Skip to main content

Apa Dosa Fazley?

Fazley Yaakob 2010
Meniti Hari Kecewa

Jika ini satu realiti yang benar...maka sungguh mengecewakan. Baca Kosmo Online di bawah. Berapa ramai lagi anak muda kita yang sanggup menipu mencari rezeki dengan cara sebegini? Saya fikir mungkin sudah beratus-ratus kes seperti ini didiamkan begitu sahaja. Jika Kad Pengenalan pun boleh dipalsukan, apatah lagi ijazah dan gelaran Dato'', betul tak? Isu ijazah palsu milik Fazley ini sudah lama saya dengar, jika tidak silap sejak tahun lalu lagi, namun demikian baru tahun ini ia meletup secara besar-besaran. Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Comments

This comment has been removed by the author.
Dot said…
salam mas,

2,3 hari lepas aku tertengok u-tube pasal isteri PM yg penuh dgn kutukan, tohmahan & ejekan dari orang2 yg penah rapat dgnnya. salah satu tuduhan mrk ialah ds rosmah akan lakukan apa saja kpd fadley krn tidak suka fadley menikahi anaknya...aku terpikir..jika betul, apa puncanya hingga ds rosmah boleh bertindak sejauh ini?

bila aku dalami, mrk yg pernah rapat dgn ds rosmah ni lah dulunya perosak yg membuka jalan membuatkan ds rosmah begitu. pertama mak angkatnya perkenalkan bomoh hingga ke sarawak pd rosmah yg masa tu baru jadi isteri mb pahang, kedua mrk begitu taat menjalankan apa shj kehendak rosmah & bernaung dibwh perlindungan rosmah hinggalah terjadi sesuatu yg menimbulkan kemarahan rosmah yg aku rasa hanya ds rosmah yg tahu sebab sebenarnya. mrk yg menuduh dia itu ini membuat andaian berdasarkan apa yg mrk nampak & alami. tetapi aku masih lagi BELUM PERNAH MENDENGAR DARI MULUT ds rosmah sendiri APA SEBENARNYA? aku masih lagi boleh berbaik sangka dgn ds rosmah krn aku nampak dia sgt menyayangi ds najib & anak2nya yg lain. biasala kalau ibu berkecik hati dgn anak2 jika anak2 ni kadang2 bila besar jadi derhaka...aku perlu dgr kedua2 pihak baru aku boleh percaya dgn apa yg diceritakan...
Anonymous said…
Aku pun hairan juga bilamana Fazley mendapat PhD. Bukan apa isteri aku pun tengah buat PhD dan aku rasa sama masa masa si Fazley ni tengah nak naik dulu sekitar tahun 2005. Bukan senang ooo.. Aku yang jadi husband ni pun terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana nak support bini aku. Tup..tup, keluar Fazley dah dapat Dr. Bila dia hantar Thesis, bila dia kena Viva. Apa dia punya contribution dan kat journal mana paper dia di"publish"kan. Kerana semua ini di ambil kira bila nak ambil PhD. Bini aku pun masih dalam proses menghasilkan Thesisnya. So, tanpa ada curiga mungkin bidang perniagaan senang sikit kot, sebab bini aku ambil bidang IC Design. Dari pengalaman aku yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan di Kolej Swasta, aku rasa Pihak Kementerian kena membuat pemantauan ketat. Kerana memang banyak loop holes. Ada yang tak layak buat Diploma, sebab SPM kantoi, boleh beli diploma lepas tu guna Diploma gi luar Negara, buat Degree.. Bayangkan pada umur yang sepatutnya buat diploma dah buat Degree, lepas tu sambung buat Master.... Bila balik guna Degree atau Master tadi cari kerja.. Ada syarikat swasta tadi nak check ke SPM result tadi... Kepada "Dr" Fazley, u kena buktikan, jangan diam... simple tunjuk je Thesis kau.. Habis cerita... Itu pun kalau ada...

Ikhlas... Aku Curiga..
IMANSHAH said…
semoga Fazley dapat menjelaskan semuanya duudk perkara yang sebenar..Berani kerana benar
GIMBooL said…
lu kena beb! haha....
azlishukri said…
benar, fadley kena berterus-terang hal yang sebenar...
Anonymous said…
TP LI AKU SUSAH HATI TAKUT HANG BERSUBAHAT SBB BGAMBARN GAN IDOLA HANG TU..HIHIHIHI....KREDIBILITI KERAJAAN JUGA TERCABAR LEPAS NI SBB DAH IKTIRAF DIA DAN AMEK JADI PENGACARA BICARA SISWA...........ADA DUIT SEMUA JADI,TAKDAK DUIT SEMUA TAK JADI..

DONT BELIEVE WHAT U SEE,BUT BELIEVE HALF WHAT U HEAR.....

KADIRPOKYA
Fatin Baharum said…
ad jugak dengar. sebab politik. tapi politik, politik la, kesian fazley ni macam xde kaitan ap je kena.

fazley bukan ke dah explain ke yang dia mana ada phd mcm orang ckp, mayb ad sikit salah faham kat situ.

xpelah, hope settle cepat prob ni.

btw, nk minta encik azli bg pandangan kat latest entry sy berkenaan anak yatim, simple quest, just nk mintak pandangan orang ramai je. tq.

:)

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A