Tetamu Kehormat...

November 30, 2010

Bersediakah Ahli PKR dan PAS Minum Air Basuh Kaki Anwar Ibrahim?

Bersediakah Ahli PAS dan PKR
Minum Air Basuh Kaki
Anwar Ibrahim?

Sebenarnya sudah semakin ramai yang muak dan menyampah dengan drama lakonan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim - puji-memuji sesama sendiri. Lama-kelamanan tidak mustahil ahli-ahli PKR akan mengagung-agungkan Anwar Ibrahim sebagai "Abuya" atau pun "Mullah" kalau tinggi sikit jadi "Ayatollah". Nasihat saya hentikanlah perbuatan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim, rakyat tidak lagi mudah ditipu dengan retorik pemujaan. Kita tidak mahu ahli-ahli PKR diperbodohkan, sehingga satu hari nanti tidak mustahil mereka sanggup meminum air basuh kaki Anwar Ibrahim pula - cukuplah dengan apa-apa kerosakan yang telah dilakukan oleh Ayah Pin terhadap masyarakat di Malaysia. Jangan terlalu memuji - akhirnya jatuh benci!

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pihak yang menggelar dan mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anugerah Tuhan' layak digelar orang kurang siuman. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, orang Melayu yang waras tidak akan sesekali menggadaikan maruah bangsa daripada dikorbankan semata-mata untuk meraih kepentingan politik.

Menurutnya, kenyataan yang diucapkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seperti sudah kehabisan modal hingga perlu memuji suami sendiri di depan khalayak ramai. "Wan Azizah ini seperti pemimpin boneka yang tidak tahu apa yang dia cakap sehingga perlu memuji suami untuk mengembalikan keyakinan ahli PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Zahid mengulas kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh yang menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

Tambah Muhammad Zahid lagi, Anwar memang mengharapkan perwakilan memuji beliau untuk menunjukkan di mata ahli PKR bahawa beliau masih mempunyai sokongan teguh daripada akar umbi. "Walaupun Wan Azizah tahu perangai buruk suaminya, dia tetap mahu menyokong kerana takut imej suaminya akan terus jatuh," ujarnya.

Sementara itu, bekas pemimpin PKR, Ruslan Kassim berkata, kenyataan Presiden PKR itu ibarat pihak yang terdesak kerana menyedari ramai ahlinya telah bertindak keluar parti. "Ucapan Wan Azizah seperti cuba menegakkan benang yang basah kerana orang sudah tahu perkara sebenar dan tidak akan terus terpedaya lagi," jelasnya. Menurutnya, PKR sedang menghadapi nilai krisis yang teruk dan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menamatkan riwayat parti itu.

"Parti itu sekarang menghadapi masalah kepimpinan serta krisis keyakinan daripada ahli parti dan boleh dikatakan riwayat PKR sudah seperti nyawa-nyawa ikan," katanya. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula menyelar kenyataan Dr. Wan Azizah itu kerana berpandangan ia merupakan satu tindakan jahat ahli politik berkenaan yang bertujuan memecahbelah perpaduan dan semangat setiakawan seperti amalan pemimpin terdahulu.

"Kenyataan Datin Seri Dr. Wan Azizah menentang ketuanan Melayu secara terang-terangnya merupakan satu penghinaan yang besar terhadap raja-raja Melayu dan orang Melayu. "JMM mengingatkan beliau supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana beliau juga pernah merasai nikmat hasil daripada ketuanan Melayu dengan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui kemudahan yang diterima," tegasnya.

Justeru katanya, JMM menyifatkan kenyataan Dr. Wan Azizah seiringan dengan tindakan Anwar yang sengaja menjalankan agenda provokasi isu-isu sensitif dengan menyentuh hal berkenaan kaum untuk memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian negara.

12 comments:

Anonymous said...

Dok jual temberang serata dunia.....tak malu ka?

anakmuda said...

topik berbeza-seandainya waktu pru 12 dulu, samy vellu dan sharizat boleh ditumbangkan, maka saya menyeru semua pengundi yang bijaksana dapat menumbangkan nama berikut demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air :
1.nazri aziz-padang rengas
2.khairy jamaludin - rembau
3. hishamudin - sembrong
4.chua soi lek - sekiranya dipilih menjadi calon
dan kita tolak pakatan rakyat habis-habisan

anaktua said...

