ini, menurut Tun Mahathir sudah pun berlaku di Dubai - bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina di sana, pada saat ini hanya tinggal sebagai perhiasan dunia semata-mata, sedangkan pada hakikatnya dipenuhi dengan ruang kosong yang tidak berpenghuni. Sekiranya Dubai, sebuah negara yang tersohor dan kaya-raya itu pun terbukti gagal menguruskan bangunan-bangunan pencakar langitnya - apakah kita fikir Malaysia mampu melakukannnya dengan lebih baik?

Tun Mahathir mahu kita belajar daripada kegagalan kerajaan Dubai - bangunan pencakar langit bukanlah lambang kekukuhan ekonomi sesebuah negara - boleh jadi ia hanyalah simbol kemegahan dan legasi semata-mata. Hujah Tun Mahathir lebih berpijak di bumi nyata - Menara Berkembar Petronas sudah memadai untuk menjadi mercu tanda negara, bahkan terdapat banyak lagi ruang di menara tersebut yang masih belum sepenuhnya diisi dan digunakan. Yang kita bimbang - Menara Warisan 100 Tingkat yang bakal dibina itu, bakal dipenuhi dan diisi oleh bangsa lain untuk berniaga, manakala orang Melayu pula seolah-olah menjadi pelancong yang datang bersama-sama keluarga untuk bergambar dan menjamu selera, sambil melepak cuci mata! Aduh, malangnya bangsaku!

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetepikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. “Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini. “Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.

Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes. Semalam, Dr Mahathir memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan Warisan Merdeka di ibu negara, yang akan mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina ketika era kepimpinan bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan. “Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir. Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.

Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011. Sayap pelaburan kerajaan PNB mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabitkan dana pendeposit ataupun awam.

Najib berkata projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan. “Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan. “Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.

Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: “Ia merupakan kenyataan yang semberono.” “Kita bercakap mengenai kesinambungan. “Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia,” kata Najib lagi.

“Jik anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi. “Baik kita bayangkan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir,” kata Najib.

Comments

saya sokong pembinaannya sebab ia boleh merangsang perkembangan ekonomi negara dan juga menyumbang kepada sumber pekerjaan kepada sektor pembinaan dan hartanah...soal bangunan kosong tidak timbul kerana kita boleh menyewanya kepada penyewa dgn harga yg berpatutan.
amieiezam said…
salam tuan,

bila tun M buka mulut, memang ia punya ISI yang PADU lagi KUKUH.

saya menyokong pembinaan tersebut kerana BERHARAP ia AKAN dikuasai PENIAGA & PENGUSAHA BUMI dan MELAYU dgn harapan tidak berlaku seperti mana di alamanda dan KLCC.
Bagaimana pula pandangan tuan dalam hal penggantian jambatan baru keatas Tambak Johor?
jon said…
dahulukan mana yg lebih penting, jambatan! mungkin itu maksud Tun.
oRang kAmpong said…
Rasanya amat xdak adil klu kita nak batalkan pembinaan menara 100 tingkat tu atas byknya protes dr ngo2 cina di face book mereka.depa memang cemburu dgn pencapaian org melayu klu blh biar org melayu ni hanya berniaga di pasar2 mlm jer.Lagi pon kita guna duit kita duit org melayu bukan duit kerajaan.Dpd PNB beli syarikat omputih dan dan syarikat cina hak dah nak mampos tu lebih baik beli asset.Rugi aku berani kompom xrugi asset kat Golden Triangle lak tu.Pesan aku kat apek2 tongkang dan amoy2 ipoh mali talak sombong yg melalak tak tentu arah tu,APEK AAAA... OLANG MELAYU TAK TAU NIEGA TAPI LIER OLANG MANYAK PANDAI SIMPAN WANG.LAGI SATU AAAA...APEK OLANG MELAYU AAAA...SIMPAN OLANG PUNYA WANG LIER OLANG MANYAK AMANAH OOOO...Luu olang blh tengok PNB,LUTH,LTAT dan manyak lg ooo.Luuu olang apasal manyak mareee kita olang angkat itu syer BSKL bukan FREE maaaaaa...ADA BAYAR PUNYA APEK OOOO....Pas tu dr penawaran space utk disewa mungkin xjadi masaalah sgt.Rasanya byk lg badan2 berkanun kerajaan dan anak2 syarikat kerajaan yg masih menyewa di bangunan swasta xkan xblih tarik bawak kat sana.klu idak apa guna kita merentah.kat Dubai org arab cuma ada minyak jer yg hendak di niegakan pas tu minyak lak bukan depa yg niega Amerikano yg niega depa duk kutip royalti jer.puak2 arab tu beli jubah kat Suria KLCC.abis camno tak rugi percayalah.bos aku dah tempah 2 floor buat opis dier nak ekspot getah buku.he he he.
joehan said…
aku berbelah bahagi dgn projk ni..ade pro n kontra..cadangn projk ni dibuat di kg baru amat baik..nilai hrtanah bumi kn meningkt..tp kite kne pastikn bgunan ni disewa oleh org2 melayu/islam agar ekonomi kite mkin kuat n kukuh..pd pandangan aku melayu skrng semakin rmai berniaga..n harap kerajaan pusat btul2 serius utk membantu peniaga2 melayu ni.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Kenn said…
Bukan org ramai tidak tahu siapa itu PNB? Apa raison d'etre PNB?

