Tetamu Kehormat...

November 28, 2010

Apabila Nik Aziz Mendewakan Anwar : Menanti Kemurkaan Tuhan?

Apabila Nik Aziz Mendewakan Anwar
Menanti Kemurkaan Tuhan?

1. Setelah Wan Azizah memuji dan mendewa-dewakan suaminya sendiri sebagai seorang pemimpin "Anugerah Tuhan" kepada Malaysia - kini tibalah giliran Nik Aziz pula, yang turut menyokong kenyataan Wan Azizah tersebut, tanpa rasa sedikit pun berdosa kepada Allah. Soalnya mudah - bagaimana Wan Azizah dan Nik Aziz mengetahu bahawanya Anwar Ibrahim itu merupakan "Anugerah Tuhan" untuk Malaysia? Apakah mereka menerima wahyu atau ilham atau bertemu Nabi Muhammad secara jaga sehingga tergamak menggunakan nama Tuhan bagi mendewa-dewakan Anwar Ibrahim?

2. Seseorang yang menjadi "Anugerah Tuhan" tidak akan tergamak berbohong dan menipu rakyat kononnya pada 16 September 2008 kerajaan BN akan tumbang. "Anugerah Tuhan" tidak akan menyeleweng dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR, "Anugerah Tuhan" tidak akan memburuk-burukan negara sendiri di luar negara. "Anugerah Tuhan" juga tidak akan mengkhianati janji kepada kaum India. Malangnya - "Anugerah Tuhan" yang didewa-dewakan oleh Nik Aziz dan Wan Azizah ini - merupakan manusia yang sudah berlumuran dengan pelbagai kekotoran - nepotisme, rasuah, skandal seks, penyalahgunaan kuasa, menipu, memfitnah dan pelbagai lagi kekejian yang tidak selayaknya dilabelkan sebagai "Anugerah Tuhan".

3. Sudah terlalu ramai di Malaysia ini individu yang didewa-dewakan sebagai "Anugerah Tuhan" - antaranya Ashaari Muhammad yang didewa-dewakan oleh para pengikutnya sebagai Imam Mahdi al-Muntazar, dan ditakdirkan bakal memimpin Malaysia untuk membentuk daulah Islamiyyah, seperti mana yang diyakini oleh para pendukung al-Arqam dalam istilah yang mereka gelar sebagai "Jadual Allah". Nah! Sekarang Ashaari sudah mati, tetapi masih terdapat pengikutnya yang percaya kononnya Ashaari telah dighaibkan oleh Allah dan akan muncul semula pada suatu hari yang ditentukan.

4. Pendewaan Anwar Ibrahim sudah pun bermula - kerana dengan cara itu sahajalah segala dosa, kesilapan dan keburukan beliau mampu ditutup dan tidak dipertikaikan oleh rakyat. Hal ini sama sahaja dengan apa-apa yang dialami oleh Nik Aziz, beliau didewa sebagai ulama besar, sehingga mengkritik Nik Aziz sudah dianggap berdosa. Nik Aziz diletakkan dikedudukan yang terlalu tinggi, sehingga sama sekali tidak boleh ditegur dan dinasihat - walaupun sangat jelas terdapat begitu banyak ucapan beliau yang terpesong jauh daripada syariat Islam. Namun demikian, semua orang membisu seribu bahasa dan tidak berani menegur.

5. Selepas ini, jangan kita terkejut sekiranya terdapat para pendewa Anwar Ibrahim yang sanggup melabelkan beliau sebagai "Wakil Tuhan" atau Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kesesatan PKR sudah semakin parah. Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah tidak ada bezanya lagi dengan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad dan Ayah Pin - semua mereka telah didewa-dewakan sebagai pemimpin besar dan "Anugerah Tuhan" - sedangkan semua ini hanyalah permainan syaitan yang nyata.

6. Nik Aziz berpendapat, segala cabaran, ujian dan rintangan hidup yang dialami oleh Anwar - melayakkan beliau dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" - sedangkan Nik Aziz terlupa begitu ramai pemimpin dunia yang mengalami kesengsaraan yang jauh lebih dahsyat daripada apa-apa yang telah dilalui oleh Anwar, tetapi tidak pula dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" Apakah Nik Aziz sanggup menobatkan Nelson Mandela sebagai "Anugerah Tuhan" untuk rakyat Afrika? Sesuatu harus segera dilakukan oleh kerajaan, agar segala "sandiwara" ini tidak membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara tercinta kita. Wallahualam.

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya. Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini. “Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

“Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita,” katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. “Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. “Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam. “Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

7 comments:

To Live Again said...

Astarfirullah Pok nik dn kak wan..Bwk2 la mengucap..X pyh la sng2 nk label org cm 2..Ni dh membewa ke arah FANATIK yg akhirnya menjrumus ke arah KEKUFURAN..

Sudh2 la 2..Kalau nk berpolitik pon ingat ada batasnya..Hanya pemimpin dunia spt SALAHUDIN AL-AYUBI ke blh la kita nk pnggl ANUGERAH ALLAH..

