Tetamu Kehormat...

November 18, 2010

Anwar Vs Zaid : Bukan Kebal Maut

Anwar Vs Zaid
Bukan Kebal Maut

1. Anwar Ibrahim mengungkit semula, segala jawatan yang pernah diberikannya kepada Zaid Ibrahim, tanpa sedikit pun menjawab dan menyelesaikan pokok atau inti utama masalah penyelewengan dalaman PKR yang dibangkitkan oleh Zaid sebelum ini (baca di sini). Kaedah Anwar menyerang peribadi Zaid dilihat oleh pemerhati politik sebagai cara terbaik untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah dan penyelewengan yang sedang bermaharajalela dalam parti tersebut.

2. Pada hemat saya, Anwar telah melakukan perkara yang sangat jelek dengan mengungkit semua jawatan dan peluang yang telah beliau berikan kepada Zaid, sepanjang Zaid berjuang di dalam PKR. Ini merupakan strategi Anwar Ibrahim dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang sebenar. Perkara yang seharusnya diberi tumpuan serius oleh Anwar adalah rungutan dan laporan penyelewengan yang mencecah 106 aduan daripada ahli PKR akar umbi dari seluruh cabang dan ranting PKR, berkenaan wujudnya keraguan dalam proses pengundian yang melibatkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR. Aduan-aduan ini mesti diberi perhatian khusus oleh Anwar dan bukan membesar-besarkan masalah peribadi Zaid atau mengungkit-ungkit jawatan yang telah diberikan oleh PKR kepadanya.

3. Perhatian rakyat dan ahli PKR sekali lagi cuba dialihkan oleh Anwar dengan menggambarkan kononnya Zaidlah satu-satunya ahli PKR yang tidak tahu mengenang jasa dan berterima kasih kepada parti yang selama ini telah memberikan beliau peluang untuk naik mencanak dalam PKR. Soalnya, apakah Anwar pernah berterima kasih terhadap UMNO dan Tun Mahathir yang mengangkat kerjaya politiknya sehingga bergelar Timbalan Perdana Menteri? Jika beliau sendiri tidak tahu mengucap terima kasih dan berasa terhutang budi kepada UMNO, mengapa pula Zaid harus mengenang jasa dan terhutang budi dengan Anwar Ibrahim? Anwar harus mengingati semula segala dosa yang telah beliau lakukan sepanjang beliau berada di dalam UMNO.

4. Rakyat jangan mudah tertipu dengan serangan Anwar terhadap peribadi Zaid. Yang mesti diberi fokus sekarang ialah, Anwar mesti menjawab dan menjelaskan kepada rakyat, bagaimana boleh berlaku penyelewengan yang sangat teruk dalam pemilihan Timbalan Presiden baru-baru ini. Anwar digesa berhenti daripada terus mengalihkan masalah dalama PKR tersebut dengan cara memburukan-burukan peribadi Zaid, serta mengungkit segala pemberian yang telah diberikan kepada beliau selama ini.

5. Anwar dan Azmin, pada hakikatnya mengetahui segala penyelewengan yang sedang berlaku dalam PKR, kerana mereka berdua beranggapan, PKR adalah parti milik mutlak Anwar Ibrahim untuk selama-lamanya, tetapi sayang, wujudnya manusia seperti Zaid Ibrahim, setidak-tidaknya telah membuka mata sebahagian besar ahli PKR di peringkat akar umbi, bahawanya PKR adalah parti untuk semua dan bukan untuk Anwar dan keluarganya semata-mata.

6. Sekarang, Anwar Ibrahim telah diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru oleh rakan-rakan yang selama ini rapat dengannya, beliau sebenarnya sudah dicederakan oleh Zaid, tetapi seperti biasa, cuba berpura-pura kononnya masih kuat dan bertenaga. Hayat Anwar dalam politik semakin ke penghujung..soalannya, siapakah gerangan yang bakal menggantikan tempat Ketua Umum PKR kelak?

1 comment:

Anonymous said...

Anwar ni bagi saya macam King Midas. Bezanya King Midas ni apa-apa yang disentuhnya akan menjadi emas. Anwar pulak apa yang disentuhnya bakal hancur/rosak. Dialah satu-satunya orang yang hampir berjaya menghancurkan UMNO, berjaya tutup kedai PRM (mana ada orang perasan perkataan Rakyat tu asalnya dari PRM), dan berjaya membuatkan ramai penyokong PAS beralih arah. Bagi saya PAS sedang menunggu masa saja untuk menuju kehancuran selagi masih bersekongkol dengan Anwar.