Anakmuda, saya nak tambah senarai itu dengan memasukkan:

1. Anwar Ibrahim
2. Wan Azizah Ismail
3. Nurul Izzah Anwar
4. Azmin Ali
5. Nik Aziz b. Nik Mat
6. Saifuddin Nasution
7. Lim Kit Siang
8. Karpal Singh
9. Lim Guan Eng
10.Nizar Jamaluddin

Mereka inilah yang menjadi pengacau didalam negara.

Anonymous said...

..yang lobi & ampu utk dapat projek berjuta ringgit, kemudian jual secara ali-baba. Untung 5% atas angin buat joli katak termasuk pasang angan-angan nak berbinikan artis. Inikah wajah pejuang sejati ketuanan melayu ? Pi check, kerana tak jadi berita dlm Utusan Malaysia jangan ingat ini tidak berlaku. Dah jadi buah mulut lama dah...

DR NO

Anonymous said...

Kalau untuk berbicara soal moral dikalangan pemimpin yg ada d Putrajaya sekarang. Teringat saya ketika menjadi krew dalam pembikinan drama zaman muda dulu, ibaratnya kalau kalangan artis, kebolehan membaca doa makan dan dilihat pernah bersolat dilabelkan sebagai ustaz. Pun begitulah saya lihat kini kalangan kumpulan politik tertentu. Ia berlaku atas sebab perbandingan antara yang 'melabel' dengan org yg dilabel. Yg melebel jarang ber'bismillah' ketika melahap, apatah lagi solat yg kerap dilekakan, maka itu pihak yg dilabel tadi walaupun sekadar mampu baca doa makan, sudah dilihat sebagai tinggi ilmunya. Itulah sebabnya orang ada ketika orang alim dicaci. Malah sampai tahap tuan guru lulusan al-azhar pun dianggap sesat, kerana tuan guru kerap menterjemahkan ayat Allah yg tidak sedap didengar, juga jarang didengar diucapkan oleh 'ustaz kita'. Malah sesuatu yg tidak dilakukan oleh 'pakatan kita', adalah dianggap salah disisi agama andainya 'pakatan lain' melakukan, seperti berucap dlm masjid oleh 'pendatang''pakatan lain'.
Puncanya ialah kita diajar tentang tradisi, bukannya adab dalam agamanya.

Bercakap mengenai perjuangan, boleh tak tuan senaraikan pemimpin yg ada dipersada kini, pernah melalui kepahitan hidup dlm perjuangan sebelum diangkat menjadi pemimpin.
MaD Baling

Anonymous said...

Kalau betul dah tiada ketuanan melayu, maka berilah jawatan PM pada Lim Kit Siang kalau PR menang PRU nanti. Ada berani PKR, PAS? Bila dah tiada ketuanan Melayu, bukan hanya PKR dan PAS, DAP pun layak jadi ketua PR. Ada faham PKR, PAS?

Anonymous said...

Presiden PKR telah dengan rasminya di anugerahi gelaran PELACUR POLITIK....

Tenguk muka dia dah gelii.... Tenguk muka suami dia lagi tak laluu....

Anonymous said...

Secara idealistik demokrasi, memang bukan melayu boleh jadi PM Malaysia. Ini pun pernah diucap oleh TDM.Di Singapore pun orang melayu boleh jadi PM. Tapi ada lagi kaedah utama yg praktikal dlm demokrasi iaitu Majority Rules. Kerana majority rules USA baru terima Obama jadi Presiden, itu pun half-white. Satu lagi kaedah, constitutional privilege, not supremacy. Kalaulah PM dari DAP menjadi liabiliti buat PR secara total, secara formula politik pilihanraya itu tak bijak. Kalau PR langgar janji bagi kat DAP juga, itu cari nahas namanya, jadi ianya tetap ada equilibrium secara tawar-menawar yg positif. Lagi pun PM Najib cakap darurat pun perkara 153 tak tergugat. Kita nak check-n-balance berlumba-lumba bagi best service kat rakyat dan progresif buat negara. Not absolute power dari election padang tidak rata.
Absolute power pulak mudah jadi kalis-kritik utk buat corruption.

DR NO

blogenstarz said...
This comment has been removed by the author.
blogenstarz said...

Bukan saja air basuh kaki yang akan diminum,Air Kencing Anwar pun akan dibuat PENAWAR !

ddinbunga said...

SALAM, TU ANUGERAH TUHAN APA, TUHAN BUNTOT KUT?????

anakmuda said...

setuju dengan anaktua..terima kasih dan semoga sampai mesej kita untuk semua pengundi