Kalau ianya benar-benar swasta, kenapa kerajaan tampak beria-ia sangat?

Harus di ingat, PNB sangat berkait rapat dengan TABUNG-TABUNG AMANAH. Penjagaan penabungan orangramai dengan amanah.

Petronas carigali minyak. PNB?
Cari Gali Tahi Hidung
Anonymous said…
apakata kalo jumlah rm5 bilion tu dipecah2kan dan digunakan untuk pembangunan komersial di bandar2 yg berlainan..pasti kepesatan ekonomi juga dirasai selain KL..
x perlu gila2 nak bina bangunan tinggi2..lagi pon adakah negara kita sudah mampu dan lengkap peralatan/kepakaran untuk menanggani faktor keselamatan...contoh kebakaran dibangunan tinggi..
sebenarnya kita masih belom diuji secara serius
Anonymous said…
Saya adalah seorang yg tidak bekerja dan duduk dikampong, mempunyai simpanan ASB sebanyak 100,000 ribu. Pada tahun lepas saya mendapat 8,500.00 sebagai dividen. Duit itulah yg saya guna selama setahun untuk belanja harian dan mengurus 3 anak yg masih bersekolah. Saya hanya bergantung kpd dividen ASB setiap tahun dan beratus ribu lagi manusia yg bergantung hidup dengan nya. Kalau simpanan kami tersebut akan digunakan untuk pembinaan nya, banyak mana dividen yg akan kami terima pada setiap hujung tahun pada masa2 akan datang. Tuan tuan makin bertambah kaya, jadi fikirkan kami rakyat marhaen yg amat bergantung kpd dividen ASB sebagai punca rezeki. Fikir fikirkanlah. JANGAN IKUT NAFSU.
bagi saya pembinaan menara warisan dan juga sebarang pembinaan dalam kawasan sejarah malaysia sangat2 tak releven..korang perasan atau tak, setiap kali ad bangunan baru, dah yentu harga pasaran meningkat, BETUL?? so korang fikir logik la, mampu ker orang melayu generasi selepas ini yang baru mula nak hidup beli kuota2 bisnes dalam pembinaan seperti ini.. orang luar dah confirm2 masuk line punya dan sudah tentu diluluskan sebab perbezaan nilai matawang..cthnya, pavillion..bangunan gah dalam malaysia, tapi sewa kedai giler mahal. ok itu satu hal, satu lagi, alamanda putrajaya, perasan tak isu dan realiti dalam tu,c'mon guys, nie malaysia, negara kita, MELAYU punya.. n utk bangsa lain dalam malaysia, statment saya bukan atasa dasar rasict atau ap, cuma saya kesiankan orang melayu, pakcik2 dato2 yang BODOH OTAK GARA2 DUIT SELAMBAK tu!..fikir, betul n ada logik kata dr.M, bangunan tinggi bukan untuk dibangga.tapi kena sedar konspirasi dunia, realiti kos dan sebagainya.. silap haribulan NEGARA TERGADAI TANPA SEDAR!!! c;mon orang MELAYU!! UMNO skrg pun rasionalnya saya dah tak nampak perjuangan membela melayu// dalam UMNO memang ramai melayu..tapi IKHLAS X MEMPERJUANGKAN MELAYU?? sumpah saya cakap, ap parti pun la..manifesto berlambak2..tapi, melayu tetap mundur dalam negara sendiri.. jangan kita pandang MELAYU yang dah berada di atas sgt tu, sebab rasional yang kat atas tu kuantiti cuma sedikit berbanding bangsa lain.. ISU mernara warisan nie patut di share n masuk media.. sebab 'MEREKA' mungkin kononnya tau apa akan jadi dengan pembinaan menara yang kononya akan beri kesan masa panjang, tapi ingat, ALLAH lebih tahu segalanya..MALAYSIA yang dikatakan negara ISLAM dan mula nak JADI BONGKAK!! saya tgk secara total pun masing2 dan lupa yang KITA NIE SEMUA SEBENARNYA HAMBA ALLAH jer! so, x perlula nak bermegah2..pembinaan nie kalau membantu orang melayu atau follow tujuan asal iaitu buka peluang bisnes untuk community, SAYA SOKONg!! tapi sumpah, sekrang diorang cakap mcm nie, tapi tunggula apa akan jadi bila bangunan hazab nie dah siap..PNB memang dilihat sebagai hero dlm hal nie..tapi dude, fikirla, bantu rakyat yang susah dulu as per what libya n brunei done!

assalamualaikum.*ok haters, bring it on!

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca