Tetamu Kehormat...

November 23, 2010

Anwar Menari, Mahathir Bertepuk

Anwar Menari
Mahathir Bertepuk


Sindiran sinis Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim harus diberi perhatian serius oleh seluruh ahli PKR. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa pengaruh Anwar semakin merosot dan beliau sendiri semakin dibenci oleh rakan-rakannya. Dr Mahathir berpendapat, biarkan Anwar ke luar negara tanpa disekat, dan biarkan beliau memburukkan negaranya sendiri di luar negara. Lama-kelaman, rakyat akan sedar siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Saya juga senada dengan Dr Mahathir berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13 - DS Najib tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 serentak dengan Pilihan Raya Sarawak. Keadaan sekarang sudah berubah - Pakatan Rakyat di Sarawak tidak lagi hebat dan perlu ditakuti seperti dahulu. Hakikatnya, Pakatan Rakyat hanya bergantung harap dengan janji-janji Anwar kepada rakyat Sarawak untuk merampas negeri tersebut daripada BN. Anwar sering menabur janji untuk memberikan bulan dan bintang kepada penduduk Sarawak yang kononnya selama ini telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan BN.

Slogan "Sarawak untuk Rakyat Sarawak" yang sering dilaungkan oleh Anwar sudah tidak lagi relevan dan dipercayai oleh rakyat di negeri itu. Sikap talam dua muka Anwar, khususnya berkaitan dengan janji-janjinya yang masih tidak mampu ditunaikan untuk membela kepentingan ahli-ahli Hindraf yang selama ini menyokongnya - semakin membuka mata banyak pihak, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan seorang manusia yang tidak boleh dipercayai. Kredibiti Anwar sudah tercalar, dan retorik politiknya pula semakin menemui jalan buntu.

Masalah penyelewengan yang sedang hanyat melanda dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini, secara tidak langsung telah meranapkan terus kepercayaan rakyat terhadap Anwar Ibrahim - mereka berpendapat, sekiranya penyelewengan yang sedang berlaku itu dibiarkan oleh Anwar, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagaimana mungkin beliau mampu untuk menjadi seorang Perdana Menteri bagi mentadbir negara ini dengan baik? Ketahuilah, hayat politik Anwar sudah semakin malap. Eloklah beliau menerima sahaja saranan daripada Dr Asri yang mahu melihat beliau bersara secara aman daripada pentas politik Malaysia. Wallahualam. Baca selanjutnya di sini...

8 comments:

KP said...

Salam saudara,warga PUcTD pohon salin n3 ini untuk paparan laman blog kami http://pemudatelokdatok.blogspot.com/
Diharapkan saudara mengizinkan.salam perjuangan dari PUcTD

To Live Again said...

Artikel yg menarik sekali dr saudara Azli..Sy bersetuju 100% dgn saudara dn Tun M..

Xde sebab musabab yg kukuh lgsg DSN perlu tergesa nk baut PRU13..BN msh ada ms smpai Mac 2013 jd gunakanlah masa yg ada ini dgn sebaiknya..Ya mmg kini momentum dh mula kembali pd BN tp sy rasa blm cukup UMPHHH..Ada 2-3 perkara yg DSN perlu buat dn ambil kira:

1. Saya bersetuju dgn penganalisi politik terkenal Dr.Sivamurugan Padian..Beliau mencadgkan PRU13 dibuat penghujung dec2012 yg mana ketika itu Insyallah ekonomi negara bakal berada pd prestasi terbaik yg secara sndirinya menjadi WOW! faktor bg BN.

2.Sy jga bersetuju dgn pndangan rmai blogger supaya DSN tidak perlu tergesa2 nk buat PRU dn menagguhkan Peilihan umno yg dijadual thn dpn.Sebaiknya tangguh dulu PRU dn segerakan Pemilihan Umno dn implemnkan kaedah baru yg mana pemilihan pemimpin melibatkan hampir 300000 ahli berdaftar yang mana dgn cra ini jelas menunjukkan umno telah DIREMAJAKAN dn DIRAKYATKAN dn isyart jelas umno sudah BERUBAH..

3. Akhir sekali, adalah lebih baik fokuskan dulu pilihanraya sarawak yg dijangka berlgsg april thn dpn..Buat persiapan sebaik mgkn..Gerakkan segala jentera dn gempur habis2 PAKATAN REPUT..Rampas kembali sibu dn kukuhkan cengkaman di semua tmpt yg kita dh mng..Jgn kerana terlau percaya yg KITA KUAT skrg ni maka dibuat PRU serentak maka jadilah " Yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran"..

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat dengan tuan to live again

Anonymous said...

...Anwar kena isytihar keluar PR dan jadi bebas baru beres mcm ex-exco di Perak tu.

DR NO

ddinbunga said...

salam, bagi aku elok jgn disekat, kebebasan seseorang, nanti lagi banyak senjata dia nk burukkan Malaysia.

Tuhan maha kaya, pembalasan tetap diberi kepada peliwat dan pengkhianat.

To Live Again said...

Terima kasih en azli

Tun M pon dh ckp yg semenanjung msh ada ms kira2 2 thn dn byk program yg DSN blh buat utk menambat hati rakyat..Pemilihan umno perlu disegerakan, romabakan kabinet dn pentadbiran perlu dilaksanakan dll..

Kita x usahlah terikut2 rentak pembangkang yg xde keja lain asyik fkir Pilahan raya(PR) je siang mlm PR! PR! PR! Bg diaor ni kuasa adalah matlamat dn menipu adalah cara mancapai matlmat..

Ingt matlmat asal umno/bn sndiri pon yg asasnya ditubuhkan utk MEMBELA RAKYAT dn bukn utk berPILIHN RAYA semata2..Nah sekrg kuasa dh ada tgn laksanakan dulu amanah rakyat sedaya yg mampu sehngga cukup tempoh dn kita serah kepada rakyat utk menilai dn bertawkal kpd Allah..

Al Johari said...

Teman bersetuju sangat dengan pandangan Tun Dr. Mahathir.

Biarkan Anwar terus ke luar negara dan memburuk-buruk negara sendiri. Orang luar negara juga akan melihat jenis manusia apa Anwar ini yang sanggup memburukkan negara sendiri.

Lihat sekarang pemimpin Amerika sudah tidak pedulikan Anwar lagi. SU Negara Amerika Hillary Clinton pun tidak mahu bertemu dengan Anwar sewaktu berkunjung ke negara kita. Ramai pemimpin dunia dah sedar bahawa Anwar adalah kaki pembohong. Depan cakap lain dan dibelakang cakap lain. Cakap pun tak serupa bikin. Pada orang Melayu cakap lain, pada orang Cina cakap lain dan pada orang India cakap lain. Macamana nak jadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku terhadap parti anak beranak PKR sudah cukup untuk mengenali wajah Anwar yang sebenar.
Apa juga kritikan yang diberi pada orang lain adalah sebenarnya mencermin dirinya sendiri. Kalau dia bercerita pasal rasuah, dia adalah bapa rasuah. Kalau dia cerita pasal kroni dialah yang paling hebat mengamalkannya. Kalau dia cerita pasal nepotisma dia jugalah yang jelas mengamalkannya.
Kalau dia cerita pasal fitnah, dialah orangnya yang suka menabur fitnah.

Teman lihat Anwar ini lama kelamaan akan mengikut si luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Keinginan nak jadi PM terlalu menghimpit jiwanya hanya kerana agenda hendak menutup segala kelemahannya seperti kes liwatnya dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi rakyat sedang memerhati tindak tanduknya bagaimana dia mentadbir partinya sendiri. Dia melantik dirinya sendiri menjadi Penasihat Umum yang lebih berkuasa dari presiden yang dipilih oleh ahli PKR. Apa akan jadi kalau dia jadi Perdana Menteri. Dia pasti akan menjadi diktator.

Musnah dan hancurlah negara yang tercinta ini kalau peliwat, penipu dan pembohong mejadi pemimpinnya.

Aku menadah tangan memohon pada Allah agar Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia. AMIN!

Muhammad Azli Shukri said...

sama2 kita berdoa