Pok nik nasihat sy sblm ckp mcm 2 g la risik2 dgn Ustaz Taib, Haji Mat Sabu..Mr.Karpal Singh..SAPE ANUGERAH TUHAN yg tuan agung kan sgt ek..Diaorg blh g jwpn yg lebih JELAS..

Dn kalau x ckp dg 2 tuan jgak blh refer dgn HARAMKAH keluaran sekitar thn 97 yg bertajuk MENGUNDI ANWAR IBRATA MENEMPAH BILIK DI NERAKA..Blh berisik2 dgn editor 2..Msti dia pon blh bg PENJELASAN DETAIL ye..

oRang kAmpong said...

Aku lansong xambil pot ckp org tua ni.klu lah dgn syaitan sekali pon dia sanggop bekerjasama utk tumbangkan umno inikan pulak bapak setan(anwar)suka sgtlah dia.satu masa dulu aku masih ingat nik aziz ada ckp kita akan dibantu olih para malaikat.wahai nik aziz lee ni usahkan malaikat,syaitan pon dah xmau bantu kamu bab kamu benarkan ustazah dap yg xbersunat tu dan xbasuh berak tu masok ke masjid,

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

AKU SOKONG TOK GURU CKP CAM TU........DIA TAHU LAH PE YANG DIA CKP....KO ORG SEMUA TAK FAHAM KE AYAT TOK GURU TU....DIA CUMA CKP ANUGERAH TUHAN...UTK MEYELAMAT BUMI MALAYSIA NE DARI KAUSA UMNO TAK APE2 DI BAUTNYA....HARAMJADAH UTASAN N UMNO....PEGE LAH

To Live Again said...

Anon November 29, 2010 8:47 AM

AKU SOKONG TOK GURU CKP CAM TU........DIA TAHU LAH PE YANG DIA CKP....KO ORG SEMUA TAK FAHAM KE AYAT TOK GURU TU

-----------------------------------------

2 yg sindrom KEFANATIKAN blh membwa KEKUFURAN..Bila dh xde hujah lg nk dikuarkan maka kuar la statement di ats

.DIA TAHU LAH PE YANG DIA CKP....KO ORG SEMUA TAK FAHAM KE AYAT TOK GURU TU

Hallo brader kita x pnh diajar membuata tuli dlm bertaklid la bai..Yg kita blh pecaya dn terus terima tnpa sebarang pertanyaan cumala firamn Allah dn sbda Nabi s.a.w dgn konsep SAMIAQNA WA ATOQ NA(KAMI DGR DN KAMI TAAT)..

Kalau setakat tok guru politik yg x lekang dt mulut dgn perkataan BARUA, CELAKO CELAKO CELAKO..Bg aku amat bodo la ko ni berfpegang dgn ftwa dia tok guru maka dia tau ape dia ckp..Ish2 taksub sungguh puak pas pis pus ni..

Ko ckp dia tau ape dia ckp ye..Aku rs ko menipu dr sndiri..Cuba ko tnya dia nape HARAMKAH pnh kuar statement:

MENGUNDI ANWAR IBRATA MENEMPAH BILIK DI NERAKA

Mat sabu memberi gelaran anwar al-juburi..

Karpal singh pnh nk heret anwar ke mahkmah pasal isu liwat..

Cuba ko pk pakai otak dn bukn kepala lutut

sudirumusibarat said...

Buka e-kamus dewan cari"anugerah"
............
Apa salahnya guna perkataan anugerah dengan merujuk kepada Anwar(atau sesiapa sahaja)

Saya sokong TGNA
Betullah anugerah Allah.Kalau seorang anak pun boleh disebut anugerah Allah.Bahkan semua benda!Itu bukan bermakna mengagung-agungkan manusia.

Jangan jadi orang yang tak percaya kepada Allah sehingga apa yang berlaku adalah anugerah Alam Semuladi (nature).

Pergilah ke Petrosains Menara Petronas dan bergondola jelajahi terowong , anda akan lihat tayangan dan dengar apa yang diucapkan suara latar.Tiada sebutan Anugerah Allah,hanya anugerah semulajadi.

Apakah ini yang kita ingin didik kanak-kanak!Dan tazkirah untuk orang dewasa!

oRang kAmpong said...

Malas aku nak bukak kamus dewan buang masa jer.aku bau blk ngantar bini aku gee parti tuperware.org pompuanlah katakan.aku tertarik dgn ucapan penutup leader tuperware kat parti tu.diakhir ucapannya dia bercakap.SEMUA YANG BAIK ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG TIDAK BAIK ADALAH DARI KESILAPAN DAN KEKURANGAN DIRI SAYA SENDIRI.wasallam belilah barang tempatan.Aku xlah cakap blader anWAR tu jahat xp klu xsilap dulu mat sabu jglah yg memberi gelaran AL-JUBUR dan Tok Guru hang tu ada ckp pasal undi anwar masok neraka.