Tetamu Kehormat...

November 14, 2010

Inikah Sebabnya DAP Marah?

Inikah Sebabnya DAP Marah?

Agaknya, mungkin ini yang menyebabkan orang Cina dan DAP marah sangat pada orang Melayu dan tidak berpuas hati dengan Hak Keistimewaan orang Melayu yang sedia. Wallahualam.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400 .

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ...

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10, 847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

13 comments:

Tamingsari said...

Satu pendedahan yang bagus...

Sekurang-kurangnya rakyat tahu...

Tahniah bro azli....

Terpulanglah pada niat masing2 utk menilai.

Mungkin nanti ada yang bertanya, bagaimana elaun isteri PM? Tak de ke?

Itu saje modal pembangkang yang ada.

Taming sari

Muhammad Azli Shukri said...

tq bro

zul said...

terima kasih atas info yg dikongsi ni

azren said...

jgn kita lupa cube kita tgk pulak pendapatan pemilik sykt-sykt besar yg byk dibantu oleh projek kerajaan yg mana kebanyakkannya dimiliki oleh kaum cina spt YTL,Sunway dan banyak lagi..

Anonymous said...

bagi aku elaun diraja ini wajib ada. Ini merupakan sumber pendapatan diraja yang mana dahulu pendapatan ini berpunca dari hasil cukai dalam negeri yang sekarang sudah dibayar kepada kerajaan pusat.


shah, muar

Anonymous said...

patut diorang tak boleh marah, sebab ceo genting lagi mahal elaun dia.

Anonymous said...

bg aku jumlah gaji pm,timbalan,menteri2 berbaloi dgn tugas yg diorg buat.Kena fikir masalah negara,rakyat,ekonomi,parti mcm2 lg.Bukan senang..

aku ni kerje sndri dan buat part time mlm,pendapatan tahunan aku lg tggi dr pm.haha..

The Aminos said...

Hmmm.... boleh tahan tapi oklah.... maknanya banyak lagi yang kaya dari sultan2 kita ni. Patut diberi lebih lagi pada sultan2 kita

Anonymous said...

parti-parti politik tertakluk kepada perlembagaan bukannya atas perlembagaan.Maka parti-parti politik ini jangan pula bagi betis nakkkan peha. Jangan sampai Raja-Raja Melayu hilang kesabaran.

Anonymous said...

Yang berhak mengikut perlembagaan, skim perkhidmatan, enakmen atau adat sekalipun, biarkan status-quo begitu. Yang dipertikaikan ialah KETIRISAN spt projek bernilai jutaan ringgit dibagi kpd syrkt yg tidak layak dari segi modal,lesen dan pengalaman.Diberi semata-mata hasil lobi dan ampu di padang golf dan coffee house.Hakikatnya, skim ali-baba dah jadi biasa, diterima salah satu jalan cepat kaya atas angin. Tapi, dlm sektor perdagangan tak berani pulak melayu nak cebur, kononnya risiko tinggi.

DR NO

Anonymous said...

Terima kasih bro atas info yang dikeluarkan.

Sekarang saya nak dedahkan pula kekayaan orang Cina di negeri ini. Daripada 10 orang billionaire yang ada di negara Malaysia ini, 8 orang daripadanya adalah kaum Cina. Yang mendahului senarai adalah raja Gula Tan Sri Robert Kok. Harta Robert Kok sahaja mungkin melebihi semua harta 9 raja-raja Melayu.

Pergilah ke mana bandar dalam Malaysia ini. Kita akan dapati 90% bangunan dalam bandar adalah kepunyaan atau dimiliki orang Cina.

Jadi diharap tidak ada perasaan dengki dengan apa yang diperolehi Raja-raja Melayu. Memang hak Raja Raja Melayu.

Daulat Tuanku!

Melanau said...

salam abg azli minta untuk di catatkan di wall saya...

Anonymous said...

janganlah biadap, guna isteri boleh lah, janganlah sampai guna bini. Bini PM TPM MB atau KM ke boleh lah lagi. Raja-raja Melayu dan kerabat bagilah sedikit penghormatan, tu pon klu hang Melayu.

Jangan cakap inikah sebabnya DAP marah, banyak orang MCA cakap perkara ini. Kalau nak di kira DAP ada Melayu, MCA semua Cina. Tapi kan MCA bertuankan Umno, ok lah tu memang itu yang kita dalam Umno mahukan.

Temgok kat batu sapi dan galas orang cina melalui MCA dah mula percayakan gimik 1 Malaysia tu. Yah!! Umno masih tuan kepada MCA dan MIC.