Tetamu Kehormat...

November 8, 2010

Di Bawah Bulan Yang Berbeza

Nik Aziz Nik Mat 2010
Di Bawah Bulan Yang Berbeza

Oleh Tarmizi Md. Jam

1. Lebih baik terlambat dari tidak sedar langsung. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan pemikiran penyokong PAS Kelantan mengenai Nik Aziz. Selama 20 tahun Nik Aziz dipuja bagai dewa, gambarnya dilekatkan di kereta-kereta, malah digantung di rumah-rumah bagaikan tokong oleh penyokong-penyokong PAS. Jangankan mengkritik Tok Guru itu, mempersoalkan kata-katanya juga tidak boleh dan dianggap mengundang bala kerana keramatnya Nik Aziz mengikut pemikiran mereka.

2. Bekas rakan sepejabat penulis, seorang jurutera dari Kelantan juga adalah antara pemuja tegar Nik Aziz dan cukup gerun jika penulis mengkritik Nik Aziz. Begitulah hebatnya penangan Mursyidul Am PAS, Dewa Nik Aziz Nik Mat ini sehingga golongan terpelajar juga terpengaruh. Pada suatu ketika, Nik Aziz dilihat sebagai berfikiran matang, Ulama sebenar, tidak terpalit kotoran politik walaupun menduduki takhta tertinggi Parti.

3. Nik Aziz juga dilihat cukup tegas dengan pendirian yang tidak suka bercampur gaul dengan bukan Islam jauh sekali bekerjasama dengan mereka. UMNO dianggap kafir hanya kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC lalu semua pengikut Nik Aziz juga menelan fatwa tersebut bulat-bulat sehinggakan ada rumah tangga dan masyarakat kampung bergaduh dan berpecah belah.

4. Selama 20 tahun Dewa Nik Aziz ini berjaya melemahkan masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi hari ini, Alhamdulillah! Kita sudah melihat semakin ramai Umat Islam di Malaysia yang sedar dan mula mempersoalkan pendirian dan pemikiran Nik Aziz. Buktinya ialah keputusan Pilihanraya Kecil Galas yang memihak kepada BN dengan majoriti undi melebihi 1,000.

5. Sesiapa yang mengikuti kempen pilihanraya di Galas juga boleh melihat sendiri bagaimana Nik Aziz ditempelak dan calon PAS juga terpaksa berhadapan dengan soalan-soalan dan peringatan-peringatan dari rakyat yang tidak puas hati atau berang dengan pentadbiran PAS selama ini. Ini bukti jelas bahawa Nik Aziz bukan lagi dewa, pendita, tokong, wali jauh sekali Mursyid. Dia kini hanyalah seorang tua nyanyuk, manusia tanpa pendirian, pemimpin yang tiada kredibiliti dan perosak ummah.

6. Nik Aziz begitu takbur, bongkak dan riak dengan ilmu agamanya yang pada hakikatnya tidaklah seberapa dengan sekeping kertas pengiktirafan dari Deobond India. Sikap Nik Aziz langsung tidak menepati ciri-ciri Ulama yang sepatutnya merendah diri. Dia sering menghina, memperlekeh dan merendahkan orang lain dan pemimpin lain yang tidak sebulu dengannya, yang mana amat bertentangan dengan ajaran Islam.

7. Hari ini, segala apa yang dituduh dan ditujukannya kepada orang lain mula memakan dirinya sendiri. Jika dulu dia menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai gila kuasa tetapi kini nampaknya dia jauh lebih gilakan kuasa dari Tun Dr. Mahathir yang telah lama bersara walaupun pemikiran beliau masih mengungguli para pemimpin dunia yang lain. Sedangkan Nik Aziz sendiri mengakui ingin terus berkuasa selama yang mungkin.

8. Nik Aziz sedang meniti kejatuhannya secara perlahan-lahan. Namun, ego yang melebihi saiz serbannya tidak membenarkan dia mengakui hakikat ini. Dia yakin syurga adalah miliknya. Keangkuhannya mampu menggetarkan hati siapa saja yang mendengar. Sebagai saudara seagama, dengan penuh rendah diri dan insaf, kita mendoakan agar Nik Aziz sedar dan kembali berpijak di bumi nyata. Seorang wali tidak akan sekali-kali angkuh, bongkak, takbur dan ego. Seorang Mursyid tidak akan sekali-kali menghina dan memperlekeh orang lain. Seorang Ulama tidak akan sekali-kali memecahbelahkan Ummah dan mengeluarkan fatwa yang bertentangan mengikut kepentingan politik partinya.

9. Malah seorang Ulama sebenar tidak akan turut berpolitik tetapi akan menghabiskan masanya berbuat kebajikan, menyebarkan dakwah dan memimpin ummah menjadi manusia yang mampu membawa kebaikan kepada dunia dan di masa sama mampu menjaga iman sepanjang hidupnya. Terpulanglah kepada orang-orang sekeliling Nik Aziz, iaitu ulama-ulama yang mengakui diri mereka sebagai saudara seagama, sahabat dan rakan seperjuangan politiknya untuk menjalankan tugas mereka membawa Nik Aziz kembali ke alam kenyataan.

10. Sesungguhnya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk saling memperingatkan sesama mereka agar tidak alpa dan tidak melampaui batas memandangkan merekalah yang melantik diri mereka sendiri sebagai ulama.

9 comments:

Anonymous said...

MANA ADA BULAN BERBEZA LI? BULAN SATU JERR....KADANG KADANG NI YG WAT ORG MENAYU SUSAH NAK DITAFSIR, TERLALU BYK BERKIAS,LAIN KALI CAKAP TERUS KASI JELAS..BULAN BERBEZA LA,BULAN TUJUH LA,KUIH BULAN LA.....HUHUHUHU

Pengallas

Muhammad Azli Shukri said...

tingginya budaya orang Melayu adalah kerana kiasan kata-katanya dan bukan caci maki atau umpat keji...

irs-Hursaini said...

Hebatnya Pok Nik,
Hinggalah Presiden parti pun dia boleh tutup mulut.
Apatah lagi Naib timbalan.

Tapi kena ingat, orang yg paling berkuasa ialah orang yg berada di kiri dan kanan poknik, yg banyak 'mengkontrol' poknik.

Seperti yg anaknya cakap dulu2.. ayahnya dikontrol oleh orang kiri kanannya..

Sapa lagi kalau bukan....

MANTRA said...

Salam Azli... tidak terlambat ucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah. Semoga hari2 mendatang disinari rahmat Allah...

Back to your posting... r u sure its "the" Tarmizi who wrote that? Sungguh tidak percaya... ha ha

muslimkaya said...

salam, mendoakan rumahtangga tuan akan aman dan damai serta menjadi suami yang soleh.

nik aziz?moga beliau letak jawatan awal dan fokus pasa ibadat..kalau nak menyumbang pun, jangan la keluar statement yang melambangkan diri tidak cerdik dan seolah2 menggunakan agama untuk politik..

Juhari said...

Satu tulisan yang keluar dari hati saudara Azli yang ikhlas untuk menegur pemimpin yang telah menyimpang jauh daripada seorang ulama yang tulin.

Nik Aziz dilihat tidak lebih daripada seorang ahli politik yang akan memperkatakan kebenaran dirinya sahaja dan tidak mengakui kebenaran orang lain.

Maka terjadilah hukuman yang berbeza bagi partinya dengan parti lawan iaitu UMNO. Kalau UMNO kata 2 x 5 = 10 dia akan kata jawapan itu tak betul tetapi kalau dia yang berkata jawapan itu betul.

Maka tidak hairanlah apabila wakil rakyat BN dari parit Perak masuk PKR sekejap dipujinya sampai ke langit. Tetapi bila dia melompat ke BN semula dia diumpat, dicerca dan dikeji tanpa belas kasihan.

Seorang ulama akan berkata benar walaupun pahit. Kalau kesalahan dilakukan oleh ahli partinya sendiri dia mesti tegur. Mat Sabu berkhalwat dengan isteri orang pun dia sanggup pertahankan kerana Mat Sabu itu adalah orang dia, ayam tambatannya pada masa kejadian itu berlaku.

Tetapi mutakhir ini kesedaran sudah mula meresap dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS yang berfikiran terbuka. Mereka sudah mula berani berkata bahawa Nik Aziz tak betul. Suara-suara ini datang dari kalangan pemimpin muda PAS terutamanya daripada ketua Pemuda PAS sendiri.

Adalah diharapkan trend ini akan berterusan sehingga mereka melihat bahawa Nik Aziz bukan ulama. Dia hanya berlagak sebagai ulama melalui pakaiannya tetapi tidak pada sikapnya dan pendiriannya terhadap orang lain yang tidak sama pendapat dengannya.

Moga-moga Nik Aziz diberi petunjuk dan hidayah sebelum dia melepaskan jawatan MB Kelantan.

Muhammad Azli Shukri said...

sama2 kita berdoa agar nik aziz kembali ke pangkal jalan.

Esperalzi said...

Nik NAJIS ni seorang pelampau, ektremis, fanatik dan chauvinis, sama seperti al-Qaeda dan Osama Laden..org macam ni merbahaya kepada kemaslahatan masyarakat..

Muhammad Azli Shukri said...

esperazi - PAS memang parti merbahaya